Wednesday, May 16, 2012

Analisis perbualan bahasa Jepun: kajian terhadap pengambilan giliran, maklum balas dan aizuchi

Ringkasan Tesis Ph.d BAB 1 PENGENALAN WACANA DEFINISI WACANA Wacana merupakan bentuk tulisan dan pertuturan yang direkodkan. Ucapan atau tulisan di dalam khutbah, ceramah, artikel, cerpen, novel dan apa-apa sahaja jenis perbualan atau tulisan adalah dipanggil wacana. Definisi wacana boleh dibahagikan kepada empat bahagian. 1. Unit bahasa yang lebih besar daripada ayat 2. Penggunaan bahasa 3. Ujaran 4. Teks Dengan adanya 4 definisi di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa wacana adalah unit bahasa yang tertinggi dan paling lengkap kerana ia melebihi batas ayat, memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran dan direalisasikan dalam bentuk himpunan teks yang utuh. Bidang kajian wacana bermula dari tahun 1960an dan awal tahun 1970an. Sehingga kini, wacana bukan sahaja diaplikasikan ke dalam bidang linguistik tetapi juga bidang falsafah, psikologi, sosial, antropologi dan pelbagai lagi bidang kajian. Wacana terbahagi kepada dua bahagian iaitu wacana bertulis dan wacana pertuturan. Wacana bertulis seperti buku, majalah dan akhbar merupakan wacana terancang, manakala wacana pertuturan seperti perbualan di antara rakan sepejabat, perbincangan dan mesyuarat adalah wacana tidak terancang. Apa yang dimaksudkan dengan wacana terancang ini adalah teks ditulis dengan sempurna dari segi ejaan dan nahu kerana telah disemak dan diperbetulkan sebelum dicetak atau diterbitkan. Manakala wacana tidak terancang seperti perbualan adalah berlaku secara spontan, dengan nahu yang mungkin tidak sesuai atau sebagainya. Oleh kerana itulah, kita dapat melihat ciri-ciri perbualan seperti pengulangan, pembetulan, konflik dan sebagainya di dalam wacana tidak terancang. Wacana tidak terancang berlaku kerana perbualan tanpa mengikut skrip, atau mengikut skrip tetapi tidak terikat kepada skrip seratus peratus. Situasi perbualan ini juga dipanggil perbualan berpandu. Di dalam wacana tidak terancang, sama ada perbualan berpandu atau tidak, peserta yang terlibat boleh menjadi emosional dan melakukan beberapa ‘kesalahan’. Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas terutama di dalam mesyuarat, diskusi, perdebatan dan pengacaraan rancangan temu bual televisyen serta pengacaraan majlis. Wacana tidak terancang adalah satu fenomena yang berlaku secara spontan dan merupakan satu unit bahasa yang lebih tinggi dari ayat atau klausa. Kajian wacana adalah satu kajian penggunaan bahasa yang ‘sebenarnya’ digunakan di dalam masyarakat. Ia tidak terikat oleh bentuk linguistik atau peraturan bahasa tertentu kerana unsur utama di dalam wacana adalah bahasa yang benar-benar digunakan oleh masyarakat bahasa tanpa mengubah, mengurang atau memperbaiki ujaran atau teks yang diterbitkan. Wacana adalah bahasa pertuturan dan penulisan di mana ayat-ayat di dalam sesuatu wacana di mana makna setiap kata diterjemahkan melalui ayat di dalam teks melalui konteks. Kajian wacana atau analisis wacana pula adalah kajian di antara hubungan bahasa dan konteks. Kajian wacana memberi tumpuan kepada apa yang bahasa ‘lakukan’, bukan setakat fungsi serta nahu dan bentuk leksikal yang digunakan. Wacana melihat dan menentukan norma wacana yang menjadi asas kepada peraturan yang penutur atau penulis patuhi di dalam perbualan ‘sebenar’ . Kesedaran mereka mengenai norma-norma ini serta bentuk bahasa yang mereka kaji mencerminkan peraturan tersebut. Unit Bahasa Yang Lebih Luas Daripada Ayat Wacana adalah unit bahasa yang lebih tinggi dari ayat. Unit bahasa yang lain adalah terdiri daripada fonologi, kata, sintaks dan ayat. Wacana lahir hasil daripada kesulitan menginterpretasikan makna di dalam unit bahasa pada peringkat sintaksis dan ayat. Contohnya bagi ujaran ini, Ibu : Dah basuh? Anak : Hujan. Sekali pandang, kita tidak dapat melihat kaitan antara dua ujaran ini. Ahli bahasa tidak dapat menerangkan maksud ujaran yang kedua hanya berdasarkan perkataan ‘hujan’. Apakah kaitan jawapan ‘hujan’ kepada pertanyaan ‘dah basuh?’. Adakah anak sudah membasuh atau belum? Apakah yang dibasuh oleh anak ini? Pertanyaan ini tidak akan terjawab jika kita hanya melihat dua ujaran tersebut. Oleh itu mereka telah memperkembangkannya kepada wacana. Dengan itu lahirlah nahu wacana yang dapat memberi jawapan kepada soalan yang tidak terjawab sebelum itu. Di dalam penulisan, wacana bukan sahaja melihat kaitan makna sebelum dan selepas ayat bagi sesuatu ayat tetapi juga makna ayat-ayat lain yang terletak di perenggan lain di dalam sesuatu teks. Begitu juga penulisan di dalam buku yang kadang-kadang pembaca mengetahui sesuatu makna hanya setelah selesai membaca satu bab atau keseluruhan buku. Di dalam wacana perbualan, pengkaji melihat kesemua ujaran yang diterbitkan oleh penutur dan pendengar bagi mencari makna sesuatu perkataan atau ayat. Di dalam situasi yang lebih kompleks, makna sebenar yang ditulis atau diujarkan hanya boleh didapati melalui pemerhatian terhadap penulis atau penutur serta pembaca atau pendengar. Latar belakang ‘sesiapa’ sahaja yang terlibat di dalam penulisan atau perbualan dikaji dan didedahkan. Kesemua ini terangkum di dalam bidang yang dipanggil pragmatik. Penggunaan Bahasa Brown & Yule (1983) mendefinisikan wacana sebagai penggunaan bahasa. Dengan kata lain wacana adalah penggunaan bahasa sama ada wacana lisan atau wacana bertulis untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya mesej yang disampaikan jelas dan difahami oleh pendengar atau pembaca sasaran. Bahasa yang dikaji adalah ‘bahasa sebenar’ yang digunakan oleh sesuatu masyarakat bahasa. Misalnya, jika wacana yang dikaji adalah wacana pertuturan seperti perbualan penutur bahasa Melayu, maka kajian mestilah terhadap satu-satu perkataan atau ujaran yang yang dilafazkan oleh penutur itu sendiri, walaupun terdapat kesalahan dari segi nahu atau sebutan. Jika yang dikaji adalah ‘bahasa sebenar’ yang diujarkan oleh penutur Kelantan pula, kajian akan tertumpu kepada loghat atau sebutan sebenar yang diujarkan oleh penutur tersebut. Ujaran Wacana terhasil daripada ujaran atau tulisan. Menurut Schiffrin (1994) jika kita menerima kenyataan bahawa wacana adalah unit bahasa yang lebih luas dari ayat, maka ‘penggunaan bahasa’ itu pula terhasil daripada ayat atau ujaran yang berkonteks. Atau dengan lebih jelas lagi, penggunaan bahasa dan ayat di dalam wacana itu adalah ayat yang berkonteks. Penafsiran terhadap makna haruslah mengambil kira keseluruhan wacana, keadaan sosial, budaya dan pelbagai aspek luaran yang lain. Inilah yang dikatakan bahawa ujaran atau tulisan adalah merupakan ayat-ayat yang berkonteks. Perbualan antara penutur A dan B di mana A dan B saling tidak memahami antara satu sama lain bukanlah merupakan satu ujaran mahupun wacana. Aspek luaran yang lain seperti latar belakang peserta perbualan atau latar belakang penulis juga memainkan peranan yang amat penting bagi memahami konteks dan makna yang ingin disampaikan. Konteks terdiri daripada konteks linguistik dan konteks bukan linguistik. Konteks linguistik adalah hubungan perkataan dengan perkataan lain, ayat dengan ayat lain atau perenggan dengan perenggan lain. Konteks bukan linguistik pula adalah merujuk kepada berbagai-bagai elemen selain dari perkataan. Contohnya senyuman, ketawa, hubungan antara peserta, tujuan komunikasi, suasana, keadaan sosial dan sebagainya. Konteks sama ada linguistik atau bukan linguistik adalah penyokong teks. Oleh itu kehadiran konteks dan teks melengkapkan wacana. Teks Teks merupakan rekod komunikasi atau linguistik yang sebenarnya. Di dalam bahasa lisan, perbualan yang dirakam, diberi transkripsi dan simbol merupakan teks. Perbualan yang dirakam tetapi tidak ada transkripsi atau rekod bertulis bukanlah satu teks. Teks juga merupakan ayat yang relevan dan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kata atau ayat yang tidak tentu hujung pangkal serta tidak dapat difahami antara penutur dan pendengar bukanlah satu teks. Teks tulisan pula adalah misalnya memo, nota, rencana, novel dan sebagainya. Teks mungkin terdiri daripada satu ayat atau ayat-ayat dan mempunyai fungsi komunikasi yang tertentu. Misalnya, laungan “Surat khabar lama! Surat kahabar lama!” adalah satu teks yang mempunyai fungsi komunikasi yang bertujuan untuk memungut surat khabar lama. Oleh itu, ia juga tergolong ke dalam satu wacana. Teks adalah maklumat yang mempunyai makna atau memberi mesej, manakala konteks pula memberi berbagai maklumat selain dari makna perkataan. ANALISIS WACANA Analisis wacana adalah kajian mengenai komunikasi pertuturan dan penulisan yang terdapat di dalam satu masyarakat bahasa tertentu. Kita terdedah kepada komunikasi seharian baik di tempat kerja, di rumah mahupun sepanjang perjalanan menuju ke sesuatu destinasi, sama ada perbualan, mendengar radio, menonton televisyen, membaca akhbar atau majalah mahupun facebook, twitter atau berbual melalui internet. Setiap interaksi tersebut mempunyai formula dan konvensyen yang kita patuhi berlatarbelakangkan peranan, tujuan dan persekitaran yang berbeza. Menurut Szatrowski (1993), analisis wacana menggunakan konsep primitif dan prinsip teori. Matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan hasil dan formula yang mantap dan mengaplikasikan keputusan linguistik tersebut melebihi satu unit ayat. Analisis wacana adalah satu cara kajian yang mengaplikasikan pelbagai ayat berdasarkan keputusan nahu generatif ayat-ayat yang terlibat di dalam kajian. Analisis wacana adalah satu cara kajian yang berdasarkan pada lakuan pertuturan dan model perbualan umum yang menggunakan pendekatan ini, mempunyai ciri-ciri seperti unit lakuan atau peringkat atau turutan yang didapati di dalam perbualan. Ujaran pula boleh dipecahkan kepada unit-unit ujaran dan setiap satu unit ujaran berhubung kait dengan satu unit lakuan. Terdapat fungsi spesifik atau prosedur yang boleh berhubung kait dengan lakuan pertuturan ke dalam unit ujaran dan sebaliknya. Peraturan urutan perbualan ini ditentukan oleh urutan ujaran di dalam perbualan atau lakuan pertuturan. Ini membolehkan urutan perbualan ini terkawal. Di dalam teks bertulis, analisis wacana boleh digunakan untuk melihat lakuan pertuturan yang terdapat di dalam teks akhbar bagaimana wartawan menggunakan bahasa bagi menarik minat pembaca. Kita juga boleh membuat kajian tentang lakuan atau turutan yang terdapat di dalam buku atau tesis. Di dalam teks lisan pula, sebagai contoh kita boleh melihat turutan yang terkandung di dalam ujaran doktor-pesakit seperti turutan di bawah ini yang merupakan Turutan Ideal (Ideal Sequence) menurut Paul ten Have (2002) di dalam interaksi semasa konsultasi perubatan. 1. opening 2. complaint 3. elaboration, examination end/or test 4. diagnosis 5. treatment and/or advice 6. Closing Terdapat 6 turutan di dalam perbualan di antara doktor-pesakit dan sudah semestilah setiap turutan itu juga mungkin mempunyai kategori (atau sub-kategori) yang lain pula bergantung kepada situasi pada sesuatu masa itu. ANALISIS PERBUALAN Analisis perbualan merupakan kajian mengenai interaksi perbualan samada secara lisan atau bukan lisan di dalam kehidupan seharian. Analisis perbualan cuba menerangkan peraturan dan corak berjujukan sesuatu interaksi. Kebiasaannya analisis perbualan cuba menerangkan struktur perbualan seperti pengambilan giliran, pasangan adjasensi dan maklum balas. Kajian terhadap analisis perbualan bahasa Jepun, selain dari tema yang disebutkan, aizuchi juga merupakan salah satu unsur utama. Di dalam kajian terawal terhadap analisis perbualan, antara konteks perbualan yang dibuat kajian adalah perbualan di dalam temuduga, telefon dan perbualan bersemuka antara rakan sekerja atau rakan sebaya. Setelah itu terdapat pengkaji yang membuat kajian tentang perbualan dan jenisnya yang melibatkan perbualan doktor-pesakit, percakapan doktor di bilik bedah, prosiding mahkamah dan percakapan antara warden penjara dengan banduan. Malah kaedah analisis perbualan telah mula digunapakai oleh ahli fonetik untuk menerokai perincian fonetik yang lebih kompleks. Kaedah analisis perbualan bukan sahaja mencari makna semantik tetapi juga makna pragmatik sesuatu bahasa. Keperincian di dalam analisis perbualan membolehkan pengkaji mengkaji latar budaya sesuatu bangsa atau masyarakat bahasa yang terlibat. Aizuchi yang begitu sinonim dengan bahasa Jepun, konsep terus-terang di dalam masyarakat Barat dan tidak-terus terang di dalam masyarakat Asia pada umumnya merupakan salah satu konsep analisis perbualan. Malah di dalam bahasa Jepun, konsep tidak terus-terang demi menjaga air muka pendengar bukan sahaja diterjemahkan melalui penggunaan kata, tetapi juga ayat yang berbelit-belit dan penggunaan partikel ‘ne’ atau ‘yo’ yang secara amnya tidak mempunyai makna yang khusus tetapi memainkan peranan penting di dalam perbualan. Harvey Sacks, Emanuel Schegloff dan Gail Jefferson mendapat inspirasi dari Harold Garfinkel dan Erving Goffman yang merupakan ahli etnometodologi bagi membangunkan pendekatan analisis perbualan. Kini analisis perbualan menjadi satu kaedah yang mantap yang digunakan di dalam sosiologi, antropologi, linguistik, komunikasi dan psikologi. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk mencari bentuk dan ciri-ciri sesuatu wacana perbualan. Salah satu caranya adalah dengan mencari struktur sesuatu perbualan, seperti penggunaan penanda wacana seperti ‘pertama sekali’, ‘kedua’, ‘ketiga’ dan ‘akhir sekali’ yang terdapat di dalam wacana perbualan itu bagi menunjukkan bahawa terdapat rentetan idea yang perlu diucapkan oleh penutur terlebih dahulu sebelum penutur seterusnya mengambil giliran bercakap. Pendekatan analisis perbualan mengkaji aspek struktur sesuatu wacana perbualan. Seseorang pengkaji yang membuat kajian analisis perbualan perlu melihat bagaimana dan mengapa sesuatu fenomena seperti pengambilan giliran, celahan, pertindanan dan maklum balas berlaku di dalam perbualan. Hubungan di antara peserta perbualan dan konteks yang melingkungi mereka turut diberi penekanan. Dengan cara itu, pengkaji boleh menjumpai cara yang sistematik bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku di dalam setiap interaksi lisan. Analisis wacana perbualan boleh dikaji berdasarkan dua pendekatan yang berlainan. Di dalam buku ini, kajian perbualan yang dimuatkan adalah berdasarkan pendekatan kedua iaitu untuk melihat ‘aspek yang berlainan’ (bukan bahasa semata-mata) di dalam kehidupan sesuatu masyarakat bahasa. Transkripsi data dibedah bukan sahaja untuk kita memahami corak perbualan tetapi juga sikap, nilai, kepercayaan, budaya, dan penggunaan ‘kuasa’ . Pendekatan analisis perbualan melihat perbualan yang spontan, iaitu perbualan yang berlaku di dalam kehidupan seharian yang dituturkan masyarakat. Rajah 1.1 menunjukkan bagaimana wacana perbualan boleh dikaji berdasarkan dua aspek berlainan iaitu analisis wacana dan analisis perbualan. wacana Turutan struktur Rajah 1.1 : Analisis perbualan di dalam wacana Analisis perbualan adalah kajian terhadap perbualan yang dirakamkan, dibuat transkripsi dan diberi simbol. Harvey Sacks, Emanuel Schegloff dan Gail Jefferson merupakan etnometodologis yang mempelopori kajian analisis perbualan. Tema yang dibincangkan oleh kumpulan ini adalah cara memulakan atau menghabiskan perbualan, pengambilan giliran, pertindanan, jeda, pembetulan, pasangan adjasensi dan sebagainya. Fokus kajian di dalam analisis perbualan adalah kategori dan hubungan sosial yang tergambar di dalam aktiviti perbualan. Analisis perbualan dianggap sebagai simbol komunikatif yang menggambarkan peranan yang dimainkan oleh penutur dan pendengar. Peranan penutur dan pendengar mempengaruhi bentuk interaksi lisan. Analisis perbualan juga turut meneliti strategi yang digunakan untuk menjamin kelancaran perbualan. Penyelidikan juga dikembangkan untuk melihat pengaruh gender atau faktor sosial lain di dalam perbualan. Fairclough (1992) berpendapat bahawa perspektif analisis perbualan terhasil daripada tradisi penyelidikan etnometodologi kerana perspektif ini turut menganggap interaksi lisan sebagai penggunaan bahasa yang didasarkan kepada konteks sosial. Fokus penyelidikan tertumpu kepada organisasi dalam perbualan yang berlaku di dalam perbualan harian manusia. Duranti dan Goodwin (1991) pula menerangkan bahawa perspektif ini terangkum dalam bidang sosiologi dan terbit daripada usaha yang dijalankan oleh Harvey Sacks, Gail Jefferson dan Emanuel Schegloff serta rakan-rakan mereka yang dianggap sebagai pendukung perspektif etnometodologi. Sehingga kini, kajian Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) menjadi tunggak utama pengkaji bahasa dalam bidang pragmatik atau wacana. Mereka mengkaji bahasa spontan yang digunakan oleh masyarakat tidak seperti linguis yang pada masa itu (1950an sehingga 1960an) yang mengkaji bahasa dari segi fonologi, kata, sintaksis dan ayat. Apa yang pakar etnometodologi ini mahu pastikan adalah bagaimana perbualan seharian sesuatu masyarakat bahasa (bukan peraturan linguistik) berlaku kerana masyarakat yang membentuk komuniti dan bukan ahli bahasa. Fokus kajian ini adalah organisasi dan struktur perbualan dan bukannya ‘betul’ atau ‘tidak betul’ bahasa (dari segi nahu) yang digunakan di dalam perbualan tersebut. Sebagai contohnya, bahasa badan seperti senyum dan ketawa bukan merupakan satu unit bahasa tetapi memainkan peranan penting di dalam perbualan. Sering kali kita tidak perlu mengujarkan sepatah pun perkataan untuk menunjukkan maksud atau niat kita. Kita hanya perlu menjengilkan mata apabila memarahi anak-anak atau member amaran pada seseorang. Kita ketawa apabila kita gembira atau apabila ingin menyembunyikan kelemahan atau untuk menolak idea seseorang. Sedikit penerangan mengenai wacana dan difinisi wacana di dalam bab ini cukup untuk menunjukkan bahawa terdapat berbagai bentuk penerokaan ilmu di dalam bidang linguistik hanya dengan meneliti teks dan perbualan masyarakat bahasa. Kajian terhadap wacana merupakan satu bidang kajian yang baru berkembang dan menarik untuk dikaji, apatah lagi jika kajian perbandingan di antara bahasa ibunda dan bahasa kedua dilakukan oleh pengkaji tempatan. BAB 2 TEORI PENGAMBILAN GILIRAN BAHASA JEPUN TEORI PENGAMBILAN GILIRAN Penutur dan pendengar haruslah memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan perbualan itu lancar dan pengambilan giliran di dalam perbualan berlaku dengan sempurna. Di dalam perbualan bahasa Jepun, pendengar memainkan peranan dengan memberi aizuchi dan menghantar ‘mesej’ tertentu bila dia akan mengambil giliran. Penutur pula memainkan peranan dengan memberi ‘isyarat’ tertentu bila dia akan berhenti bercakap dan menyerahkan giliran bercakap kepada pendengar. ‘Mesej’ dan ‘isyarat’ yang dimaksudkan terangkum di dalam aizuchi. Di dalam perbualan, seseorang penutur tidak bercakap sepanjang masa kerana dia mesti memberi peluang kepada pendengar untuk bercakap seterusnya. Justeru itu, bilakah masa yang sesuai untuk pendengar mengambil giliran? Walaupun sebenarnya peraturan pengambilan giliran itu tidak wujud secara jelas, namun setiap dari kita dapat mengagak bila masa yang sesuai untuk kita mengambil giliran. Ia juga banyak bergantung kepada budaya, masa, emosi dan sikap individu tersebut. Bagi masyarakat Barat, mereka akan menunggu seseorang penutur menamatkan perbualan mereka, sebelum mengambil giliran. Walau bagaimanapun, peraturan ini tentulah tidak berguna kepada seorang penutur atau pendengar yang berada di dalam keadaan marah atau beremosi, baik masyarakat Barat mahupun Asia. Ini kerana di dalam keadaan marah, gembira atau sedih sekalipun, apabila emosi berada di dalam keadaan tidak stabil, ada penutur yang akan cuba meluahkan perasaan tanpa menghiraukan peraturan pengambilan giliran yang dibentuk masyarakat bahasa. Di dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khasnya, peraturan pengambilan giliran adalah tidak begitu dipatuhi terutama di dalam perbualan yang tidak rasmi seperti perbualan di kalangan rakan atau saudara mara. Ini tidak bermaksud orang Malaysia tidak beradab kerana merampas giliran, mengulang ujaran, membuat celahan dan sebagainya, tetapi sebaliknya menunjukkan keakraban di antara mereka. Mereka berbuat demikian supaya perbualan berjalan di dalam keadaan yang gembira dan harmoni. Mekanisma pengambilan giliran wujud di dalam setiap masyarakat bahasa, tetapi ia berbeza bergantung kepada budaya, individu, tahap pendidikan dan sebagainya. Di dalam masyarakat Barat kanak-kanak dididik sejak dari kecil supaya menunggu giliran. Misalnya kata-kata `wait for your turn` merupakan satu amaran kepada anak-anak yang menyampuk percakapan ibu bapa. Namun demikian apakah sebenarnya pengambilan giliran? Menurut Maynard (1993) pengambilan giliran ialah, satu unit semasa perbualan berlangsung di mana seorang penutur menggunakan haknya untuk bercakap. Ia dikenal pasti sebagai mempunyai makna atau fungsi oleh mereka yang terlibat di dalam perbualan. Untuk memastikan giliran bercakap seseorang itu, kedua-dua penutur dan pendengar mestilah menerima apa-apa yang diujarkan oleh pihak yang akan mengambil giliran, dan mesti melaksanakan peranannya sebagai penutur dan pendengar dengan menyokong ujaran tersebut. Apabila keadaan ini telah dipastikan, maka barulah dikatakan seseorang penutur telah mengambil giliran. Jelaslah di sini bahawa di dalam perbualan pendengar dan penutur memainkan peranan yang sama penting. Pendengar (yang kemudiannya menjadi penutur) bertanggungjawab untuk memberi maklum balas sama ada memberi penerangan, menyokong, membantah dan sebagainya agar perbualan terus berjalan dengan lancar. Apabila penutur dan pendengar saling memainkan peranan masing-masing, maka barulah dikatakan perbualan berlangsung, dan pengambilan giliran berlaku. Walau bagaimanapun menurut Tanaka (2000), pengambilan giliran di dalam bahasa Jepun berlaku lebih lambat jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris kerana sifat bahasa Jepun yang tidak mempunyai ‘early projection strategies’ dan tidak ‘straightforward’ seperti mana bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pendengar terpaksa mendengar ujaran penutur sehingga kepada beberapa suku kata terakhir sebelum memilih untuk mengambil giliran. Selain daripada struktur nahu yang menyebabkan kelambatan di dalam proses pengambilan giliran, sifat dan budaya bangsa Jepun juga menyumbang ke arah kelambatan ini. Celahan di dalam perbualan bahasa Jepun jarang berlaku kerana pendengar bukan sahaja menunggu dengan taat ujaran penutur semasa sehingga selesai tetapi juga kerana sifat bahasa Jepun itu sendiri yang mempunyai unsur atau konotasi ketidakpastian. Unsur-unsur ketidakpastian seperti penggunaan ujaran atau perkataan ee, maa, anou, eeto, anooudesune, soudesune dan sebagainya menyebabkan penutur menunggu sehingga akhir ujaran bagi memastikan pendapat atau pendirian penutur semasa terhadap sesuatu perkara. Menurut Tanaka (2000), perbezaan struktur nahu bahasa Inggeris dan bahasa Jepun turut memainkan peranan penting bagi membolehkan pendengar mengagak Transition Relevance Places (TRP) penutur dan seterusnya mengambil giliran bercakap. Misalnya, peraturan nahu bahasa Inggeris adalah subjek - kata kerja - objek sedangkan peraturan nahu bahasa Jepun adalah subjek - objek - kata kerja. Selain dari itu, bahasa Inggeris mempunyai early projection strategies, di mana penutur memberi isyarat tertentu di peringkat awal percakapannya yang membolehkan pendengar meneka dan mengagak masa yang sesuai untuk mengambil giliran. Ini berbeza dengan bahasa Jepun di mana, The beginning of TCUs (turn construction units) in Japanese do not tend to have elements that syntactically project the possible organization of what is to follow. (Fox, Hayashi & Jasperson, 1996:207) Menurut Fox, Hayashi dan Jasperson (1996) serta Tanaka (2000), peserta perbualan bahasa Jepun akan mengeluarkan ujaran di dalam unsur yang kecil dan merangkanya sedikit demi sedikit. Sebagai satu langkah penyelarasan, pendengar akan menunggu dan melihat perkembangan ujaran sehinggalah mereka mendengar beberapa suku kata terakhir di dalam sesuatu giliran yang biasanya mempunyai tanda penamat seperti kata kerja atau partikel terakhir, sebelum pendengar mengambil giliran dan membuat ujaran sendiri. Kajian Tanaka (2000) adalah berdasarkan perbualan melalui telefon dan beliau mendapati TRP dan pengambilan giliran berlaku pada post-predicate. Kajian ini juga menyentuh mengenai strategi yang digunakan oleh penutur, iaitu strategi mengekalkan giliran dan strategi menutup perbualan. Strategi ini penting sebagai tanda kepada penutur kedua untuk mengagak masa yang sesuai untuk mengambil giliran bercakap. Aizuchi pendengar juga, boleh diramalkan bahawa ia [aizuchi] diujarkan mengikut peraturan tentu. Sebagai kesimpulannya, ia tidak diujarkan membuta-tuli, bila, apa tujuan, dan aizuchi yang bagaimana sesuai diberikan,boleh dikatakan kita mempertimbangkannya dalam masa yang cukup singkat dan setelah itu, menggunakannya [aizuchi]. (Kubota,2001:26) Walau bagaimanapun, Kubota tidak memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai ‘bila’, ‘apa tujuan’, dan ‘aizuchi yang bagaimana’ yang terdapat di dalam perbualan bahasa Jepun dengan lebih terperinci. Bab 5 di dalam buku ini akan menerangkan fungsi dan jenis aizuchi yang digunakan di dalam perbualan bahasa Jepun. Transition Relevance Places (TRP) Di dalam perbualan terdapat natural breaks, iaitu apabila penutur semasa berhenti untuk mengambil nafas, kehabisan idea atau apabila apa yang ingin diutarakannya sudah selesai. Apabila keadaan ini berlaku, pendengar boleh mengambil giliran. Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) menamakannya sebagai Transition Relevance Places atau TRP. Menurut mereka lagi, organisasi pengambilan giliran itu sendiri, iaitu TRP merupakan elemen penting bagi menyempurnakan pengambilan giliran. TRP boleh juga dieksploitasikan oleh penutur semasa sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Penutur boleh jika dia mahu untuk tidak melepaskan gilirannya kepada orang lain. Dia mungkin berkata ‘atau’, ‘lagipun’, ‘akhirnya’, atau ‘yang tidak kurang pentingnya’ dan sebagainya selepas TRP bagi menunjukkan dia akan menyambung semula percakapannya. Pada masa ini pendengar yang tidak sabar akan memberikan isyarat seperti batuk dan sebagainya sebagai amaran supaya penutur menghabiskan ujarannya. Sacks, Schegloff dan Jefferson juga menyatakan penutur semasa juga boleh menentukan giliran bercakap dengan menamakan orang tertentu. Misalnya dengan mengatakan, ‘Apa pendapat Puan Siti tentang hal tersebut’, atau dengan memberi isyarat mata dan tangan. Penutur semasa boleh juga membiarkan pendengar lain bebas mengambil giliran tanpa menamakan sesiapa pun. Jika tiada pendengar lain ingin bercakap, dia boleh meneruskan kembali percakapannya sehinggalah TRP berlaku sekali lagi dan begitulah seterusnya. Oleh itu, pengambilan giliran bercakap dan TRP sememangnya berkait rapat antara satu sama lain kerana pendengar atau penutur kedua akan menunggu kemungkinan TRP seseorang penutur semasa sekiranya ingin mengambil giliran. Penutur juga akan memberi isyarat bahawa dia sudah berada di akhir ujaran melalui intonasi ujaran terakhirnya atau elemen akhir ujaran. Di dalam bahasa Jepun kata kerja merupakan salah satu aspek kemungkinan TRP. Ini kerana kata kerja di dalam bahasa Jepun terdapat pada penghujung ayat. Walau bagaimanapun, peraturan nahu di dalam bahasa Jepun tidaklah ketat seperti mana bahasa Inggeris. Contohnya ujaran bahasa Jepun iaitu, Kinou kareshito sono takai resutorande tabetayo. Semalam bersama teman lelaki di restoran mahal itu (saya) makan. boleh diubah kepada, Kareshito kinou sono takai resutorande tabetayo. Bersama teman lelaki semalam di restoran mahal itu makan. Kareshito sono takai resutorande kinou tabetayo. Bersama teman lelaki di restoran mahal itu semalam makan. Kareshito sono takai resutorande tabetayo kinou. Bersama teman lelaki di restoran mahal itu makan semalam Tabetayo kinou kareshito sono takai resutorande . Makan semalam bersama teman lelaki di restoran mahal itu. Kinou kareshito tabetayo sono takai resutorande. Semalam bersama teman lelaki makan di restoran mahal itu. Kareshito kinou tabetayo sono takai resutorande. Bersama teman lelaki makan di restoran mahal itu. Sono takai resutorande kinou kareshito tabetayo. Di restoran mahal itu semalam bersama teman lelaki makan. Sono takai resutorande kinou tabetayo kareshito. Di restoran mahal itu semalam makan bersama teman lelaki. Oleh kerana struktur nahu bahasa Jepun boleh diubah seperti di atas, maka Tanaka menyatakan kemungkinan TRP bukan sahaja boleh dikenali melalui kata kerja tetapi juga komponen predikat yang lain. Aspek-aspek organisasi pengambilan giliran ini dapat memberi bayangan kepada pendengar sama ada ia adalah kemungkinan TRP (melalui predikat atau kata kerja akhir) dan mereka boleh mengambil giliran, ataupun mereka perlu menunggu sehingga kemungkinan TRP berlaku sekali lagi, jika sekiranya ia dibentuk semula kepada komponen lain seperti penukaran bentuk kata kerja. Jika pada kemungkinan TRP, kata kerja yang merupakan tanda penghujung ayat diubah kepada bentuk kata penyambung seperti partikel te dan shi, atau dengan kehadiran (atau tanpa kehadiran) intonasi, maka pendengar terpaksa menunggu TRP lain berlaku sekali lagi. Aspek inilah yang menyebabkan kelewatan pengambilan giliran di dalam perbualan bahasa Jepun. Walau bagaimanapun adalah tidak sukar bagi pendengar meneka masa yang sesuai untuk mengambil giliran kerana sememangnya terdapat unsur lain yang mempengaruhi pendengar bagi mengenal pasti TRP penutur. Lagipun pendengar di dalam interaksi bahasa Jepun tidak akan terburu-buru mengambil giliran kerana cenderung untuk mendengar sehingga penutur sendiri berhenti bercakap. Penutur juga akan memberi isyarat tertentu kepada pendengar bahawa mereka akan menamatkan giliran mereka seperti melalui intonasi pada akhir ujaran. Ini bertepatan dengan pendapat Mizutani (1983) bahawa pendengar bahasa Jepun adalah pendengar yang taat dan bahawa penutur yang baik adalah juga merupakan pendengar yang baik. Elemen Akhir Ujaran Dan Intonasi Tanaka telah membuat kajian ke atas “turn projection in Japanese talk in interaction” melalui perbualan perorangan. Perbualan perorangan merujuk kepada perbualan di antara dua pihak iaitu melibatkan seorang penutur dan seorang pendengar sahaja. Menurutnya, kemungkinan TRP di dalam bahasa Jepun boleh dikenali melalui elemen akhir ujaran, seperti kopula, partikel akhir, kata kerja dan komponen predikat. Fox (1999) mendefinisikan turn projection sebagai, ...the display by speakers through the construction of their utterance how and when that utterance might come to completion in the (very near) future. Oleh yang demikian adalah penting bagi pendengar untuk mengenal pasti ciri-ciri turn projection bagi mereka menilai dan membuat andaian bahawa ujaran atau giliran bercakap penutur semasa akan tamat, dan pendengar boleh mengambil giliran seterusnya. Menurut Arminnen (1999), A conversational interaction depends on participants’ ability to recognize the completion of a turn so that the turn taking can take place and the conversation proceed in an orchestrated manner. (Arminnen, 1999: 258) Elemen akhir ujaran merupakan penanda yang penting di dalam sesuatu perbualan kerana pendengar hanya dapat mengetahui TRP penutur semasa hanya pada peringkat akhir ujaran. Oleh itu pendengar terpaksa menunggu ujaran penutur semasa berada di peringkat akhir ujaran sebelum menilai untuk mula mengambil giliran. Tanaka (2000) juga membuat kesimpulan bahawa kombinasi elemen akhir ujaran seperti ndayone merupakan tanda bahawa penutur semasa menamatkan giliran bercakapnya. Intonasi juga merupakan penanda penting dan kehadiran intonasi sama ada tinggi atau rendah bersama dengan elemen akhir ujaran merupakan penamat kepada sesuatu giliran becakap. Kajian Tanaka menunjukkan kemungkinan TRP atau pengambilan giliran oleh penutur kedua berlaku selepas ujaran komponen predikat, namun ia bergantung juga kepada konteks perbualan sama ada ujaran yang terlibat ujaran panjang atau ujaran pendek. Jika ujaran yang terlibat adalah panjang seperti di dalam wacana perbincangan, maka pengambilan giliran tidak berlaku pada setiap peringkat predikat tetapi pada peringkat atau unit yang lebih luas dari predikat atau ayat. 1. B: mata juuniji gorokara ittattsunone, {<} Dia berkata dia keluar lagi lebih kurang dari pukul dua belas, Youko.>{<} F: {>} {>} 2. C: Onajiyo, {<} Sama, {<} A: {>} {>} (Tanaka, 2000: 5-6) Di dalam perbualan antara B dan F (1) kita dapat melihat bahawa pengambilan giliran berlaku hanya setelah B selesai mengujarkan komponen predikat ittattsunone. Di dalam perbualan antara C dan A (2) juga, pengambilan giliran berlaku setelah ujaran komponen predikat Onajiyo. Di dalam kedua-dua perbualan di atas, pengambilan giliran berlaku hanya setelah komponen predikat diujarkan. Ini membuktikan bahawa komponen predikat merupakan salah satu penunjuk penting TRP selain daripada kata kerja atau partikel akhir. Pertindanan ujaran berlaku pada hujung ujaran penutur semasa dan ujaran penutur kedua disebabkan oleh penutur kedua terus mengambil giliran sebaik sahaja mengagak bahawa penutur semasa akan menghabiskan ujarannya. Selain dari elemen akhir ujaran, kemungkinan TRP boleh dikenali juga melalui intonasi yang tinggi atau rendah pada hujung ujaran. Tidak banyak kajian mengenai intonasi dilakukan oleh pengkaji bahasa sama ada oleh pengkaji tempatan mahupun asing. Walau bagaimanapun kepentingan intonasi di dalam perbualan telah ditunjukkan sejak kerja-kerja awal Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974). Intonasi di akhir ujaran sama ada intonasi tinggi, rendah atau tiada perubahan intonasi pada hujung ujaran merupakan isyarat berguna kepada pendengar menilai sama ada ujaran penutur sudah sampai ke penghujungnya atau tidak. Intonasi menghantar mesej tertentu kepada pendengar sama ada pendengar boleh mengambil giliran seterusnya atau perlu menunggu TRP sekali lagi. Pause-Bounded Phrasal Unit (PPU) Di dalam perbualan bahasa Jepun terdapat unit ujaran atau unit idea. Ia dipanggil Pause-bounded Phrasal Unit atau dengan ringkasnya PPU. PPU bukanlah bilangan ujaran tetapi tempat berhenti seperti jeda atau tempo yang terdapat di dalam perbualan. Menurut Maynard (1993), PPU boleh dikenali melalui jeda, atau tempo. Setiap unit pula biasanya sepanjang dua saat perbualan. Di dalam setiap unit pula biasanya terdapat kata kerja dan mempunyai maksud yang tersendiri. Ia juga biasanya mengikut intonasi di hujung klausa. Di dalam buku ini, PPU ditandakan dengan koma(,). PPU banyak terdapat di dalam perbualan bahasa Jepun kerana ia merupakan unit idea penutur di dalam sesuatu ujaran. Penutur di dalam sesuatu perbualan akan berhenti apabila sesuatu unit idea selesai sebelum menyambung unit idea lain. Di dalam perbualan bahasa Inggeris pendengar boleh menjangka bila ujaran penutur akan berakhir. Oleh itu apabila penutur masih di dalam unit ideanya, pendengar mula merangka apa ujaran yang perlu dituturkannya pula, dan sebaik penutur habis bercakap, pendengar pula mengambil bahagian di dalam perbualan sehingga tiada jeda di antara penutur dan pendengar ketika pengambilan giliran berlaku. Bahasa Inggeris mempunyai peraturan dan banyak tanda untuk mencegah jeda seperti ujaran ‘eh’, ‘well’, ‘you know’ dan pasangan adjasensi, gurau senda sebagainya serta soalan tambahan. Ia tanda yang menunjukkan penutur masih memegang hak bercakap. Oleh itu sebenarnya di dalam perbualan bahasa Inggeris oleh penutur aslinya, penutur yang menguasai perbualan berbanding di dalam perbualan yang mana pendengar yang mengawal perbualan melalui tanda yang dihantar melalui aizuchi. Di dalam perbualan bahasa Jepun sukar untuk menjangka bilakah penutur semasa akan menamatkan giliran bercakapnya. Apa yang perlu dibuat oleh pendengarnya adalah menunggu sehingga beberapa sukukata terakhir, dan sehingga itu pendengar memberi amaran secara tidak langsung melalui aizuchi yang berbeza jenis, kekerapan dan intonasi. Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana satu ujaran berlangsung dengan kehadiran tempo atau pause. Unit-Idea  Pause/Tempo  Unit-Idea  Satu Ujaran Selesai  Unit Idea  Pause/Tempo Rajah 2.1 : Aliran ujaran Di dalam kajian ini, PPU kebanyakannya diikuti oleh aizuchi oleh pendengar. Ini menunjukkan apabila satu unit ujaran atau PPU selesai, pendengar memberi aizuchi untuk menunjukkan minatnya terhadap idea atau pendapat penutur semasa dan dengan itu penutur semasa boleh meneruskan ujarannya. Contoh berikut merupakan contoh perbualan yang dipetik dari data perbualan kajian ini, bagi menunjukkan kaitan dan hubungan di antara PPU dan aizuchi. Sampel 2-1 Ujaran B menunjukkan unit idea ditanda dengan koma (,). Aizuchi atarashii bermaksud ‘baru’, P mengulang semula ujaran B, atarashii sebagai satu aizuchi. B: Somosomo desune, somosomo (un) soiuhuuniossharun dattara naraba, (un) ima, sono, yatouan toiuhuuni kaite, aru deshou?(haihai) Korewa atarashii (atarashii) yatouan nandesu. Pertama-tama sekali, pertama-tamanya (un) jika awak berkata begitu, (un) sekarang, itu, ada tertulis cadangan pembangkang, kan? (haihai) Ini cadangan baru (baru) pembangkang. Dapat dilihat dengan jelas terdapat lapan unit PPU di dalam perbualan ini dan separuh iaitu empat dari unit PPU ini, pendengar telah memberikan aizuchi, iaitu un, hai hai dan atarashii. Di hujung setiap PPU ini pula biasanya adalah partikel. Partikel-partikel yang selalu didapati pada hujung PPU di dalam perbualan bahasa Jepun adalah partikel ne, nee, sa, saa, no, kana, yona, yo, ka, wa dan ze. Selain dari partikel, PPU juga boleh dikenali melalui penukaran bentuk kata kerja atau kata adjektif kepada bentuk ‘te’ yang merupakan salah satu jenis kata penyambung. Contohnya, ‘kyouwa atsukute’ (hari ini panas,) atau ‘korewo dashite’ (hantar ini,). Unit PPU penting di dalam perbualan bahasa Jepun kerana pendengar akan mengagak masa yang sesuai untuk mengambil giliran berdasarkan unit PPU. Ini kerana seseorang itu boleh melihat sama ada penutur semasa akan meneruskan ujaran atau tidak berdasarkan tempo dan intonasi yang terdapat pada unit PPU. Berdasarkan tempo dan intonasi, seseorang pendengar boleh menilai sama ada penutur semasa sudah selesai memberi ujaran atau tidak. Jika pendengar mengagak penutur semasa sudah selesai memberi ujaran maka pendengar akan mengambil giliran pula. Sebaliknya, jika pendengar mengagak penutur semasa belum bersedia untuk menghabiskan ujaran, maka pendengar akan memberi aizuchi pula supaya penutur semasa selesa untuk meneruskan ujaran. Pendengar yang tidak sabar menunggu giliran juga akan membuat celahan apabila satu-satu unit PPU selesai diujarkan oleh penutur semasa. Biasanya penutur kedua akan mengambil giliran semasa penutur semasa berhenti sekejap (untuk mengambil nafas misalnya) atau jeda kerana agak tidak sopan untuk mengambil giliran semasa penutur masih lagi bercakap. PENGAMBILAN GILIRAN Analisis terhadap struktur perbualan bahasa Jepun memperlihatkan strategi perbualan yang digunakan oleh para penutur untuk mengambil giliran, mengekalkan giliran serta menutup giliran perbualan masing-masing. Di dalam strategi mengekalkan giliran, peserta menggunakan strategi penukaran bentuk kata kerja masu di hujung ayat kepada bentuk partikel te dan partikel shi, penggunaan desu dan ne, serta intonasi tinggi di hujung ayat, sebutan laju serta penggunaan kata penyambung ayat seperti, de, soshite, sorekara dan sebagainya di awal ayat. Kesemua kata penyambung ayat ini membawa maksud ‘dan’ atau ‘selepas itu’. Bagi menutup giliran perbualan pula, peserta menggunakan kata kerja omoimasu atau kangaemasu yang membawa maksud ‘saya rasa’, ‘pada pendapat saya’, ‘saya fikir’ dan sebagainya. Peserta menggunakan strategi ini untuk memberi isyarat secara langsung bahawa dia akan menutup ujaran. Apa yang menarik penggunaan kata kerja sebegini secara tidak langsung turut mencerminkan budaya atau sifat bahasa Jepun yang mempunyai banyak perkataan atau ujaran yang mengandungi konotasi ketidakpastian. Selain dari menggunakan kata kerja ini, terdapat penutur yang menggunakan ujaran hai atau haa di hujung ujaran. Ujaran ini menunjukkan ketenangan atau keadaan emosi penutur apabila dikaitkan dengan sesuatu isu. Peserta yang menutup perbualan melalui ujaran hai dan haa adalah peserta di dalam perbincangan perorangan. Pengerusi pula menutup ujaran penutur semasa menggunakan aizuchi hai dan naruhodo bagi menghantar isyarat awal kepada penutur semasa agar bersedia untuk menutup ujaran dan memberi giliran kepada peserta lain. Peserta biasanya akan menunggu sehingga penutur semasa menamatkan ujaran sebelum mengambil giliran. Peserta yang tidak sabar pula akan membuat celahan untuk merampas giliran. Strategi Perbualan-Mengekalkan Giliran Apabila mula bercakap kita akan meneruskan ujaran kita sehinggalah kita meluahkan seluruhnya pendapat kita. Oleh itu kita cuba untuk mengekalkan giliran bercakap sehinggalah kita bersedia untuk menutup ujaran. Di dalam kajian ini terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh penutur semasa untuk mengekalkan giliran. Strategi ini boleh didapati di dalam ujaran penutur semasa. Strategi mengekalkan giliran berlaku apabila seseorang penutur tidak mempedulikan kemungkinan TRP yang terdapat pada komponen akhir predikat. Strategi yang digunakan adalah seperti berikut: ...speakers typically attach post-predicate additions without any prosodic breaks,...contiguosly latching an additional increment to the preceding predicate component, using a sound stretch to deliver the last syllable of the predicate component before affixing the post-predicate portion, or both. (Tanaka, 2000: 5) Teknik seperti ini digunakan untuk menyekat kemungkinan penutur kedua memulakan ujaran sebaik sahaja ujaran penutur semasa sampai pada akhir predikat atau kemungkinan TRP. Jika kesempatan ini digunakan oleh penutur kedua dan penutur semasa pula tidak menggunakan teknik di atas maka pertindanan akan berlaku. Menurut Tanaka, penutur semasa yang ingin mengekalkan giliran bercakap bukan sahaja menggunakan teknik intonasi seperti intonasi yang tinggi atau tiada perubahan intonasi pada kemungkinan TRP tetapi juga bercakap cepat antara predikat dengan predikat atau ayat dengan ayat. Penutur semasa juga akan bercakap cepat pada penghujung unit PPU dan awal unit PPU bagi menyekat kemungkinan penutur kedua membuat celahan atau merampas giliran. Di dalam bahasa Jepun, setiap ayat diakhiri dengan kata kerja. Apabila sesuatu ayat berada pada peringkat kata kerja, penutur yang ingin mengambil giliran, berkemungkinan akan membuat celahan atau merampas giliran kerana kata kerja adalah tanda bahawa sesuatu ayat akan selesai iaitu salah satu tanda kemungkinan TRP. Di bawah ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh penutur semasa di hujung ayat sebagai satu strategi untuk mengekalkan giliran. Penukaran Bentuk Kata Kerja Masu kepada Bentuk Te atau Shi Penutur semasa yang bercadang untuk meneruskan ujaran selepas sesuatu kata kerja (penghujung ayat) akan menukar bentuk kata kerja (masu) kepada bentuk partikel te atau shi. Shi dan te di sini bertindak sebagai kata penyambung yang menunjukkan ayat tergantung dan secara tidak langsung memberitahu pendengar bahawa masih ada pendapat atau idea yang ingin disampaikan oleh penutur semasa. Jadual 2.1 menunjukkan penukaran bentuk kata kerja masu kepada bentuk te atau bentuk shi. Kata Kerja Masu Bentuk Te atau Shi Dearimasu Dearimashite / deatte / dearimasushi Desu Deshite / dashi Shimasu Shimashite / shimasushi / surushi Gozaimasu Gozaimashite / gozaimasushi Jadual 2.1: Penukaran Bentuk Kata Kerja Masu Penukaran bentuk ini membolehkan penutur semasa menyambung beberapa ayat kepada satu ayat majmuk yang panjang. Sampel 2-2 Penukaran bentuk kata kerja masu kepada bentuk te dan shi selepas kemungkinan TRP bagi mengekalkan giliran bercakap. DD:. mou kyouyousuru mondai dakara, (un) kokkaino ba de kokuminni shingishite moraouto, (un) toiutokorode dashitanodeatte, (un) watashiwa nanrano boukyo demonaishi, (un) mushiro 21 seikini taisuru kiki ishikito, (un) Oleh kerana ini masalah bersama, (un) di Diet rakyat patut memilih, (un) kerana itu kami keluarkan, (un) saya rasa itu bukan cara yang kasar, (un) malah ini krisis pemahaman pada abad 21 Di sini DD boleh mengujarkan dashitanodesu dan bukan dashitano deatte. Dashitanodesu menunjukkan satu unit ayat sudah selesai tetapi dashitanodeatte menunjukkan masih ada lagi unit idea yang ingin disampaikan oleh DD. Begitu juga dengan ujaran demonaishi adalah ditukar daripada demoarimasen. Daripada contoh di atas kita boleh melihat bahawa sebenarnya ayat yang terkandung di dalam ujaran tersebut adalah sekurang-kurangnya 3 ayat tetapi dengan menggunakan kata penyambung tersebut, DD menghantar isyarat kepada para peserta lain bahawa ujarannya masih belum selesai dan dia masih ingin meneruskan ujarannya. Keadaan yang sama boleh dilihat di dalam sampel 2-3 berikut. Sampel 2-3 Penukaran bentuk kata kerja masu kepada bentuk te dan shi selepas kemungkinan TRP bagi mengekalkan giliran bercakap. II: sonotokini sangiinno teisuu mondaiga arimashite desune, jimintouto jiyuutoude, ee san gatsuno nijuu yokkani, goui shita bunshouga gozaimashite, ee toujino giin kaichouno Z santo, jiyuutouno Z santo goui bunnshoude gozaimashitedesune, (un) korewa desune jimintouno iken toshite, hikousokuwadesune, kekkanga ooku, kenpouni teishoku suru kanouseimo aru, toiu hanashiwo dashi, (ee) soshite warewarewa yappari anou hireihaishide gozaimasunode, (un) ryoutouno touno iken toshite, pada masa itu ada masalah penetapan bilangan ahli Dewan Ahli Majlis, di antara Parti Liberal Demokratik dan Parti Liberal, pada 24 hb 3, ada ayat persetujuan bersama, En. Z yang pada masa itu presiden ahli parlimen, ada ayat persetujuan bersama dengan En. Z dari Parti Liberal, (un) sebagai pendapat Parti Liberal Demokratik, format senarai tidak terhad mempunyai banyak kekurangan, ada kemungkinan berlawanan dengan perlembagaan, mereka keluarkan cerita tersebut (ee) dan kerana kami memutuskan untuk membatalkan sistem perwakilan seimbang, (un) sebagai pendapat kedua-dua parti, Ujaran II tanpa noktah ini akan lebih panjang sekiranya ujarannya tidak dicelah oleh penutur lain. Penggunaan ujaran yang menggunakan kata penyambung atau partikel te dan shi ini walaupun mungkin bersalahan atau janggal dari segi peraturan nahu bahasa Jepun tetapi boleh diterima di dalam bentuk wacana perbualan. Apa yang penulis maksudkan dengan janggal ialah apabila arimashite atau gozaimashite di sambung dengan desune adalah bersalahan dari segi nahu bahasa Jepun, tetapi desune tersebut mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu untuk menarik perhatian pendengar ke arah apa yang ingin disampaikan berikutnya. Ini merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang terdapat di dalam wacana perbualan bahasa Jepun. Penggunaan Desu dan Ne serta Intonasi Tinggi Sampel 2-3 menunjukkan bagaimana penutur menyambung kata kerja arimashita dan gozaimashita kepada bentuk te kemudiannya menyambungkannya dengan kata kerja desu dan partikel ne. Di dalam perbualan [18], penutur juga menggunakan intonasi tinggi kepada ne yang menunjukkan penutur mahu menarik perhatian pendengar. Oleh itu, terdapat dua cara penutur menarik perhatian pendengar iaitu dengan menukarkan kata kerja kepada bentuk tedesune dan meninggikan intonasi tedesune atau ne tersebut. Selain daripada berfungsi untuk menarik perhatian pendengar, penggunaan desune atau ne pada kemungkinan TRP sebenarnya lebih menguatkan ‘hasrat’ penutur bahawa masih ada mesej yang ingin disampaikan olehnya. Fungsi ne dihujung ayat atau di hujung ujaran bukan sahaja untuk menarik perhatian pendengar ke arah apa yang ingin disampaikan oleh penutur semasa tetapi juga sebagai satu strategi mengekalkan giliran bercakap. Seperti di dalam ujaran yang terdapat di dalam sampel 2-3, 1. sonotokini sangiinno teisuu mondaiga arimashitedesune, (ayat tergantung) 2. sonotokini sangiinno teisuu mondaiga arimashitene, (ayat tergantung) 3. sonotokini sangiinno teisuu mondaiga arimashite, (ayat tergantung) 4. sonotokini sangiinno teisuu mondaiga arimashita. (satu ayat) 1. jiyuutouno Z santo goui bunshoude gozaimashitedesune, (ayat tergantung) 2. jiyuutouno Z santo goui bunshoude gozaimashitene, (ayat tergantung) 3. jiyuutouno Z santo goui bunshoude gozaimashite, (ayat tergantung) 4. jiyuutouno Z santo goui bunshoude gozaimashita. (satu ayat) Ujaran 1 merupakan ujaran sebenar yang diujarkan oleh peserta. Ia merupakan ayat tergantung kerana di hujung ayat terdapat partikel te, kata kerja desu serta partikel ne yang menunjukkan bahawa ayat tersebut belum selesai. Penutur tersebut boleh mengujarkan ujaran seperti di dalam 2 dan 3 kerana ujaran tersebut juga adalah ayat tergantung yang juga menunjukkan bahawa ujarannya masih belum selesai dan ada lagi yang perlu diucapkannya. Walau bagaimanapun penutur tersebut mengujarkan 1 kerana te+desu+ne mempunyai lebih ‘kekuatan’ untuk menarik perhatian pendengar berbanding te+ne di dalam ujaran 2 atau te di dalam 3. Ujaran 4 pula adalah bentuk kata kerja jika penutur sudah selesai menuturkan sesuatu ayat. Jika penutur membuat ujaran 4 ada kemungkinan yang ujaran selepas itu akan diganggu oleh pendengar. Rajah 2.2 menunjukkan tahap ‘kekuatan’ penggunaan tedesune di dalam sesuatu ujaran seperti yang telah dibincangkan di atas. Ia digunakan untuk menarik perhatian pendengar ke arah apa yang ingin disampaikan seterusnya oleh penutur semasa bagi menunjukkan masih ada mesej yang ingin disampaikan. Iaitu satu strategi bagi mengekalkan giliran bercakap. Bentuk te+desu+ne  Bentuk te+ne  Bentuk te  Bentuk ta atau masu Rajah 2.2 : ‘Kekuatan’ tedesune bagi mengekalkan giliran bercakap Ne diujarkan selepas penukaran kata kerja bentuk te. Apabila penutur mengujarkan ne (di dalam tene dan tedesune), dia berusaha menarik minat pendengar ke arah hujahnya dan dengan meninggikan intonasinya pula penutur semasa ‘memberitahu’ secara tidak langsung bahawa dia masih mempunyai hujah yang perlu disampaikan dan ini adalah satu strategi untuk mengekalkan giliran bercakap. Penggunaan partikel ne bukan sahaja pada pertengahan ujaran (pertengahan ujaran tetapi di hujung kata kerja), tetapi juga pada penghujung ujaran. Ayat di bawah menunjukkan dua fungsi ne yang berbeza. Sampel 2-4 Penggunaan intonasi tinggi pada partikel ne pada hujung ujaran atau kemungkinan TRP yang menunjukkan penutur menggunakan strategi penggunaan intonasi bagi mengekalkan giliran bercakap. GG: sorewone, (un) watashiwa gironshiyouto shitano, sangiin bappon seidoga kawattene. Soushitara, jimintoudesuyo, (un) jimintougane, (un)… …itu, (un) saya bercadang untuk bincangkan, pertukaran secara drastik sistem Dewan Ahli Majlis. Bila begitu, Parti Liberal Demokratik, (un) Parti Liberal Demokratik,(un)... Ne di dalam sorewone dan jimintougane dengan intonasi yang tinggi pada ne menunjukkan yang penutur semasa ingin menarik perhatian pendengar ke arah apa yang ingin disampaikan olehnya. Ne di dalam kawattene dengan intonasi yang juga tinggi adalah bertujuan bukan sahaja untuk menarik perhatian pendengar tetapi juga satu strategi penutur semasa untuk mengekalkan giliran. Ujaran kawattene walaupun pada hujung ujaran, cara ujaran itu diucapkan seperti nada yang tinggi dan tergantung menunjukkan dengan jelas bahawa masih ada lagi apa yang ingin disampaikan olehnya selepas ujaran tersebut. Sebutan Laju Cara lain bagaimana penutur mahu mengekalkan giliran ialah dengan menyambungkan ayat dengan ayat, unit idea (PPU) dengan unit idea yang seterusnya, menggunakan sebutan laju atau ‘bercakap cepat’ seperti di dalam ujaran di dalam sampel 2-2, 2-3 dan 2-4. Iaitu penutur tidak berhenti untuk menarik nafas sebaliknya terus menyambung ayat lain. Walau bagaimanapun, penutur akan berhenti menarik nafas atau mengambil masa untuk berfikir mencari idea pada pertengahan ayat. Penggunaan intonasi yang tinggi atau rendah dan strategi-strategi perbualan iaitu partikel ne, shi dan te, serta desu merupakan strategi-strategi utama penutur bagi mengekalkan giliran bercakap. Penggunaan Kata Penyambung Ayat Penggunaan kata penyambung ayat seperti de (dan), soshite (dan), mata (lagi), sorekara (selepas itu), mou hitotsu (satu lagi) dan sebagainya secara jelas menunjukkan hasrat penutur untuk meneruskan lagi ujaran. Sampel 2-5 Penggunaan de pada awal ayat penutur O. O: De sono nakade, (un) ee, imano, sono hirei seidoga desunee, (un) sangiinni husawashiika douka toiu gironga arimasu. De, wagatouno nakademo, (un) dan, dalam itu, (un) sistem perwakilan seimbang itu, sekarang, (un) ada perdebatan samada ia sesuai atau tidak dengan Dewan Ahli Majlis. Dan di dalam parti kami pun, (un) Sampel 2-6 Penggunaan soshite, dan mouhitotsu pada awal ayat penutur O. O: Tada, imano dankaide rainenni, maniau youna gironniwa nattenaikara, (un) souiu kotowo hukumete,giron shimashouto itterundesu.Soshite, mouhitotsu, (un) hikousoku shikito itta baai ni, (un) kokuminno minasanwa seitoudemo kojindemo eraberuto iwaremashitaga, …tetapi, pada peringkat sekarang, kerana tidak menjadi perbincangan yang sempat sehingga tahun depan, (un) termasuk perkara tersebut, saya kata mahu berbincang. Dan, satu lagi, (un) jika dikatakan format senarai tidak terhad, (un) rakyat boleh memilih parti dan calon peribadi, tetapi, Sampel 2-7 Penggunaan de, mazu, soshite, korega hitotsu dan sorekara pada awal ayat penutur L. L: watashitachiwa mazu, anou, assen ritokuzai desune.(un) De, korewa, ano sengino ankentoshite, mou tokubetsu iinkaini oriteru wakedesuyo .Soshite san kokkaini watatte,samazan katachide mou kore keizoku ninatteru ankendesukarane……… Korega hitotsu. Sorekara,kurashino mondaidewadesune, Pendapat kami pertama sekali, adalah mengenai jenayah rasuah. (un) Dan, ini, sebagai cadangan terpilih, sudah ada pada peringkat jawatan kuasa khusus. Kemudian turun ke Parlimen, dalam berbagai bentuk, kerana ini cadangan yang berterusan… Ini yang pertama. Kemudian, masalah kehidupan pula, Ujaran jenis ini menunjukkkan penutur sedang merangka bentuk atau ideanya yang tertentu. Ujaran jenis ini lebih tersusun kerana pendengar bukan sahaja akan lebih mudah untuk memahami ujaran penutur malahan dapat meneka masa yang sesuai untuk mengambil giliran kerana terdapat peringkat-peringkat ujaran yang telah diberikan penutur. Strategi Perbualan-Mengambil Giliran Pengambilan giliran pada umumnya berlaku apabila seorang penutur mengambil giliran bercakap setelah penutur semasa selesai menghabiskan ujaran. Di dalam kajian ini, pengambilan giliran berlaku setelah P menamakan seseorang peserta supaya mengambil giliran bercakap setelah giliran penutur semasa selesai. Ini berlaku di dalam perbincangan berkumpulan. Di dalam perbincangan perorangan pula, P tidak semestinya menamakan penutur seterusnya oleh kerana perbincangan hanya melibatkan P dan seorang peserta sahaja. P Menamakan Peserta Yang Berhak P menggunakan pendekatan yang berbeza di dalam memberi hak bercakap kepada penutur perbincangan perorangan dan penutur perbincangan berkumpulan. Di dalam perbincangan perorangan, pengambilan giliran berlaku setelah P selesai memberi soalan atau setelah peserta selesai memberi jawapan. Di dalam perbincangan berkumpulan juga pengambilan giliran berlaku setelah selesai P dan para peserta membuat ujaran. Apa yang berbeza adalah, sebaik sahaja selesai sesuatu ujaran oleh peserta, P dengan serta merta terus menamakan peserta lain sebagai penutur seterusnya. Jika P tidak menamakan peserta yang sepatutnya mengambil giliran dengan seberapa segera yang boleh, setelah selesai dirinya atau peserta lain membuat ujaran, besar kemungkinan peserta lain akan berebut untuk mengambil giliran bercakap dan akan menyebabkan berlakunya pertindanan di dalam perbualan. Kita boleh melihat contoh-contoh yang terdapat di dalam bab ini bagaimana P pada masa yang sama menggunakan dua pendekatan, bagi mengelakkan ujarannya diselit oleh penutur lain iaitu, 1.menamakan penutur seterusnya sebaik sahaja penutur semasa menamatkan ujaran. 2.menamakan penutur seterusnya terlebih dahulu sebelum mengemukakan soalan. Berikut adalah data perbualan bagi menunjukkan P mengambil giliran sebaik sahaja penutur semasa selesai membuat ujaran terakhir. P juga setelah mengambil giliran terus menamakan penutur kedua dan memberi giliran bercakap kepada penutur tersebut. Sampel 2-8 E: ...desukarane, tatoeba ima giron shiteta shisetsu hishowa koumuin janaikara tokaiu souiu keishikitekina, (un) hanashidewa naindesu, ...Oleh itu, misalnya seperti yang dibincangkan sekarang, setiausaha peribadi adalah bukan pegawai kerajaan, ini bukan perbincangan mengenai masalah bentuk,(un) P: {<} {<} Sampel 2-9 P: Fsan kono mondaiwa dou nan desuka? En. F, bagaimana dengan masalah ini? Sampel 2-10 P: demo, FF san, Tapi, En. FF, FF: hai. Ya. Melalui Celahan oleh Pendengar Seperti yang telah dinyatakan di dalam bab sebelum ini celahan merupakan salah satu usaha untuk mengambil giliran. Sampel 2-11 berikut merupakan celahan yang dilakukan oleh peserta yang berjaya merampas giliran setelah melakukan celahan. Sampel 2-11 P: <Hai, BBsan.>{<} Ya, En.BB. BB: <Mazu seitou,> Pertama sekali parti politik, P: BB: <Mazu seitouwo erande,> Pertama sekali memilih parti politik, GG: <XXXXX。> P: < Ima,ima> Sekarang, sekarang BB: {>} Dan, selepas itu, sila tunggu sekejap. GG: Chotto BB san, kikinasaiyo.(un) En. BB, awak dengar sekejap. P: Hai. Ya. GG: Anone, watashiga zenbu mawattandakarane, (un un)... Anone, oleh kerana saya telah pergi ke semuanya, (un un)... Walaupun P telah cuba untuk menghalang GG merampas giliran dari BB, dengan memberitahu bahawa ‘sekarang adalah giliran BB’ melalui ujaran P, ima ima (ima bermakna sekarang), usaha P tidak berhasil. BB juga turut cuba menghalang GG dari merampas hak bercakapnya melalui ujaran, Sorekara, atowa, chotto mattekudasai, (chotto mattekudasai bermakna sila tunggu sekejap) tetapi GG tetap membuat celahan. P akhirnya menyerahkan hak bercakap kepada GG. Sampel 2-12 berikut menunjukkan cubaan M untuk merampas giliran melalui ujaran Iyaa, ichiban ue kara mitemimashouka? (Tidak, Mahu tengok dari yang pertama?), tetapi tidak berhasil setelah L mempertahankan gilirannya melalui ujaran sorekaranee, anou, maa saigo ni saigo made, anata, hanashi kikinasaiyo (selepas itu, anou, maa akhir sekali, sampai akhir,awak, dengar cakap saya) dan maa, ruuru mamonnai hitodesunee (maa, awak orang yang tidak mematuhi peraturan). Sampel 2-12 L: ...motomoto sono yotouanni desunee,(un) seitaku hazusutteiunowa motomotono yatouan desuyo. ...Pada rang undang-undang yang dibuat oleh parti kerajaan, (un) terdapat cadangan yang dikeluarkan dan itu adalah sebenarnya rang undang-undang yang dibuat oleh parti pembangkang. M: {<} {<} #: L: anata, hanashi kikinasaiyo, awak, dengar cakap saya, P: L: P: {>} {>} L: Soredenee,... Dan,... Kedua-dua contoh 2-11 dan 2-12 menunjukkan usaha yang telah dibuat oleh GG dan M bagi merampas giliran. Walaupun M gagal di dalam usahanya untuk merampas giliran tetapi tetapi kenyataan bahawa celahan merupakan satu strategi untuk merampas giliran adalah tidak dapat disangkal. Beberapa strategi yang digunakan oleh penutur semasa untuk mengekalkan gilirannya sendiri serta strategi untuk menutup gilirannya sendiri atau menutup giliran oleh P telah dijumpai di dalam kajian ini. Turut dijumpai di dalam kajian ini adalah jenis-jenis aizuchi tertentu yang dihantar oleh P. Aizuchi ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam perbualan. Aizuchi yang dihantar kepada penutur semasa bukan sahaja memberi mesej agar penutur semasa meneruskan ujaran, sebaliknya turut memberi mesej agar penutur semasa bersedia untuk menamatkan ujarannya. Strategi Menutup Giliran Di dalam strategi menutup giliran seseorang penutur akan menutup ujaran pada elemen akhir ujaran atau melalui ciri-ciri intonasi yang terdapat di dalam iikiri truncated form. Iikiri truncated form merujuk kepada bentuk akhir satu ayat (atau ujaran) yang digunakan oleh penutur semasa di mana bentuk akhir (hujung ayat atau hujung ujaran) tersebut tidak mengikut kebiasaan nahu bahasa Jepun atau ‘kudung’ seperti yang akan dibincangkan seterusnya. Menurut Tanaka (2000), elemen akhir ujaran ini, di dalam perbualan bahasa Jepun, adalah kata kerja terbitan seperti masu, mashou, dan mashita; kopula seperti desu, deshou, da, atau na; partikel akhir seperti ne, yo, sa, ka, no, wa, zo; penanda ayat perintah seperti kudasai, choudai, nasai dan lain-lain seperti wake, mono, mon dan n . Menurut Tanaka lagi jika tiada elemen akhir ujaran atau kombinasi elemen akhir ujaran seperti di atas, pendengar boleh melihat bentuk intonasi seperti intonasi yang tinggi atau rendah menandakan seseorang penutur menutup giliran bercakap. Ciri-ciri intonasi inilah yang dinamakan iikiri truncated form oleh Tanaka (2000). Penutur juga mempunyai strategi bagi menutup perbualan sendiri. Strategi atau tanda yang diberikan oleh penutur semasa amat penting bagi pendengar kerana dari situ, pendengar boleh mengagak bahawa penutur semasa telah habis memberi pendapat dan pendengar boleh mengambil giliran seterusnya. Terdapat beberapa cara bagaimana penutur semasa menutup perbualan atau memberitahu kemungkinan TRPnya kepada penutur lain. Menutup Perbualan Melalui Kata Kerja yang Mempunyai Konotasi Ketidakpastian Perbualan ditutup dengan kata kerja seperti to omoimasu, to kangaemasu, toiuuhuuni mimasu, inshouwo mochimasu dan sebagainya. Walau bagaimanapun kata penutup yang lebih banyak digunakan ialah to omoimasu dan to kangaemasu. Makna omoimasu di dalam kamus bahasa Jepun - bahasa Inggeris terbitan Kenkyusha (1983) ialah, Think, consider, believe, feel, judge, feel, imagine, dan guess. Begitu juga dengan makna kangaemasu. Pada penghujung perbualan, sebagai penutup penutur mengujarkan to omoimasu dan to kangaemasu. Ini seolah-olah menunjukkan segala apa-apa ujaran yang diucap sebelum ini adalah hanya pada pemikiran penutur. Walaupun ia bertentangan dengan peserta lain, itu tidak menjadi persoalan kepada penutur kerana ujarannya hanyalah berdasarkan pada pemikirannya sahaja. Ia digunakan seolah-olah bagi mengelakkan sipenutur menanggung apa-apa risiko atau tanggungjawab jika fakta atau apa-apa yang diujarkan sebelum ini bertentangan dengan fakta atau pandangan umum. Sampel 2-13 K menutup perbualan dengan to omoimasu. K: soshite sono jijitsu kankeiga hijouni ugoku toiukotomo hukumetedesune, yahari anou, yotou karamo osshattayouni (un) kono jijitsu kankeiwa, reiseini katsu, (un) meikakuni, ee, akirakani shite ikukotowa taihen daijina kotodato omoimasu. dan termasuklah hubungan sebenarnya itu sangat berkesan, yahari anou seperti apa yang dikatakan oleh parti pembangkang (un) hubungan sebenarnya ini, tenang dan, (un) terang, ee, jelas saya rasa itu sangat penting sekali. Di dalam data 2-13 ini, K menutup ujarannya dengan kata kerja to omoimasu. Sebelum ini tidak terdapat to omoimasu di dalam ujaran K. To omoimasu boleh diterjemahkan sebagai ‘saya fikir’ atau ‘saya rasa’. To omoimasu tidak terikat kepada ayat yang terakhir sahaja tetapi juga boleh merangkumi ayat-ayat sebelum ini. Ini menunjukkan apa-apa yang dinyatakannya dari awal ujaran sehingga akhir ujaran adalah keseluruhan dari pendapatnya dan itu menunjukkan dia sudah tidak mempunyai apa-apa yang ingin dikatakan lagi. P kemudiannya memberi giliran kepada peserta lain. Selain daripada bentuk to omoimasu terdapat juga bentuk toiuhuuni omoimasu atau to kangaeteimasu, dan membawa maksud dan fungsi yang sama. Jelaslah terdapat satu cara bagaimana penutur asli menutup perbualan iaitu dengan mengujarkan to omoimasu atau to kangaemasu. Ia merupakan tanda yang berguna kepada peserta lain untuk mengambil giliran. Di dalam kajian ini to omoimasu hanya terdapat pada penghujung ujaran sahaja yang bolehlah disifatkan sebagai kesimpulan atau penutup kepada ayat-ayat sebelumnya. Penutup atau kesimpulan ini amat penting di dalam perbualan bahasa Jepun kerana tanpa penutup seperti ini pendengar atau pengacara tidak mengetahui bila masa yang sesuai untuk mencelah dan mengambil giliran. Sebagai pendengar yang setia, pendengar bahasa Jepun kerap melakukan aizuchi sehinggalah penutur habis menyampaikan ideanya. Penutup ini juga merupakan satu strategi bagi penutur semasa untuk memberi isyarat kepada pendengar bahawa aizuchi tidak lagi diperlukan dan pendengar pula boleh mengambil giliran. Menutup Perbualan dengan Ujaran yang Menunjukkan Ketenangan dan Keadaan Emosi Sipenutur Selain daripada penutur menutup perbualan dengan menggunakan to omoimasu dan to kangaemasu, terdapat juga penutur yang menggunakan ujaran hai dan haa yang menunjukkan dia sudah selesai bercakap. Ujaran penutup hai dan haa digunakan semasa sipenutur di dalam keadaan yang tenang. Sampel 2-14 Perbualan antara P dan Y. Y menutup perbualannya dengan hai. Y: Shinnin sareta koto. Yakin. P: Shinnin sareta. Yakin. Y: soudesune. Hai. Ya, benar. Ya. Sampel 2-15 R menutup perbualannya dengan ujaran haa. R: ee jitsuwa, ano, 26nichi, sonomaeno hino, naikaku iinkai gozaimashite, (ee, ee)kyuuyohou no, sono, ee, kaisei shingiwo (un) shite ottadesukeredomo, honrai ano, shingi subeki, kyuuyouhouno hanashi issai dezuni desune, (ee) moppara Z sanno, (un) mondaini shuuchuu sarete, (un) shimatta toiiuuyouna kotomo gozaimashita. (un)Soiuuyouna kotode, anou Z sanmo, ketsudanwo saretanjanainokanato, {<} ee sebenarnya, ano, pada 26 hari bulan, pada hari sebelumnya, ada jawatankuasa kabinet, (ee, ee) mengadakan, pengkajian semula undang-undang kyuuyo, itu, ee, sebenarnya, tidak keluar langsung cerita undang-undang kyuuyo yang perlu diberi perhatian, (ee) tetapi tertumpu kepada masalah, Z, hal seperti itu berlaku. (un) Dengan demikian, anou dalam keadaan seperti itu En Z pun, saya rasa telah buat keputusan, saya rasa seperti ini. Haa. Sampel 2-16 R menutup ujarannya dengan haa. R: koiukotonande, (un) aa, sonokuraino <i>kotode gozaimasukara, (un)yaa, nanka, giwakuga aru soiuhuuni tteiunowa, uketoru kotowa, muzukashiinjanai, (naruhodone) kanatoiunoga watashino kanji nandesukedone. Haa. Kerana hal seperti ini, (un) aa, kerana perkara seperti itu <>, (un) yaa, nanka, fahaminya sebagai ada kesangsian, adalah susah, (naruhodone) itu adalah apa yang saya rasa. Haa. Sampel 2-17 Perbualan antara P dan R, R menutup perbualan dengan ujaran hai. P: ashitakara desune. (hai) Doudesuka konokoushouni Z sanno hatsugenga eikyou surunoka dounanokadesune, suru toui hitomo orimasu shine, doiuhuuni goranni nattemasuka?. Bermula dari esokkan?.(hai) Bagaimana dengan kenyataan Z adakah memberi kesan kepada perbincangan atau bagaimana, ada orang kata memberi kesan, bagaimana anda melihatnya?) R: watshiwa mattaku kankeinaito omoimasune. (un) Eikyouwa naito, (nai) kangaeteorimasu. Hai. Saya fikir tiada langsung sebarang hubungan. (un) Saya fikir tidak memberi kesan. Ya. Hai dan haa sebagai penutup perbualan kerap ditemui di dalam perbualan perorangan. Perbualan perorangan berlaku dengan lebih terkawal dan dengan nada suara yang tidak begitu tinggi atau laju seperti di dalam perbincangan berkumpulan. Penutup seperti ini menunjukkan penutur di dalam keadaan yang lebih tenang dan tidak begitu beremosi. Apa yang menarik, hai digunakan di dalam keadaan biasa atau emosi penutur stabil manakala haa digunakan apabila penutur mengalami sedikit tekanan daripada isu yang lebih berat. Jika sesuatu isu itu tidak terlibat secara langsung kepada seseorang penutur walaupun isu tersebut serius atau berat, penutur tidak akan mengalami tekanan. Di dalam keadaan sebegini sipenutur akan menutup ujarannya dengan hai seperti di dalam perbualan 2-14 dan 2-17. Walau bagaimanapun jika isu tersebut berkaitan secara langsung dengan dirinya, dan dia perlu mengambil jalan tengah iaitu tidak mengkritik pihak ketiga dan tidak pula menyokongnya secara terus terang maka haa digunakan. Ujaran R di dalam perbualan 2-15 dan 2-16 menunjukkan R mengujarkan haa apabila menyentuh skandal Z, (R baru sahaja menggantikan jawatan Z sebagai pegawai kanan kerajaan), sedangkan di dalam ujaran R di dalam perbualan 2-17, R menyebut hai apabila mengulas mengenai kesan tindakan Z kepada persidangan Jepun-Korea. Ujaran hai atau haa tersebut tidak menolak secara terus terang dan fungsinya adalah sama, sama ada hai atau haa. Haa sekadar menunjukkan perasaan yang tidak begitu suka terhadap sesuatu perkara atau emosinya sedikit terganggu akibat isu yang berat, dan sukar baginya untuk membuat keputusan atau menjelaskan pendiriannya dengan lebih terperinci. Menutup Perbualan dengan Aizuchi Hai dan Naruhodo oleh Pengerusi P juga memberi jenis aizuchi yang tertentu bagi memberi isyarat kepada penutur agar menghentikan ujarannya. Seperti di dalam ujaran 2-18 berikut, P memberi tanda bahawa P ingin menyerahkan hak bercakap kepada peserta lain dan penutur semasa boleh memberhentikan ujarannya pada masa yang sesuai. Di sini hai dan naruhodo yang diujarkan oleh P pada penghujung ujaran penutur semasa bukan sahaja bertindak sebagai aizuchi tetapi juga tanda penutup perbualan. Oleh itu penulis namakan aizuchi ini aizuchi penutup yang berperanan sebagai ‘lampu kuning’ kerana memberi isyarat awal supaya penutur semasa menghentikan ujaran selepas beberapa ketika. Ia boleh dibezakan dengan melihat bagaimana pada permulaan dan pertengahan ujaran P memberi aizuchi ‘un’ tetapi apabila ujaran peserta menjadi berjela-jela, P memberi ujaran ‘hai’ atau ‘naruhodo’. Malah nada aizuchi juga lebih tinggi dari aizuchi sebelumnya. Sampel 2-18 Aizuchi yang dihantar oleh P kepada BB. BB: zenkyoubu, daboku toiun deshoukane?, (un) 2 shuukan chiryoude, nyuuin shimashita. (un) Sokodene, maa watashiwane, (naruhodo) ironna ii bunwa aruto om oimasukeredomone, (aa) shuugiinno minasanga nanninka koraretene, (un) jitsuryoku koushi sareteru. (naruhodo) Koremo yoroshiku (naruhodo) arimasenne. bahagian dada, adakah ia dipanggil cedera?, (un) 2 minggu rawatan, masuk hospital.(un) Dengan itu, saya, (naruhodo) saya rasa ada pelbagai alasan tetapi, (aa) ada beberapa ahli Dewan Perwakilan datang, (un) dan mengenakan tekanan.(naruhodo) Ini pun tidak berapa (naruhodo) elok. P menghantar isyarat kepada BB bahawa P telah memahami maksud BB, oleh itu BB boleh menutup ujaran. Aizuchi aa dan naruhodo merupakan tanda bahawa P mahu BB bersedia menutup ujaran. Ini boleh dibuktikan dengan melihat bagaimana P dan pendengar lain tidak melakukan sebarang celahan atau gangguan, sebaliknya menunggu BB menghabiskan ujarannya. BB memahami maksud P dan membuat ujaran terakhir seperti di dalam ujaran 2-19, dengan mengujarkan soiukotodene, iaitu sebagai satu kesimpulan dari kesemua ujarannya sebelum ini. Selepas ujaran soiukotode ini, P sekali lagi memberi aizuchi un, yang menunjukkan kedua-dua pihak P dan BB mengetahui dan memahami ujaran soiukotode itu adalah tanda BB akan membuat ujaran terakhir. BB kemudian menutup perbualan dengan kata kerja omotteimasu. Sampel 2-19 BB menutup ujaran setelah P memberi isyarat seperti di dalam [27-1]. Penggunaan kata kerja akhir omotte orimasu sebagai tanda TRP BB. BB:Soiu kotodene, (un) maa tonikaku kokkaitoiu monowa yoyatoude shingiwo suru (hai) tokorodesukara, (un) zehi desune, (un) kokkaini gosankawo tamawaritai, (un) souiuhuuni warewarewa omotte orimasu. Oleh kerana itu, (un) kerana Diet adalah tempat (un) parti pembangkang dan kerajaan berbincang,(hai) pembangkang mesti,(un) mengambil bahagian di parlimen, (un) itu apa yang kami rasa. P akan menutup ujaran penutur semasa dengan melakukan celahan apabila ujaran peserta terlalu panjang atau jika peserta tersebut tidak memahami aizuchi hai atau naruhodo sebagai tanda yang P mahu penutur itu menghentikan ujaran. Kedua-dua strategi ini boleh dilihat di dalam perbualan berikut. Sampel 2-20 Perbualan di antara H, P dan Q. P memberi aizuchi hai supaya H bersedia untuk menutup perbualan tetapi tidak dihiraukan oleh H. P kemudiannya menutup ujaran H dengan membuat celahan dan memberi hak bercakap kepada Q. H: ……dakara, soiukotomo yaranakya ikenai. (un) sono, seijiwo yaranakya naranai houritsu, aruiwa yosan, (un) ano, ironna kadaiga aru. (un) Sono mondaiwo giron shinagarade kekkoudesuga, maemukini dondondesune, iwayuru shingi hiki, (un) nobashitoka,(un) soiukoto ja nashini desune, otagaini nihonno tameni yaru toiu tendewa kyoutsuuno dodaiga aru wakedesukara, yatte itadakitaito, (hai) sonou, soiu kotowodesune, (hai) korewane, konou, mottone, nihonno kunino arikatawo dou aruka toiu younane, toushu tourontenowane, hontouwa souiuu kotowo {<} ………oleh itu, perkara itu pun mesti kita lakukan. (un) Itu, undang-undang menetapkan mesti berpolitik, ataupun belanjawan, (un) ada berbagai topik.(un) Sambil berbincang mengenai masalah itu pun tidak mengapa, secara positif, perdebatan, (un) atau menangguhkannya, (un) dengan tidak mengabaikan perkara tersebut, kerana ada asas bersama untuk negara Jepun, marilah bersama-sama melakukannya, (hai) itu, perkara sebegitu, (hai) ini, keadaan sebenar negara Jepun yang bagaimana, adalah ucapan presiden parti, sebenarnya itu {<} P: Q: H: (Ujaran yang tidak dapat didengar dengan jelas kerana pertindanan) Q: <えー、えー、>{>} {>}……….. (Ujaran tidak bermakna, sedang mencari unit idea atau menunggu untuk H berhenti bercakap) Jika kita melihat aizuchi di dalam perbualan ini, sebelum aizuchi hai di gunakan, P menggunakan aizuchi un. Tetapi pada penghujung ujaran H, P menggunakan aizuchi hai. Aizuchi hai ini juga lebih tinggi nadanya daripada aizuchi un. Ini menunjukkan P memberi isyarat kepada H supaya H menghentikan ujarannya, tetapi H masih lagi membuat ujaran walaupun P telah pun beberapa kali membuat aizuchi hai. P akhirnya tanpa menghiraukan ujaran H, telah memberi hak bercakap kepada Q. P telah membuat celahan ke atas ujaran H. Di sini H masih meneruskan ujaran dan menyebabkan pertindanan berlaku antara ujaran P, Q dan H. Di dalam perbualan ini penulis pasti H memahami apakah isyarat sebenar yang terkandung di dalam aizuchi hai, tetapi H masih meneruskan ujarannya tanpa menghiraukan bahawa hak bercakap telah pun diberi kepada peserta lain. Sebagai salah seorang daripada pemimpin parti terbesar kerajaan dan mempunyai status atau jawatan tinggi di dalam parti daripada peserta lain, H seolah-olah menunjukkan ‘kuasa’. Keadaan yang sama boleh dilihat di dalam perbualan H yang lain. Sampel 2-21 Selain daripada aizuchi haa, hai dan naruhodo yang diberi oleh P sebagai isyarat bahawa penutur semasa boleh menutup ujarannya, P juga memberi aizuchi yang sama apabila merasakan penutur semasa sudah berada di hujung ujaran. CC: ……… Sono sai, maa aru imidewa, shuugiindewa sudeni sono nijuutoiu sakugenwo (un) yattandesuyone. (un) Yotouno sekinindene. (un) Ja rainenno sangiin senkyoni mukatte yotou toshite dou kangaerukato, (un) iutoki souiu teianga attande, watashidomowa hikousokuno mondaimo oukeshite, (un) ninshikino chigaiga ookiinaa toiunoga, (haa) shoujiki na kansounandesu, (naruhodo) watashiwa. ………Pada masa itu, dengan makna lain, di Dewan Perwakilan, telah membuat (un) pengurangan berganda.(un) Melalui tanggung-jawab parti kerajaan.(un) Untuk menghadapi pilihanraya Dewan Ahli Majlis pada tahun depan, sebagai parti kerajaan apa yang perlu difikirkan, (un) pada masa itu ada cadangan, saya juga menerima masalah format senarai tidak terhad , (un) ada perbezaan pendapat yang besar, (haa) itu adalah pandangan (naruhodo) saya. P: demo, FF san, Tapi, En. FF, FF: hai. Ya. Di dalam perbualan data 2-21 di atas, ujaran ~toiu no ga merupakan satu kesimpulan terhadap ujaran CC sebelum ini. Aizuchi haa diberikan oleh P bagi menunjukkan ‘persetujuan’ atau berkongsi pendapat yang sama dengan CC di dalam ujaran ninshikino chigaiga ookiinaa toiunoga. CC kemudian mengujarkan shoujiki na kansou nandesu, watashiwa sebagai penutup kepada perbualannya dan kemudian P memberi aizuchi naruhodo. Di dalam perbualan ini CC memberi isyarat melalui ujaran toiunoga bahawa dia akan menutup perbualannya dan P pula menerima isyarat tersebut dan turut menutup ujaran CC dengan aizuchi haa dan naruhodo, kemudian memberi hak bercakap kepada FF. BAB 3 CELAHAN DAN PERTINDANAN DI ANTARA PENUTUR ASLI BAHASA JEPUN CELAHAN Ujaran yang dilakukan oleh pendengar semasa penutur semasa sedang memegang hak bercakap di panggil celahan. Celahan penutur terbahagi kepada tiga bahagian: 1. Celahan untuk mengganggu percakapan penutur semasa, seterusnya membawa kepada pengambilan giliran secara tidak sah 2. celahan untuk menolong penutur semasa, sekiranya pertuturan tidak lancar 3. Celahan dilakukan untuk merancakkan perbualan. Celahan boleh mengakibatkan berlakunya pertindanan di dalam perbualan. Pertindanan juga boleh berlaku di hujung ujaran penutur semasa dan di awal ujaran penutur kedua sekiranya penutur kedua mengambil giliran sebaik sahaja dapat mengenal pasti TRP penutur semasa. Celahan dianggap sebagai pertolongan jika orang yang mencelah itu berniat untuk membantu penutur semasa atau sekadar ingin merancakkan perbualan dan menjalinkan hubungan yang harmoni. Pendengar juga mungkin tidak dapat memahami ujaran penutur semasa dan dengan itu bertanya penutur semasa apakah maksud ujarannya. Keadaan sedemikian tidaklah boleh dianggap sebagai gangguan dalam erti kata yang sebenarnya. Tannen (1993), menamakan jenis celahan yang kedua ini sebagai overlap (pertindanan) bagi membezakannya dengan jenis yang pertama iaitu celahan. Shaw (2000) yang membuat kajian terhadap perdebatan yang berlaku di Parlimen British pula menamakan celahan sebagai interventions dan membahagikannya kepada halangan sah dan halangan tidak sah. Halangan sah atau legal interventions dimaksudkan kepada pertanyaan atau komen yang diberi oleh penutur kedua kepada ujaran atau pernyataan penutur semasa dengan meminta kebenaran terlebih dahulu. Penutur kedua akan mendapatkan kebenaran dari penutur semasa dengan mengangkat tangan dan bertanya secara terus kepada penutur semasa. Jika penutur semasa bersetuju untuk mendengar pertanyaan atau pendapat penutur kedua tersebut, penutur semasa akan memberi peluang kepada penutur kedua meneruskan ujaran. Seterusnya penutur semasa akan memberi maklum balas atau jawapan kepada penutur kedua. Jika penutur semasa memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan penutur kedua, penutur semasa akan meneruskan ujarannya yang tergendala itu tanpa membuat sebarang penjelasan atau komen kepada pertanyaan penutur kedua. Jika penutur semasa tidak bersetuju untuk mendengar pendapat penutur kedua, penutur semasa akan menolak permintaan tersebut sama ada secara langsung atau dengan meneruskan ujaran, tanpa menghiraukan celahan penutur kedua. Ini dinamakan sebagai ‘halangan tidak sah’ atau illegal interventions. Celahan juga tidak boleh dianggap sebagai satu gangguan jika pendengar bertindak secara spontan tanpa ingin merampas giliran. Celahan ini berlaku dalam masa yang sekejap sahaja dan selepas itu penutur semasa boleh meneruskan ujarannya yang tergendala itu. Contoh celahan yang begini mungkin berbunyi seperti ‘saya pun fikir begitu’, ‘ya, benar’ dan sebagainya. Celahan biasanya berlaku di dalam keadaan yang tidak formal seperti perbualan di antara rakan-rakan. Celahan di dalam situasi begini dikategorikan ke dalam golongan maklum balas atau aizuchi. Celahan yang dilakukan berulang kali akan mengganggu perbualan. Jika orang yang membuat celahan tidak mengendahkan penutur semasa dan terus mengambil giliran bercakap dan penutur semasa pula tidak beralah dan meneruskan ujarannya, maka pertindanan akan berlaku. Pertindanan juga boleh berlaku pada hujung ujaran penutur semasa dan awal ujaran penutur kedua. Apabila penutur kedua dapat mengenal kemungkinan TRP penutur semasa, maka penutur kedua tidak menunggu penutur semasa habis menyampaikan ujarannya, sebaliknya mula bercakap sebelum ujaran itu diakhiri penutur semasa dan ini menyebabkan pertindanan berlaku. Post predicate components are found to be a typical locus of overlapping talk betweeen the current and next speaker. Co-participants thereby treat post-predicate addition as recompleters by regularly beginning to speak toward the end of the predicate component. (Tanaka, 2000: 5) Misalnya di dalam ujaran berikut. B: mata juuniji gorokara ittattsunone. {<} Dia berkata dia keluar lagi lebih kurang dari pukul dua belas. {<} F: {>} {>} (Tanaka, 2000: 5) Penutur kedua F mengenal pasti elemen akhir ujaran iaitu partikel akhir no dan ne, sebagai kemungkinan TRP penutur semasa, B. F lalu mengambil giliran selepas partikel tersebut. Dan ini menyebabkan ujaran B iaitu Youko ga bertindan dengan ujaran F, un. Kajian penulis terhadap perbualan perorangan dan perbualan berkumpulan menunjukkan purata bilangan celahan di dalam perbincangan berkumpulan adalah di antara 0.5 sehingga 2.5 kali celahan seminit ujaran. Di dalam perbincangan perorangan pula purata celahan adalah di antara 0 sehingga 0.6 kali di dalam seminit. Ini menunjukkan bahawa perbualan perorangan berlangsung dengan lebih terkawal berbanding dengan perbincangan secara berkumpulan. Perbualan perorangan merujuk kepada dua orang peserta perbualan sahaja iaitu seorang pengacara dan tetamu, manakala perbualan berkumpulan merujuk kepada perbincangan tiga penjuru melibatkan seorang pengacara dan dua kumpulan tetamu yang bertentangan pendapat. Walau bagaimanapun celahan tetap berlaku di dalam perbincangan perorangan. Pengacara membuat celahan apabila peserta tidak menjawab soalan seperti yang sepatutnya, manakala peserta membuat celahan apabila sudah dapat ‘menangkap’ maksud soalan P. Peserta ini akan mula membuat ujaran sebaik sahaja dapat menangkap maksud soalan P tanpa menunggu P menamatkan soalan. Ini menyebabkan pertindanan berlaku. Di dalam perbincangan perorangan terdapat berbagai faktor atau konteks tertentu yang berbeza bagi setiap peserta. Konteks yang dimaksudkan adalah sikap peserta, masa, strategi atau cara pengujaran, emosi, kedudukan, topik dan sebagainya. Konteks yang melingkari setiap individu di dalam perbincangan perorangan adalah terserlah dengan melihat faktor-faktor yang telah disebutkan tersebut di dalam data perbualan. Di dalam perbincangan berkumpulan pula konteks atau ciri-ciri yang melingkari seseorang individu tersebut adalah tidak begitu terserlah kerana mereka bercakap bukan sebagai seorang individu tetapi mewakili kumpulan perbincangan atau sesebuah parti politik. Sebagai dua kumpulan perbincangan yang bertentangan ideologi politik, kedua-dua belah pihak berlumba-lumba untuk memberi idea, menyokong dan menguatkan hujah kumpulan masing-masing. Dalam masa yang sama mereka cuba mematikan hujah, mengganggu ujaran atau cuba merampas giliran dengan melakukan celahan pada kumpulan yang berlawanan. Keadaan inilah yang menyebabkan jumlah celahan agak kerap dan dengan jumlah yang agak sekata di dalam perbincangan berkumpulan. Faktor Celahan di dalam Perbincangan Perorangan Cara Pengujaran dan Emosi Cara pengujaran dan emosi memainkan peranan yang amat penting di dalam perbualan. Jika pendengar membiarkan penutur semasa benar-benar selesai sebelum menjawab pertanyaan, dan penutur pula memberi isyarat secara tidak langsung bahawa dia akan selesai dalam masa tertentu, maka celahan tidak akan berlaku. Jika peserta perbualan bijak mengawal emosi, celahan tidak akan berlaku walaupun mengambil masa yang agak lama. Penutup perbualan seperti hai, haa, intonasi rendah, penggunaan kata kerja to omoimasu dan to kangaemasu merupakan isyarat penutur semasa kepada pendengar bahawa dia akan memberi hak bercakap seterusnya kepada pendengar. Masa Perbualan Faktor masa turut mempengaruhi jumlah celahan dan pertindanan di dalam perbualan. Ini kerana apabila masa perbualan lebih panjang topik akan turut bertambah, emosi peserta turut terpengaruh untuk membuat celahan atau mengambil giliran. Walau bagaimanapun jika penutur telah bersedia dan dapat mengawal emosi dengan merancang dan memberi isyarat tertentu bila dia akan menutup gilirannya, perbualan akan berlaku dengan lebih tersusun dan celahan atau pertindanan akan dapat dikurangkan. Kedudukan Peserta Peserta yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam parti politik dan kerajaan cenderung untuk membuat celahan. Keadaan ini berkait rapat dengan ‘kuasa’ yang ingin ditunjukkan di dalam perbualan. Walau bagaimanapun bukan kesemua peserta yang mempunyai kedudukan yang tinggi suka melakukan celahan. Ia juga banyak bergantung kepada faktor lain seperti usia, sikap, masa perbualan, topik yang diperbincangkan dan sebagainya. Topik Perbualan Kajian penulis perbincangan pemimpin parti politik Jepun menunjukkan celahan lebih kerap berlaku di dalam perbualan perorangan yang melibatkan pemimpin parti kerajaan berbanding parti pembangkang kerana kecenderungan masyarakat untuk ‘menyalahkan’ pemimpin parti kerajaan di dalam sesuatu isu. Malah seorang peserta perbualan, Y merupakan salah seorang pemimpin parti kerajaan yang ketika itu sedang sedang membuat keputusan untuk ‘menentang’ parti politik yang diwakili serta kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Y berada di pihak yang ‘menyerang’ dan bukan di pihak yang ‘diserang’ dan ‘dipersalahkan’. Y pada masa itu bersama rakyat menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri dan kerajaan di mana peratus sokongan rakyat terhadap kerajaan dan perdana Menteri ketika itu yang tidak pernah mencapai 10% sepanjang perkhidmatannya. Berbanding perbualan berkumpulan, celahan dan pertindanan di dalam perbualan perorangan akan lebih mudah dikurangkan jika penutur dan pendengar sama-sama bijak di dalam mengawal perbualan dan saling memberi kerjasama. Faktor-faktor celahan seperti yang telah disebutkan sebelum ini turut menyumbang kepada pertambahan celahan di dalam perbualan. Cara dan Fungsi Celahan di dalam Perbincangan Berkumpulan Celahan oleh pengacara (P) di dalam sesuatu perbincangan boleh berlaku disebabkan dia mahu memberi giliran kepada peserta lain atau memberi idea serta sokongan kepada penutur semasa apabila pengacara merasakan penutur semasa mencari-cari ujaran yang sesuai. Pengacara juga membuat celahan apabila menegur peserta lain yang cuba mengganggu ujaran penutur semasa. Sampel 3-1 menunjukkan pengacara membuat celahan kerana memberi idea kepada penutur semasa. Ini boleh dibuktikan dengan melihat tindakan pengacara selepas membuat celahan yang pendek tersebut terus berdiam dan memulangkan giliran kepada A. Sampel 3-1 P melakukan celahan terhadap ujaran A bagi memberi idea. A : Hai, sorewa desune, E senseino osshattanowa desune, (un) jibunga ookura iinkai dakara, kinyuutoka nanka tteiimasuga, Ya, apa yang Encik E kata (un) kerana dirinya adalah Ahli Jawatankuasa Kewangan, kewangan atau sebagainya tetapi, P: eikyouryokuga aru. Ada pengaruh. A: Jitsuwa kokkaino nakadewa desune,(un)… Sebenarnya di dalam Diet,(un)… Di dalam ujaran ini, P melakukan celahan terhadap ujaran A iaitu, ...kinyuutoka nanka tteiimasuga, (kewangan atau sebagainya,). Tanda koma (,) menunjukkan ujaran A belum selesai sepenuhnya. P memberi idea kepada A dengan mengujarkan eikyouryokuga aru (ada pengaruh). A tidak mengendahkan idea atau cadangan P sebaliknya meneruskan ujarannya yang terganggu. Di dalam perbualan 3-2 dan 3-3 di bawah pula, P membuat celahan kerana memberi persetujuan, menyokong dan memberi idea kepada hujah F. Sampel 3-2 P melakukan celahan terhadap ujaran F bagi menyokong dan memberi persetujuan. F: de, nazekatte iimasuka (un) tone, sakkimo demashitagane, (un) assenshuuwaizaittenoga ima aru wake desuyone, dan, kenapa saya mengatakan begitu, (un) tadi pun sudah keluar, (un) sekarang sudah ada jenayah rasuah, P: ee, keihounine. Ya, di dalam undang-undang jenayah. F: de, koregane,……… Dan, ini,……… Di dalam perbualan 3-2, P membuat celahan ke atas ujaran F iaitu, ...ima aru wake desuyone, (sekarang sudah ada). P membuat celahan untuk memberi persetujuan dan sokongan kepada F melalui ujarannya ee, keihounine (Ya, di dalam undang-undang jenayah). F kemudian menyambung semula ujarannya yang terganggu. Walaupun cadangan P kepada A dan F di dalam 3-1 dan 3-2 tidak diendahkan, adalah jelas tujuan P membuat celahan adalah untuk memberi idea kepada A (di dalam 3-1 dan menyatakan sokongan serta persetujuan kepada F di dalam 3-2. Sampel 3-3 P melakukan celahan terhadap ujaran F sebanyak 2 kali bagi memberi persetujuan dan idea. F: de, mouhitotsune, (un) amari mada detenain dakedo, taishooto naru koui, dan, satu lagi, (un) tidak berapa keluar tetapi, perlakuan yang menjadi objek, P: soudesune. Ya. F: Korega gyousei shobunto keiyakuni shiboraretemasune. Ini adalah hukuman pentadbiran yang dimeterikan di dalam perjanjian. P: Genteisaremasune.   telah dihadkan. F: Genteisaremasune.   Shikashinee,(un)   Dihadkan.   Tetapi,(un) Data ujaran 3-3 ini menunjukkan P membuat celahan ke atas ujaran F, iaitu taishooto naru koui (perlakuan yang menjadi objek). P memberi persetujuan atau sokongan kepada F dengan mengujarkan soudesune (Ya). P sekali lagi membuat celahan ke atas ujaran F iaitu .....shiboraretemasune (yang dimeterikan), dengan persetujuan dan cadangan kepada F melalui celahannya iaitu, Genteisaremasune (telah dihadkan). F kemudian menerima cadangan P dan mengulang semula ujaran P tersebut sebelum meneruskan ujaran seterusnya. Haruslah diingat bahawa P walaupun memberi idea atau sokongan kepada seseorang peserta, P tidak menyokong pendapat peserta tertentu tetapi hanya mengiakan sahaja. Contohnya ujaran soudesune di dalam ujaran 3-3 tidak boleh dipastikan sama ada P bersetuju atau tidak kerana ia boleh memberi konotasi negatif mahupun positif. Sampel 3-4 berikut pula menunjukkan bahawa P melakukan celahan terhadap ujaran B kerana ingin menyerahkan hak bercakap kepada F. Sampel 3-4 P melakukan celahan terhadap ujaran B. B dan F dari pihak yang berlawanan parti politik. B: korega kokkai giinno kengende, (naruhodo) arimashite, korewa kiwamete haba hiroi, Ini adalah bidang kuasa ahli Diet, (naruhodo) ini adalah bidang yang sangat luas, P: F sanne, (ee) ima kono taishouto naru kouitomo,(ee) kanrensurundesugane, (ee) imano mondai dou kangaemasuka? En. F, (ee) berhubungkait (ee) dengan perlakuan yang menjadi objek, (ee) apa pendapat anda mengenai masalah sekarang? F: anonee, watashiwane,(un)… anone, saya (un)... P melakukan celahan ke atas ujaran B, walaupun B belum selesai menghabiskan satu unit ujaran. Intonasi tinggi pada ujaran B yang terletak pada unit PPU iaitu haba hiroi, (bidang yang sangat luas,) menunjukkan masih terdapat unit idea lain yang perlu B ujarkan. P membuat celahan kerana ingin memberi giliran kepada F. F kemudian memulakan ujarannya. Celahan berlaku sebelum sempat B menghabiskan ujaran. B telah melakukan banyak ujaran dan terdapat ramai penutur lain cuba merampas giliran dengan melakukan celahan tetapi B tidak menyerahkan hak bercakap kepada penutur lain sebalikya terus bercakap. P juga terlebih dahulu menamakan F sebelum membuat pertanyaan agar B segera memahami bahawa gilirannya sudah selesai. Jika P membuat pertanyaan kepada F terlebih dahulu sebelum menamakan F, dikhuatiri B akan terus membuat ujaran. Ini tidak menunjukkan bahawa P tidak bersopan kerana memotong percakapan B tetapi disebabkan P terpaksa menggunakan haknya sebagai pengerusi dengan memberi hak bercakap kepada penutur lain. Dengan itu celahan P tidak dianggap sebagai kurang sopan. B tidak membantah dan terus mendiamkan diri dan F yang dinamakan oleh P sebagai penutur seterusnya, terus mengambil giliran. Berdasarkan contoh-contoh di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa P melakukan celahan kerana, 1. ingin memberi giliran kepada peserta lain, 2. menyokong hujah penutur semasa, 3. memberi persetujuan, 4. dan memberi penerangan kepada penutur semasa. Celahan berlaku dengan ujaran yang pendek ini menunjukkan fungsi celahan bagi melancarkan perbualan dengan memberi sokongan atau penerangan kepada penutur semasa. Celahan juga digunakan bagi memberi hak bercakap yang sama rata kepada para peserta. Celahan yang dilakukan oleh P bukan merupakan gangguan kepada perbualan dan perbincangan di dalam kajian ini. Ini kerana P mempunyai hak mutlak untuk mengawal aliran perbincangan supaya lebih tersusun dan terkawal. P boleh disifatkan sebagai ‘polis trafik’ yang mengawal aliran lalu lintas jalan raya. Perbualan di sini adalah ‘lalu lintas’ di mana celahan akan lebih kerap dilakukan oleh ‘pemandu’ (iaitu peserta) yang tidak sabar menunggu giliran. Selain daripada P, peserta dari kumpulan parti politik yang sama dengan penutur semasa juga membuat celahan. Celahan berlaku kerana penutur kedua ingin menyokong hujah, memberi idea atau membetulkan fakta penutur semasa seperti di dalam 3-5. Sampel 3-5 Peserta #, dari kumpulan parti politik yang sama membuat celahan ke atas ujaran HH bagi memberi sokongan. HH: Jimintoutte kakuhouga sukunakattan desune.(un) Kouhoshawa jimintouwo kaitemo, (un) anou touno houwa kakanaito.(un) dakara, soiune, ironna kotowo wakaran, kokuminga shikkari wakatta uede yaruyouni shinaito, (un) Yang memilih calon Parti Liberal Demokratik adalah edikit. ika calon memilih Parti Liberal Demokratik pun, (un) anou, tidak memilih parti.(un) Kerana itu, seperti itu, rakyat tidak faham mengenai pelbagai perkara, jika kita tidak memberi penerangan sehingga rakyat faham, (un) #: Souda. Betul. HH: Katteni kocchidakede eraberareru houga {<} Sekiranya hanya kita iaitu orang-orang yang dipilih sahaja buat {<} Peserta #, yang tidak dapat dikenal pasti tetapi berada di dalam kumpulan yang sama dengan HH (berdasarkan bukti rakaman video), membuat celahan walaupun mengetahui HH sedang meneruskan ujarannya. Peserta # membuat celahan untuk memberi sokongan kepada HH melalui ujarannya, souda (betul) semasa HH berhenti untuk menarik nafas. Ujaran # yang pendek, cukup untuk menjadi bukti bahawa # tidak berniat untuk merampas giliran. HH kemudian menyambung semula ujarannya yang terganggu. Di dalam data perbualan ini, iaitu celahan yang berlaku disebabkan oleh P atau peserta dari kumpulan yang sama, tidak ditemui data yang menunjukkan celahan dilakukan semata-mata untuk merampas atau mengambil giliran. Ini menunjukkan terdapat kerjasama di antara sesama peserta dari kumpulan parti politik yang sama. Peserta daripada kumpulan parti politik yang bertentangan dengan penutur semasa juga turut membuat celahan seperti di dalam [6] di bawah. Celahan dilakukan adalah untuk cuba merampas giliran, mematikan hujah atau memberi tekanan psikologi kepada pihak lawan. Celahan juga dilakukan apabila fakta sebenar bertentangan dengan apa yang pihak lawan berikan. Sampel 3-6 Peserta # dari kumpulan parti politik yang berlawanan melakukan celahan terhadap ujaran BB dan cuba mengambil giliran tetapi gagal kerana BB bercakap dengan tempo yang cepat dan nada yang tinggi. BB: iya, sorega, (un) daihachiji senkyo seido shingi nandesuyo, Tidak, itu, (un) adalah majlis mesyuarat sistem pilihanraya ke-8, # : anone, XXXXX. anone, XXXXX BB: sokode daigironwo shite ketsuron dashitemorattenda. telah berbincang di situ dan telah keluarkan keputusan. Di dalam data perbualan 3-6 ini, peserta # yang tidak dapat dikenal pasti tetapi dari kumpulan parti politik yang berlawanan (bukti dari rakaman video) membuat celahan untuk cuba merampas giliran daripada BB. Ujaran peserta #, anone tidak dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan tepat tetapi berdasarkan intonasi anone tersebut, anone boleh membawa maksud bahawa penutur # tidak bersetuju dengan hujah BB dan cuba memberi pendapat yang berbeza. Intonasi tinggi pada ujaran tersebut juga turut menjadi bukti bahawa # cuba mematikan hujah BB. BB tidak menghiraukan celahan atau cubaan # untuk merampas giliran sebaliknya meneruskan ujaran buat seketika sebelum berhenti dan memberi giliran kepada P (atau peserta lain). Celahan yang kerap dilakukan oleh orang yang sama sehingga menyebabkan penutur semasa iaitu penutur yang berhak mengambil giliran bercakap berhenti dari meneruskan ujarannya merupakan satu gangguan. Ini kerana dia merampas hak orang lain dari bercakap dan jelas ini merupakan satu pelanggaran undang-undang di dalam perbualan.   Sampel 3-7. P membuat celahan ke atas ujaran E sebelum E sempat menghabiskan ujaran. P telah menamakan C, peserta dari kumpulan parti politik yang berlawanan dengan E. E terus membuat ujaran walaupun hak bercakap diberikan kepada C. Oleh kerana fokus jurukamera adalah C, suara C didengar dengan lebih jelas berbanding suara E. E mengganggu ujaran C sehingga C selesai memberi pendapat. E adalah lebih kanan dan berumur berbanding C dan memegang jawatan tertinggi sebuah parti politik pembangkang. E: desukarane, tatoeba ima giron shiteta shisetsu hishowa koumuin janaikara tokaiu、souiu keishikitekina, (un) hanashidewa naindesu, Oleh itu, misalnya seperti yang dibincangkan sekarang, setiausaha peribadi adalah bukan pegawai kerajaan, ini bukan perbincangan mengenai masalah bentuk,(un) P: {<} {<} E: C: E: P: E: C: {>} daitaine, sono, tatoeba, rengou nankadatte ironna seisaku youkiyaru wake deshou.(un)... {<} {>} secara kasarnya, itu, misalnya, kesatuan pun menjalankan pelbagai polisi asas. (un)... {<} E: C: E: P telah membuat celahan ke atas ujaran E untuk memberi giliran kepada C. Walau bagaimanapun E tetap meneruskan ujarannya walaupun P telah menamakan C. Ini menyebabkan ujaran P dan ujaran E bertindan. C, setelah P selesai mengemukakan soalan kepadanya, memulakan ujarannya pula. Tetapi ujarannya dan ujaran E turut bertindan kerana E masih meneruskan ujarannya. Walau bagaimanapun C masih meneruskan ujarannya bersama-sama dengan ujaran E, iaitu XXXXX. Simbol X yang agak banyak bilangannya menunjukkan E meneruskan ujarannya tanpa berhenti, seiring dengan ujaran C. Perbualan di atas dengan jelas menunjukkan bagaimana E telah cuba merampas giliran dari C, kerana E terus berucap walaupun P telah menamakan C (lihat ujaran P di dalam perenggan dua ujaran). Keadaan ini menyebabkan ujaran P bertindan dengan ujaran E. C pula mengambil giliran dan sekali lagi ujaran C dan E bertindan. E tidak memberikan ruang kepada C untuk memberi pendapat. E langsung tidak cuba mendengar hujah C. Ini merupakan satu perlakuan merampas giliran dan merupakan satu gangguan. Kerana celahan ini, pertindanan berlaku. Pertindanan antara C dan E berlaku sehingga C menghabiskan ujarannya. Walau bagaimanapun ujaran E tidak dapat didengar dengan jelas di dalam rakaman ini kerana E bercakap terlalu laju, nada suara E yang agak rendah serta fokus jurukamera telah beralih daripada E kepada C. E bercakap terlalu laju kerana ingin mengejar percakapan C dan menggunakan suara yang agak rendah kerana E menyedari bahawa bukan gilirannya bercakap tetapi C. Perlakuan E boleh difahami kerana E bukan sahaja merupakan ahli Diet yang lebih kanan, tetapi juga lebih berumur berbanding C. Bilangan X yang banyak dan berbeza di dalam setiap ujaran E, menunjukkan jumlah ujaran E yang turut berbeza. E bercakap seiring dengan ujaran C dan seolah-olah ‘berlumba’ dengan C untuk turut memberi hujah dan mengkritik C atau pihak yang diwakili oleh C. Celahan tidak dianggap gangguan sekiranya ia dilakukan untuk menyatakan sokongan, membetulkan fakta atau jika peserta yang membuat celahan meminta persetujuan Pengerusi atau penutur semasa, supaya memberikan giliran kepadanya seperti di dalam [8] di bawah. Sampel 3-8 B melakukan celahan untuk meminta kebenaran bercakap daripada F. B dan F dari kumpulan parti politik yang berlawanan. F lebih berumur dan kanan dari B. P: Fsan kono mondaiwa dou nan desuka? En. F, bagaimana dengan masalah ini? F: desukarane, sokodene, hishowone, (un) shisetsutoka kousetsutokane, (un) wakeru riyuu tssuunowa mattaku nai wakedesu. oleh itu, dengan itu, setiausaha, (un) peribadi atau setiausaha kerajaan, (un) tidak ada alasan langsung untuk membahagikannya. B: chotto yoroshii desuka? Bolehkah sekejap? F: nazenarane… kerana… F telah membuat ujaran selepas dinamakan oleh P. Setelah selesai satu unit ujaran, iaitu setelah F berhenti untuk memulakan satu ayat yang lain, B meminta kebenaran daripada F dan P, untuk mengambil giliran melalui ujarannya chotto yoroshii desuka? (Bolehkah sekejap?). Penggunaan kata sopan yoroshii desuka (berbanding iidesuka) digunakan bagi menghormati F yang lebih berumur dan kanan. Walau bagaimanapun, permintaan B ditolak di mana F meneruskan ujarannya. Selain daripada melakukan celahan untuk merampas giliran, cara lain adalah dengan meminta kebenaran P atau penutur semasa untuk bercakap. Cara yang lebih biasa adalah menunggu Pengerusi menyerahkan giliran kepada seseorang peserta mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Pengerusi. Di dalam perbualan ini B cuba meminta giliran daripada P (atau F) untuk membuat ujaran tetapi tidak dihiraukan. Celahan dan perlakuan B ini bukanlah satu gangguan, kerana B hanya meminta kebenaran bercakap dan apabila P dan F tidak memberi giliran kepada B, B diam dan membiarkan F bercakap. Celahan yang dilakukan oleh P juga bukanlah merupakan satu gangguan kerana P mempunyai hak mutlak untuk mengawal perbualan para peserta agar berjalan lancar. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, celahan yang dilakukan oleh Pengerusi di dalam kajian ini seratus peratus tidak berunsurkan gangguan. Oleh itu sebagai kesimpulannya, pengambilan giliran berlaku adalah melalui celahan. Ini tidak semestinya merupakan satu gangguan di dalam perbualan. Celahan yang dilakukan untuk memberi idea dan membetulkan fakta juga bukan merupakan gangguan di dalam perbualan sama ada celahan tersebut dilakukan oleh pihak yang sama atau bertentangan. Peserta di dalam kajian ini membuat celahan untuk, 1. menyokong ujaran penutur dari kumpulan yang sama, 2. merampas giliran daripada peserta dari kumpulan yang berlawanan 3. mengganggu dan memberi tekanan psikologi kepada peserta dari kumpulan yang berlawanan, dan 4. meminta persetujuan P dan penutur semasa untuk mengambil giliran. Cara dan Fungsi Celahan di dalam Perbincangan Perorangan Di dalam perbualan perorangan iaitu antara P dengan seorang peserta, celahan dilakukan oleh P untuk memotong percakapan penutur semasa apabila penutur semasa tidak menjawab soalan seperti yang sepatutnya. Celahan dibuat oleh penutur semasa terhadap ujaran P apabila penutur semasa tidak memahami atau ingin memastikan pertanyaan P. Lihat ujaran [9] di bawah. Sampel 3-9 Perbualan antara P dan R di mana celahan dilakukan oleh P dan juga R apabila berlaku ketidakpastian soalan atau jawapan dari kedua-dua belah pihak. P: koremo doumo usono, utagaiga tsuyoino dewanaikato, kouiuyounakotowo ittemasune. Ini pun seperti bohong, kesangsian semakin kuat, dikatakan seperti ini. R: usoto mousunowa, anou, Apakah yang dikatakan bohong, anou, P: kyogi dewanaikatone, naikaku toubensho sonomonoga. Kertas jawapan Diet itu sendiri adalah palsu. R: Sonomonoga desuka? Kertas jawapan itukah? P: ee. Soiu utagaiga tsuyokunattekite oruzoto, Ya. Kesangsian seperti itu semakin lama semakin kuat, R: {<} {<} P: {>}koto yatou itteorimasune. {>} apa yang dikatakan oleh pembangkang. R: Iya, watashiwa, souiuyouniwa, anou, omotteorimasen..... Tidak,saya, tidak memikirkan demikian...... Ujaran R anou, di dalam usoto mousunowa, anou, menunjukkan R tidak memahami apakah perkara yang dikatakan sebagai ‘satu pembohongan’ oleh P. P kemudian membuat celahan apabila R mengujarkan anou ‘yang tergantung’. Di dalam perbualan bahasa Jepun, anou yang diujarkan dengan nada lambat, perlahan dan tergantung, menunjukkan seseorang penutur itu tidak memahami atau sedang mencari sesuatu unit idea. Di dalam perbualan ini, berdasarkan konteks ayat atau ujaran sebelum dan selepasnya, R tidak memahami maksud sebenar P. P kemudian menjelaskan kepada R, apakah yang dimaksudkan dengan ‘satu pembohongan’ dengan mengujarkan kyogi dewanaikatone, naikaku toubensho sonomonoga (kertas jawapan Diet itu sendiri adalah palsu). R kemudian membuat pertanyaan semula bagi mendapatkan kepastian daripada P. Apabila P memberi jawapan dan penerangan kepada R, R kemudiannya membuat celahan dan manafikan pernyataan P melalui ujarannya, iya (tidak) menyebabkan ujaran tersebut dan ujaran P bertindan buat seketika. R kemudiannya meneruskan ujaran dan memberi pendapatnya. Di dalam perbualan di atas kita melihat bagaimana P melakukan celahan terhadap ujaran R iaitu usoto mousunowa, anou, tetapi P melakukannya kerana R nampaknya tidak memahami sepenuhnya pernyataan P di mana R mengujarkan anou dengan perlahan, lambat serta dengan nada tergantung. R pula melakukan celahan terhadap ujaran P iaitu ee. Soiu utagaiga tsuyokunattekite oruzoto apabila telah dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh P. R kemudian menafikan pernyataan P. Celahan yang dilakukan di dalam perbualan perorangan seperti di atas bukan merupakan gangguan di dalam perbualan kerana sama ada P maupun peserta mempunyai alasan untuk melakukan celahan, dan bukan semata-mata untuk merampas giliran. Berdasarkan data perbualan sampel 3-1 hingga 3-9 ini, kita dapat melihat bahawa peserta yang membuat celahan menunggu penutur semasa berada di unit PPU sebelum melakukan celahan. Peserta terbabit menunggu masa yang sesuai sebelum bertindak untuk mengambil giliran. Ini menunjukkan walaupun tidak terdapat peraturan bertulis bila dan bagaimana untuk penutur mengambil giliran atau melakukan celahan, peraturan tersebut memang wujud di dalam perbualan dua hala, iaitu menunggu sehingga penutur semasa berada di peringkat jeda tertentu. Penutur yang lebih sopan akan menunggu penutur semasa selesai satu-satu unit ayat atau ujaran sebelum memulakan ujaran atau membuat celahan, seperti yang dilakukan oleh B di dalam data perbualan 3-8. B berbuat demikian terhadap ujaran F yang lebih berumur dan lebih kanan daripadanya. Walau bagaimanapun seperti yang di dapati daripada data perbualan 3-1 hingga 3-9, kebanyakan penutur tidak menunggu sehingga satu unit ayat atau ujaran selesai, untuk membuat celahan, sebaliknya ketika penutur semasa berada pada peringkat jeda atau unit idea (PPU) tertentu. PERTINDANAN Di dalam kajian penulis terhadap penutur asli bahasa Jepun, data menunjukkan di dalam perbualan perorangan terdapat solidariti di antara P dan para peserta sedangkan di dalam perbualan berkumpulan konflik dan percanggahan pendapat sering berlaku akibat ideologi politik yang berbeza. Kajian penulis menunjukkan semakin banyak celahan berlaku maka bilangan pertindanan juga akan bertambah dan ini membuktikan bahawa celahan sememangnya adalah salah satu faktor penting yang menyebabkan pertindanan berlaku. Walaupun jumlah celahan di dalam perbualan turut menyumbang kepada jumlah pertindanan, namun pertambahan jumlah celahan dan pertambahan jumlah pertindanan adalah tidak sekata. Ini menjadi bukti bahawa walaupun celahan menjadi faktor penting kepada berlakunya pertindanan, terdapat faktor lain yang menyebabkan pertindanan berlaku dan bukannya celahan semata-mata. Pertindanan hanya berlaku jika kedua-dua peserta tersebut, iaitu penutur semasa dan penutur yang membuat celahan, tidak beralah dan terus membuat ujaran kerana niat mereka untuk merampas giliran atau mengambil giliran. Jika salah seorang beralah, maka pertindanan tidak akan berlaku atau sekurang-kurangnya jumlah pertindanan dapat dikurangkan. Faktor-faktor Pertindanan Pertindanan berlaku bukan kerana celahan semata-mata. Pertindanan boleh berlaku kerana percakapan serentak di hujung ujaran penutur semasa dan di awal ujaran penutur kedua, seperti di dalam data 3-10 berikut. Keadaan ini berlaku akibat penutur kedua memulakan ujaran sebaik sahaja mengagak penutur semasa akan menamatkan ujarannya atau telah berada pada kemungkinan TRP. Pertindanan seperti ini berlaku kerana penutur kedua menunggu penutur semasa berada di akhir-akhir ujaran atau kemungkinan TRP, sebelum membuat ujaran. Apabila penutur kedua merasakan penutur semasa telah habis sesuatu unit idea, penutur kedua dengan segera mengambil giliran. Ini mungkin juga satu strategi penutur kedua untuk, 1. tidak membenarkan penutur semasa meneruskan ujarannya, 2. satu strategi supaya penutur lain tidak mengambil giliran atau, 3. satu strategi agar pengerusi tidak memberikan hak giliran bercakap kepada penutur lain. Sampel 3-10 Ujaran P dan D yang bertindan. P telah mengemukakan soalan kepada D. P: minshutouto isshoni koumeitoumo saisho, (hai) ni houan dashita janaikato, {<} Bersama dengan Parti Demokratik, Parti Komei Baru juga mula-mula sekali, (hai) keluarkan rang undang-undang itu? D: {>}kono houanno pointo nan desune. (un) Kerana itu, polisi adalah isi penting rang undang undang ini. (un) Perbualan di atas menunjukkan bagaimana D memberikan hujahnya sebelum sempat P menghabiskan ujarannya. Ini menyebabkan pertindanan berlaku di hujung ujaran P dan di awal ujaran D. D telah mengagak kemungkinan TRP P, selepas ujaran janaikato dan dengan itu terus memberi jawapan kepada soalan P dan menyebabkan ujaran P, iuukotodesune dan ujaran D, dakara seisakuttenowa bertindan. Perbualan 3-11 berikut pula menunjukkan satu strategi B untuk mengekalkan giliran bercakap dengan mengujarkan sorega itten (Itu yang pertama) selepas selesai satu unit ujaran. F pula cuba mengambil giliran atau menolak hujah B sebaik sahaja B dirasakan sudah habis membuat ujaran terakhir. F mengagak kemungkinan TRP B ialah selepas ujaran wakedesu. Walau bagaimanapun B meneruskan ujaran dan tidak memberi peluang kepada F untuk mengambil giliran. Ternyata sangkaan F bahawa wakedesu merupakan kemungkinan TRP B adalah tidak tepat. F gagal di dalam cubaannya untuk mengambil giliran, manakala B berjaya mengekalkan gilirannya bercakap. Sampel 3-11 F melakukan celahan, bertujuan untuk merampas giliran daripada B, menyebabkan akhir ujaran B dan ujaran F bertindan. Walau bagaimanapun, B terus melakukan ujaran menyebabkan ujaran berikutnya juga bertindan dengan ujaran F. B: ...hutsuwa soiuu baai desuyo, shisetsu hishoga yatteiru kotowo kokkai giinga younin shiteiru wake desu. {<} Biasanya di dalam kes begitu, apa yang dibuat oleh setiausaha peribadi adalah dengan pengetahuan ahli Diet. Itu yang pertama. F: Itu, itu, B: {>}…… Yang seterusnya adalah,……. Selain dari itu terdapat satu situasi di mana penutur yang membuat celahan tidak bertujuan merampas giliran tetapi sekadar untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara termasuklah terhadap hujah penutur semasa. Penutur kedua bercakap serentak dengan penutur semasa. Di dalam keadaan ini, penutur kedua bercakap dengan suara perlahan. Tidak jelas kepada penonton di luar televisyen tetapi jelas kepada para peserta lain. Penutur kedua menolak hujah penutur semasa atau bercakap dengan rakan dari kumpulan parti politik yang sama. Lihat data perbualan 3-12 dan 3-13 di bawah. Sampel 3-12 Sekurang-kurangnya dua orang penutur bercakap serentak dengan ujaran C yang menyebabkan pertindanan berlaku. Pertindanan dan suara yang perlahan menyebabkan ujaran iaitu XXXXXXXXXX tidak dapat didengar dengan jelas. C: …e, desukarane, maa konoyouna zaisei joukyoudesukara, maa, sarani desune, kou, {<} e, oleh itu, maa、 kerana keadaan ekonomi seperti ini, maa, lebih-lebih lagi, kou, {<} #1: #2: #3: {>} Sampel 3-13 Dua orang peserta bercakap serentak dengan ujaran B menyebabkan pertindanan ujaran berlaku. Pertindanan dan suara yang perlahan menyebabkan ujaran iaitu XXXXX tidak dapat didengar dengan jelas. B: {<} {<} #: #: {>} Di dalam dua perbualan ini kita dapat melihat, bagaimana para peserta sekurang-kurangnya berjumlah dua orang bercakap sesama sendiri dengan suara perlahan tanpa menghiraukan ujaran C dan B. Jika peserta # ini ingin mengambil giliran, mereka pastinya akan bercakap dengan lebih kuat untuk mengambil giliran atau membuat celahan. Mereka juga boleh meminta kebenaran daripada P maupun penutur semasa. Keadaan ini walaupun tidak bertujuan merampas giliran tetapi merupakan satu gangguan kepada pihak yang berlawanan terutama kepada penutur semasa. Perlakuan seperti ini hanya berlaku sekiranya penutur yang membuat celahan itu iaitu peserta # memang berniat untuk mengganggu penutur semasa B dan C. Daripada data perbualan [1] hingga [13], kita dapat membuat kesimpulan bahawa pertindanan berlaku, 1. akibat celahan penutur kedua ([3-1]-[3-9]) 2. pada hujung ujaran penutur semasa dan awal ujaran penutur kedua, tanpa niat penutur kedua untuk merampas giliran tetapi kerana mengagak penutur semasa telah berada pada kemungkinan TRP (3-10) 3. pada hujung ujaran penutur semasa dan awal ujaran penutur kedua, dengan niat penutur kedua untuk merampas giliran. (3-11) 4. akibat celahan bukan dengan tujuan untuk merampas giliran tetapi untuk mengganggu dan memberi tekanan psikologi kepada penutur semasa. Ia juga bertujuan agar ujaran penutur semasa tidak dapat di dengar dengan jelas. Ia dilakukan oleh peserta dari kumpulan yang berlawanan.([3-12]-[3-13]) Nyatalah bahawa celahan mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu di dalam perbualan seperti untuk membuat pertanyaan, untuk memberi sokongan atau idea, meminta kebenaran untuk bercakap daripada pengacara atau penutur semasa, dan untuk memberi giliran kepada peserta yang lain dan ianya bukan merupakan gangguan di dalam perbualan. Namun terdapat juga celahan yang merupakan gangguan apabila penutur yang membuat celahan cuba untuk mengganggu penutur semasa dan secara tidak langsung berniat agar penutur semasa itu menghentikan ujarannya secepat mungkin. Seseorang yang terus membuat celahan akan menyebabkan pertindanan berlaku dan seterusnya ujaran penutur semasa akan sukar didengar dengan jelas, manakala ujaran penutur kedua pula tidak dapat didengar langsung. Namun bukan semua celahan mengakibatkan pertindanan berlaku. Pertindanan juga berlaku pada akibat faktor-faktor lain. BAB 4 MAKLUM BALAS DAN AIZUCHI BAHASA JEPUN MAKLUM BALAS Definisi maklum balas mengikut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002) adalah, Maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan, soal selidik dan sebagainya, atau sebagai reaksi dan sebagainya, sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan dan sebagainya). (Noresah et al, 2002: 847) Berdasarkan definisi Dewan Bahasa dan Pustaka ini, jelas menunjukkan bahawa maklum balas merupakan jawapan atau reaksi, persetujuan atau pertanyaan semula daripada penutur kedua kepada penutur semasa. Di dalam keadaan sebegini, nyata pengambilan giliran berlaku kerana penutur semasa mengharapkan reaksi penutur kedua terhadap ujarannya yang dinyatakan sebelum itu bagi membolehkan penutur semasa memberi maklumat selanjutnya. Dan ini menyebabkan komunikasi dua hala terus berlangsung. Menurut Kubota (2001), maklum balas berlaku apabila penutur semasa menyerahkan hak bercakap kepada penutur kedua. Misalnya jawapan kepada pertanyaan penutur semasa oleh penutur kedua adalah satu maklum balas. Jika penutur semasa bertanya, dan pendengar menganggukkan kepala atau mengatakan ‘ya’, anggukan pendengar atau ujaran ‘ya’ penutur kedua itu adalah maklum balas. Apabila penutur kedua memberi maklum balas, pengambilan giliran berlaku. Sebaliknya jika penutur semasa masih bercakap dan sedang meneruskan ujarannya, tetapi di dalam masa yang sama, pendengar menganggukkan kepala atau berkata ‘ya’, anggukan kepala dan ujaran ‘ya’ tersebut adalah satu aizuchi. Di sini tiada pengambilan giliran berlaku. Jika diperhatikan dengan teliti, perbezaan ini adalah sukar... Bila mengkaji perbualan sebenar, adalah sukar untuk membuat sempadan, dari mana sampai mana ‘semasa [penutur semasa] sedang bercakap’, dengan kata lain, di dalam keadaan, di mana [penutur semasa] sedang memegang hak bercakap. (Kubota, 2001:40) Di dalam sesuatu perbualan, pendengar akan memberi maklum balas supaya penutur mengetahui yang dia mendengar dan memahami ujaran penutur. Maklum balas seseorang pendengar mungkin sekadar mengangguk kepala atau menuturkan beberapa perkataan atau beberapa ayat yang menunjukkan pemahamannya terhadap apa yang dikatakan penutur. Pendengar boleh mengeluarkan berbagai maklum balas yang berlainan. Antaranya, maklum balas bahawa dia tidak memahami ujaran penutur, maklum balas yang menunjukkan dia memahami dan menerima ujaran penutur, maklum balas sebagai jawapan jika ujaran itu adalah satu pertanyaan dan maklum balas bahawa dia tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan tersebut. Apabila seseorang itu mesti memberi maklum balas berserta dengan jawapan, dia mesti mencari pengetahuan asas kepada jawapan tersebut. Maklum balas adalah jawapan atau ujaran pendek yang menunjukkan kefahaman atau jawapan pendengar terhadap ujaran penutur seperti contoh berikut. A: Ashita jugyou arimasuka? Esok, ada kuliahkah? B: Hai, arimasu. Ya, ada. C: Damedato omoimasu. Saya rasa tidak boleh. D: ee. Ya. Ujaran hai dan ee di atas merupakan maklum balas kepada ujaran A dan C, di mana B memberi jawapan kepada pertanyaan A, dan D pula mengiakan pendapat C. Dengan jelas kita dapat melihat pertukaran pengambilan giliran. Definisi maklum balas adalah, satu reaksi daripada pendengar (atau penutur kedua) sama ada berupa persetujuan, pernyataan, pertanyaan (semula) atau jawapan kepada penutur semasa terhadap ujaran atau tindakan penutur semasa sama ada secara lisan atau bukan lisan, dan ini menyebabkan satu pertukaran pengambilan giliran berlaku. Di dalam kes aizuchi, penutur semasa tidak mengharapkan sebarang jawapan atau reaksi daripada penutur kedua (atau pendengar) terhadap maklumat yang disampaikan kerana dia masih mahu meneruskan ujaran atau memberi maklumat lain. Apa yang diingini oleh penutur semasa hanya isyarat daripada pendengar (sama ada secara lisan atau gerak badan) bahawa pendengar sedang ‘mendengar’ dengan ‘penuh minat’ agar penutur semasa selesa untuk meneruskan ujarannya, sehingga apa yang ingin disampaikan itu berjaya disampaikan tanpa celahan daripada penutur kedua. Di dalam aizuchi, ‘tiada pertukaran’ pengambilan giliran berlaku. Misalnya di dalam contoh yang berikut, aizuchi dimasukkan di dalam ( ) dan ini bermaksud sipenutur aizuchi dianggap tidak mengambil giliran bercakap. Smpel 4-1 ujaran M dan aizuchi yang dikeluarkan oleh pendengar M: ee, shitagaimashite, soreni oujitedesunee, (un) maa kanreini yorimashite, kakuhakaradesune, (un)... ee, oleh itu, berdasarkan perkara tersebut, (un) berdasarkan amalan biasa, dari setiap puak, (un) Kubota (2001) membezakan aizuchi dan maklum balas sebagai aizuchi dan hentou (jawapan).  Dia memberikan dua contoh. 1. Sakura: ashita puuruhe iku? Esok, pergi ke kolam renang?) Kyoko : un. Ya. 2. Sakura: Ashita puuru he ikouto omotteirun dakedone. Esok, saya rasa saya ingin pergi kolam renang. Kyoko : un. Sakura: Okaasangane, (Emak,) Kyoko : un. Sakura: imoutono Naomimo tsurete ikinasaitte iundakedo. Mahu saya ajak adik saya Naomi bersama. yoko: un. Sakura: tsureteittara kaerini karaoke yorenaijan, ne. Kalau bawa pulang nanti tak boleh singgah di karaoke. Kyoko : a, soudane. (Betul.) (Kubota:2001, 39-40) Ujaran un di dalam perbualan 1. merupakan jawapan atau maklum balas Kyoko kepada pertanyaan Sakura bermaksud ‘ya’ dan ini merupakan hentou (maklum balas). Sedangkan ujaran un di dalam perbualan 2. merupakan aizuchi dan tidak bermaksud ‘ya’ dalam erti kata yang sebenarnya. ‘un’ di sini berfungsi sekadar satu ‘isyarat’ oleh Kyoko kepada Sakura supaya Sakura meneruskan ujarannya. Maklum balas kepada kata-kata Sakura di dalam perbualan kedua ialah ‘a, soudane’ yang menunjukkan persetujuan Kyoko kepada kata-kata Sakura. Secara ringkasnya un, ee, haa dan sebagainya yang memberi maksud ‘persetujuan’, ‘kefahaman’ atau jawapan dianggap sebagai satu maklum balas atau hentou, manakala un, ee, haa dan sebagainya yang hanya bermaksud ‘saya sedang mendengar, sila teruskan percakapan anda’ dianggap sebagai aizuchi. Oleh kerana terdapat perbezaan antara maklum balas dan aizuchi sebegini, penulis menggunakan pendekatan Usami (2000) bagi penyediaan transkripsi yang meletakkan aizuchi di dalam tanda kurungan, ( ). Manakala maklum balas yang menunjukkan ‘persetujuan’, ‘kefahaman’ atau jawapan adalah satu bentuk pengambilan giliran kerana pertukaran penutur berlaku. Di bawah adalah bentuk perbualan yang telah diubah suai mengikut pendekatan transkripsi Usami (2000) diambil daripada perbualan (2) di atas. Di dalam kurungan adalah maklum balas yang berupa aizuchi dan ujaran a, soudane adalah maklum balas Kyoko kepada pernyataan Sakura. Sakura : Ashita puurruhe ikoouto motteirun dakedone.(un) kaasangane,(un) imoutono Naomimo tsurete ikinasaitteiundakedo, (un) tsureteittara kaerini karaoke yorenaijan, ne. Kyoko: a, soudane. (Kubota: 2001) Kubota (2001) dan Usami (2000) juga sependapat mengatakan bahawa jika sekiranya aizuchi yang dikeluarkan oleh penutur kedua atau pendengar menyebabkan penutur semasa menghentikan ujaran atau memberi maklum balas kepada aizuchi tersebut, maka aizuchi yang dikeluarkan oleh penutur kedua atau pendengar itu tidak lagi dianggap sebagai aizuchi tetapi sebagai hentou (maklum balas) dan ini menyebabkan satu pengambilan giliran berlaku. Sampel 4-2 Perbualan di antara H, P dan Q. Ujaran Q, hai bukan merupakan satu aizuchi tetapi satu maklumbalas. H: oushu tourontenowane, hontouwa souiuu kotowo {<} ucapan presiden parti, sebenarnya itu {<} P: Q: Di dalam data perbualan penulis di atas, penulis meletakkan ujaran Q, iaitu hai di dalam baris yang berlainan (satu pengambilan giliran berlaku) yang menunjukkan ujaran hai tersebut bukanlah satu aizuchi sebaliknya satu maklum balas. Ini kerana P telah memotong percakapan H dan menamakan Q sebagai penutur seterusnya. P mengambil sedikit jeda di dalam ujarannya, selepas mengujarkan Q san, (tanda koma menunjukkan jeda) dan memandang Q sebelum meneruskan soalan berikutnya. Apabila P menyebut nama Q, Q memberi maklum balas dengan mengatakan hai (bermaksud ‘ya, saya ada di sini’), dan pada ketika ini Q mendengar apakah soalan yang akan diutarakan oleh P. Aizuchi adalah salah satu bentuk maklum balas. Tetapi adalah penting untuk membezakan aizuchi dari maklum balas kerana kajian ini tidak mengambil kira maklum balas tetapi aizuchi. Rajah 4.1 menunjukkan perbezaan maklum balas dan aizuchi. Rajah 41: Perbezaan maklum balas dan aizuchi Berdasarkan rajah ini, maklum balas boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu jawapan atau persetujuan penutur kedua kepada penutur semasa, dan aizuchi. Apa yang dimaksudkan dengan jawapan atau persetujuan penutur kedua adalah ujaran tersebut merupakan reaksi penutur kedua terhadap ujaran penutur semasa, sama ada dengan memberi jawapan (atau menyoal kembali) atau menyatakan persetujuan (atau tidak) kepada penutur semasa. Oleh itu, pengambilan giliran berlaku kerana penutur kedua memberi pendapat atau menyatakan perasaan atau sikapnya terhadap sesuatu perkara kepada penutur semasa tersebut. Aizuchi merupakan maklum balas yang lebih khusus dari jawapan atau persetujuan semata-mata. Ia diujarkan bukan untuk memberi pendapat atau reaksi terhadap sesuatu perkara yang sedang dibincangkan kepada penutur semasa. Ia diujarkan semata-mata sebagai isyarat agar penutur semasa meneruskan ujarannya dan memberitahu penutur semasa secara tidak langsung bahawa penutur kedua tidak akan mengganggu ujaran atau mengambil giliran. Sipenutur pula dengan kehadiran aizuchi oleh penutur kedua (atau pendengar) akan meneruskan ujaran sehingga selesai tanpa perlu bimbang ujarannya akan dicelah oleh penutur kedua. Kehadiran aizuchi akan melancarkan perbualan dan mengurangkan celahan atau pertindanan di dalam perbualan, kerana aliran perbualan ‘dikawal’ oleh kehadiran aizuchi. Jika tiada aizuchi dikeluarkan, penutur semasa mungkin akan teragak-agak untuk meneruskan ujaran kerana tiada isyarat tertentu dihantar oleh pendengar. Pendengar yang tidak memberi aizuchi juga mungkin pada bila-bila masa akan membuat celahan atau merampas giliran. Oleh itu aizuchi merupakan ‘inti’ kepada sesuatu maklum balas atau satu unit yang asas di dalam sesuatu perbualan, khususnya perbualan bahasa Jepun. AIZUCHI Schegloff (1982) mendefinisikan aizuchi ini sebagai ‘continuer’ dan ‘to pass an opportunity to initiate repair’ di mana ‘continuer’ membawa maksud ‘sebagai seorang pendengar, pada masa ini, saya tidak berhasrat untuk mengambil giliran, oleh itu sila teruskan bercakap’. Manakala, ‘to pass an opportunity to initiate repair’ membawa maksud ‘sebagai seorang pendengar saya tidak akan membetulkan ujaran anda walaupun anda mungkin silap, tidak akan bertanya walaupun suara anda perlahan dan sebagainya, oleh itu sila teruskan bercakap’. Tajima, K (2001) mendefinisikan aizuchi sebagai “kikite no dasu messeejide, hanashiteno taan wo ubawanai mono” yang bermaksud ‘mesej yang dikeluarkan oleh pendengar, [bahawa pendengar] tidak akan merampas giliran penutur’. Ini kerana apabila ujaran pendek diujarkan pendengar dan menyebabkan penutur semasa berhenti bercakap, maka ujaran tersebut tidak dianggap aizuchi tetapi maklum balas, dan pengambilan giliran bercakap berlaku. Definisi ini sangat penting kerana maklum balas dan aizuchi berkongsi jenis ujaran pendek yang sama. Aizuchi merupakan satu fenomena biasa yang berlaku di dalam setiap masyarakat bahasa. Aizuchi merupakan maklum balas, tetapi tidak semestinya maklum balas adalah aizuchi. Aizuchi di dalam masyarakat Jepun merupakan satu fenomena yang agak istimewa kerana kepentingan aizuchi itu di dalam perbualan bahasa Jepun. Aizuchi bukan sahaja dengan memberikan maklum balas seperti mengeluarkan suara tetapi juga dengan memberikan bahasa badan. Kubota (2001) mendefinisikan aizuchi sebagai, Menyesuaikan keadaan dengan sipenutur. (Kubota, 2001: 32) Terdapat berbagai bentuk aizuchi seperti anggukan dan mengeluarkan bunyi ee, ee. Aizuchi nampak mudah tetapi kompleks.   (Kubota, 2001: 32) Menurut Kubota aizuchi merupakan kunci utama kepada ciri-ciri komunikasi bangsa Jepun. Makna aizuchi di dalam kamus Japanese-English New Collegiate (1983), edisi ketiga terbitan Kenkyusha adalah, Give responses (to make the conversation go smoothly). Eigodewa tokidoki aizuchi ni uh-huh nado toiuga, nihongono kaiwano youni hinpanni aizuchiwo utsukotowa shinai. ...Di dalam bahasa Inggeris adalah misalnya uh-huh tetapi tidak seperti perbualan bahasa Jepun yang sentiasa mengulang dan kerap memberi aizuchi. (Ishikawa et al, 1983: 4) Makna aizuchi di dalam kamus Nihongo Daijiten (Kamus Besar Bahasa Jepun), terbitan Kodansha tahun 1989 pula adalah, Hitono hanashini, choushiwo awaseru. Chime in. Menyesuaikan keadaan dengan percakapan seseorang. (Umesao, 1989: 8) Maynard (1993) pula mendefinisikan aizuchi sebagai ekspresi pendek (termasuk gerak badan) yang dikirim oleh pendengar kepada penutur, semasa penutur menggunakan haknya untuk bercakap. Walau bagaimanapun, jika penutur semasa itu menghentikan ujaran dan memberi haknya kepada pendengar, maka apa yang dibuat atau diujarkan oleh pendengar tersebut tidak lagi dianggap aizuchi tetapi sebagai satu pengambilan giliran. Fungsi aizuchi pada umumnya adalah untuk memberitahu penutur mereka sedang mendengar dan mengambil perhatian ke atas percakapan penutur. Dengan kehadiran aizuchi, penutur dapat meneruskan ujaran tanpa memikirkan dia perlu menutup perbualan atau tidak. Oleh itu, aizuchi tidak boleh dianggap sebagai gangguan kerana fungsinya bukan untuk merampas giliran tetapi hanya untuk ‘mengiakan’ ujaran penutur supaya penutur dapat meneruskan ujaran dengan selesa. Tujuan aizuchi diujarkan adalah supaya penutur mengetahui bahawa pendengar sedang mendengar apa yang diperkatakan dan dengan itu membolehkan penutur meneruskan perbualan mereka dengan selesa tanpa perlu memikirkan sama ada mereka perlu berhenti untuk memberi giliran kepada penutur seterusnya atau tidak. Menurut LoCastro (1987), penggunaan pelbagai aizuchi sama ada secara lisan atau bahasa badan, di dalam perbualan bahasa Jepun oleh orang Jepun adalah perkara biasa. Menurutnya lagi, orang Jepun sering merasa tidak selesa apabila bercakap dalam bahasa Inggeris kerana mereka tidak dapat menggunakan aizuchi yang sesuai. Ini diperkuatkan lagi dengan pendapat Ellis, In comparison to native speakers of English, the Japanese, 1. are less verbal, more inclined to use silence in intercultural interactions. 2. are inclined to use more backchannelling devices... (Ellis, 1991:16) Ini menunjukkan sikap orang Jepun yang suka mendengar dan mengujarkan aizuchi. Penggunaan aizuchi ini juga dapat dilihat semasa mereka menggunakan bahasa Jepun, bahasa Inggeris dan mungkin juga bahasa lain. Di dalam bahasa Jepun, ujaran ee, soudesune, soudesuka, haa, un, honto, hontouni, hai, iine dan banyak lagi merupakan ujaran yang biasa diujarkan dan merupakan salah satu bentuk maklum balas. Bergantung kepada konteks perbualan, ujaran tersebut juga merupakan aizuchi. Perkataan ee, soudesune, haa, un, hai mungkin boleh diterjemahkan sebagai ‘ya’, soudesuka sebagai ‘yakah’, hontou sebagai ‘benar’ dan hontouni sebagai ‘benarkah’. Makna sebenar tidak boleh didapati di dalam kamus kerana sifatnya yang mempunyai konotasi ketidakpastian dan berkonteks. Masyarakat Melayu pula pada amnya mengujarkan ‘ya’, ‘ya ke’, ‘hmm’, ‘saya’, ‘la’, ‘ish’ dan sebagainya. Walau bagaimanapun, aizuchi juga tidak menggambarkan perasaan pengujarnya. Oleh kerana fungsinya sekadar ‘mengiakan’ pendapat penutur, atau dengan lebih tepat lagi sebagai continuer semata-mata ‘kesahihan’ makna aizuchi itu sendiri adalah boleh diragui. Aizuchi seperti hai, ee dan un misalnya jika diterjemahkan atau dicari maknanya di dalam kamus adalah bermaksud ‘ya’ atau satu persetujuan. Ia juga boleh bermaksud satu pertanyaan jika diujarkan dengan intonasi tinggi, dan juga boleh merupakan satu penafian secara tidak langsung jika diujarkan dengan nada perlahan dan lambat. Di dalam sesuatu perbualan, ujaran hai, un dan ee di dalam konteks aizuchi (bukan maklum balas) tidak semestinya memberi maksud seperti yang tercetak di dalam kamus. Oleh itu agak sukar untuk kita membuat tafsiran sama ada pengujar aizuchi tersebut bersetuju atau tidak dengan penutur semasa. Aizuchi hanya bertindak sebagai continuer semata-mata di dalam perbualan. Ini merupakan fenomena biasa di dalam masyarakat bahasa terutama masyarakat Jepun, kerana salah satu tujuan berbahasa adalah untuk beramah tamah iaitu untuk memenuhi matlamat sosial. Di dalam pergaulan seharian, kita tidak bercakap atau mengujarkan sesuatu yang benar sepanjang masa. Apa yang berada di dalam fikiran dan apa yang diujarkan adalah mungkin tidak selari setiap waktu. Ini bertujuan untuk menjaga keharmonian perbualan dan hubungan sesama manusia. Oleh itu definisi aizuchi adalah, satu bentuk maklum balas yang khusus daripada pendengar atau penutur kedua yang dikirim kepada penutur semasa, semasa penutur semasa sedang (dan akan) meneruskan ujarannya supaya penutur semasa dapat meneruskan ujarannya dengan selesa tanpa perlu memikirkan sama ada perlu atau tidak untuk berhenti dan memberi giliran kepada penutur seterusnya atau tidak. Di dalam aizuchi, tiada pengambilan giliran berlaku kerana pendengar tidak bermaksud untuk mengambil giliran atau membuat celahan tetapi ‘memberitahu’ penutur semasa agar meneruskan ujaran sehingga penutur semasa selesai memberi pendapat atau maklumat yang ingin disampaikan. Warga asing yang tidak memahami bahasa dan sifat bahasa Jepun boleh menyebabkan salah faham mereka terhadap aizuchi. Mereka menganggap aizuchi adalah maklum balas dan mendakwa aizuchi memberi ciri-ciri negatif dalam perbualan. Aizuchi seperti ‘hai’, ‘ee’, ‘un’ dan ‘ha’ di angaap sebagai salah satu maklum balas yang menunjukkan persetujuan. Orang asing yang tidak memahami sifat aizuchi akan menganggap silawan cakap bersetuju dengan apa yang diperkatakan dan mendorong salah faham berlaku sehingga ke akhir perbualan. Selain itu warga asing juga menganggap ujaran aizuchi yang kerap sebagai mengangu dan mendakwa penutur bahasa Jepun bersikap tidak sopan. Seperti apa yang dilaporkan oleh Mizutani, penutur bukan natif bahasa Jepun memberitahu, “yes, interruption. Why do the Japanese keep interuppting me?” Mereka merasa terganggu kerana menganggap ujaran aizuchi tersebut sebagai satu amaran agar mereka berhenti bercakap. Ada juga merasa penutur natif bahasa Jepun bersetuju dengan idea mereka sedangkan aizuchi tidak membawa sebarang makna ‘persetujuan’. Ironinya pula jika pendengar yang bukan natif bahasa Jepun kurang memberi aizuchi maka penutur asli bahasa Jepun pula merasakan percakapannya tidak difahami oleh pendengar. Apabila orang asing fasih berbahasa Jepun dan lama terdedah dengan persekitaran bahasa Jepun, apabila mereka pulang ke negara asal mereka mengucapkan aizuchi walaupun bertutur dalam bahasa ibunda. Menurut Mizutani (1983) orang Amerika yang lama tinggal di Jepun akan mengujarkan aizuchi sama ada di dalam bahasa Jepun atau bahasa Inggeris kerana telah mengasimilasikan budaya bercakap orang Jepun. Apabila mereka pulang ke negara mereka dan bercakap menggunakan bahasa Inggeris, maka mereka kerap memberi aizuchi dengan mengujarkan ‘yes’ atau ‘right’. Kali ini penutur ini pula akan dianggap sebagai ‘pelik’. Ini juga berlaku kepada penulis apabila setelah tujuh tahun di Jepun, tahun pertama selepas pulang ke Malaysia, penulis tanpa sedar kerap mengangguk dan mengujarkan ‘un’ atau ‘ee’ atau ‘hai’. Apabila ujaran aizuchi tersebut kerap keluar maka penulis akan sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tidak mengujarkan lagi bagi mengelakkan salahfaham dengan pendengar. Walau bagaimanapun sehingga kini apabila bercakap menggunakan bahasa Jepun, terutama dengan orang Jepun, maka aizuchi akan keluar secara semulajadi termasuk anggukan dan bahasa badan yang lain. Dan perkara ini bukanlah berlaku kepada penulis sahaja tetapi juga kepada rakan yang pernah tinggal dan belajar di Jepun. Kajian yang dijalankan oleh Mizutani mendedahkan kekerapan aizuchi secara purata dalam satu minit adalah di antara 15-20 kali. Bergantung kepada individu, serta hubungan sosial di antara penutur dan pendengar, aizuchi yang paling sedikit adalah sebanyak 2 kali dan paling banyak adalah 26 kali. Semakin laju penutur bercakap maka aizuchi yang dikeluarkan juga semakin bertambah. Di dalam perbualan bahasa Jepun, aizuchi diujarkan sebaik sahaja penutur menerbitkan ujaran yang mengandungi elemen berikut: 1. kata penyambung ayat bentuk ‘te’, bermaksud ‘dan’ 2. ayat bersyarat ‘tara’, bermaksud ‘jika’ 3. kata penyambung ayat ‘kedo’, bermaksud ‘tetapi’ 4. kata penyambung ayat ‘kara’, bermaksud “kerana’ 5. jeda Aizuchi mungkin tidak diujarkan selepas ayat selesai kerana bentuk ujaran dan aizuchi yang berlaku adalah, “...te, +aizuchi+...kedo+aizuchi...+...kara+aizuchi...+...jeda+aizuchi” Selepas penutur memberi unit-unit idea tersebut, penutur akan merumuskan pendapatnya dengan mengujarkan “... to omoimasu, yokunain rashiidesu” dan sebagainya. Harus diingat bahawa bukan setiap kali penutur mengujarkan elemen ayat seperti yang disenaraikan di atas maka setiap kali itulah pendengar memberi aizuchi lisan. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pandangan mata, anggukan, gelengan kepala serta bahasa badan yang lain juga merupakan aizuchi. Setakat pengetahuan penulis belum ada kajian yang melihat aizuchi bukan lisan secara terperinci dilakukan oleh pengkaji bahasa Jepun, walau pun ia merupakan data kajian itu akan memberi impak yang amat berguna kepada penyelidikan yang seterusnya. BAB 5 FUNGSI DAN JENIS AIZUCHI BAHASA JEPUN FUNGSI AIZUCHI Kajian sebelum ini menunjukkan fungsi aizuchi adalah untuk menunjukkan ‘pemahaman tentang maklumat yang disampaikan’, ‘menunjukkan persetujuan’, ‘meluahkan perasaan’ dan ‘satu strategi bagi memberi masa untuk merangka unit idea’ oleh pendengar kepada penutur semasa. Kajian penulis pula menunjukkan fungsi aizuchi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama seperti yang telah disebut di dalam bab sebelum ini, aizuchi bertindak sebagai ‘lampu hijau’ yang menunjukkan penutur kedua atau pendengar sedang mendengar, dan sekali gus memberi isyarat kepada penutur semasa supaya penutur semasa meneruskan ujaran. Jenis aizuchi pada peringkat ini adalah un, ee, a, hoo dan haa. Kedua, aizuchi berganda menunjukkan tahap ‘persetujuan’ atau ‘kefahaman’ pendengar terhadap idea penutur lebih mendalam dan penutur boleh meneruskan ujaran. Pendengar atau penutur kedua akan menggandakan aizuchi, misalnya aizuchi un menjadi un un atau un un un, ee menjadi ee ee atau ee ee ee, hoo menjadi hoo hoo atau hoo hoo hoo dan haa menjadi haa haa atau haa haa haa. Jika sebelum ini pendengar memberi aizuchi un atau hai, apabila penutur semakin bersemangat untuk memberi pendapat, pendengar akan memberi aizuchi berganda ini yang menunjukkan pendengar masih mendengar atau ‘memahami’ apa yang diperkatakan oleh penutur dan dengan itu penutur masih lagi boleh meneruskan ujaran. Pada peringkat ini aizuchi masih lagi bertindak sebagai ‘lampu hijau’. Ketiga, ia berfungsi sebagai ‘lampu kuning’ iaitu menghantar isyarat kepada penutur semasa bahawa pendengar telah mendengar dan telah ‘memahami’ isi ujaran penutur, oleh itu penutur boleh menghentikan ujaran kerana pendengar ingin mengambil giliran atau memberi giliran bercakap kepada orang lain. Aizuchi ‘lampu kuning’ atau aizuchi penutup ini biasanya ditandai dengan nada tinggi atau ujaran hai, aa atau naruhodo. Ketiga-tiga fungsi aizuchi dan hubungannya di antara satu sama lain boleh dilihat melalui rajah 5.1 berikut. Rajah 5.1: Aliran aizuchi dan ujaran Rajah 5.1 menunjukkan bagaimana aizuchi berfungsi bagi membolehkan penutur meneruskan ujaran. Aliran anak panah besar dari atas ke bawah menunjukkan aliran aizuchi oleh P (iaitu pendengar) yang seiring dengan aliran ujaran penutur semasa. Penutur semasa memainkan peranannya sebagai penutur dengan mengeluarkan pendapat atau mesej yang mungkin mengandungi isyarat-isyarat tertentu seperti ‘bila dia akan menutup ujarannya’. Manakala pendengar pula memainkan peranannya dengan memberi aizuchi yang mengandungi isyarat ‘sehingga bila penutur semasa boleh meneruskan ujaran’. Penulis membahagikan ujaran kepada tiga peringkat iaitu ujaran permulaan, ujaran pertengahan dan ujaran akhir bergantung kepada jenis-jenis aizuchi yang dikeluarkan oleh P. Oleh itu yang sebenarnya, penutur tidak bercakap dengan semahunya tetapi menurut isyarat atau aizuchi yang dikeluarkan oleh P. Apabila penutur semasa mula membuat ujaran, pendengar turut memulakan peranannya sebagai pendengar dengan memberi aizuchi tertentu. Ini menyebabkan apabila penutur berada pada peringkat permulaan dan peringkat pertengahan, P memberi aizuchi lampu hijau supaya penutur dapat meneruskan ujarannya tanpa rasa terganggu. Oleh itu, pada dua peringkat ini, nyata terdapat kerjasama di antara penutur dan pendengar bagi membolehkan perbualan terus berlangsung sehingga sampai pada peringkat akhir. Kedua-dua penutur dan pendengar memainkan peranan yang sama penting bagi memastikan perbualan berjalan dengan baik dan tersusun. Pada peringkat akhir, apabila P merasakan jawapan atau maklum balas penutur semasa sudah mencukupi, P mula menghantar isyarat lampu kuning supaya penutur semasa bersedia untuk menutup ujaran. Penutur semasa biasanya akan mematuhi isyarat tersebut dan akan menutup ujaran dengan kata penutup yang sesuai seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 5. Walaupun P menghantar ‘isyarat lampu kuning’ supaya penutur menghentikan ujaran, P masih memberi masa kepada penutur supaya penutur boleh menyusun dan menutup ujaran dengan tidak tergesa-gesa. Anak panah dari kiri ke kanan pada peringkat permulaan dan peringkat pertengahan menunjukkan penutur semasa membuat ujaran kepada P. P pula memberi kerjasama kepada penutur dengan memberi aizuchi, dan pada masa yang sama, penutur yang menerima isyarat P, meneruskan ujaran. Anak panah dari kanan ke kiri pada peringkat akhir pula menunjukkan bahawa P menghantar mesej melalui aizuchi kepada penutur supaya bersedia untuk menutup ujaran. Oleh itu, pada ketika ini, penutur akan mula mencari dan mengujarkan kata penutup yang sesuai. Di dalam ketiga-tiga peringkat ini, penutur dan pendengar saling memberi kerjasama bagi membolehkan komunikasi terus berjalan dengan baik. Penulis membahagikan fungsi aizuchi kepada tiga bahagian seperti di dalam rajah 5.1 yang boleh menunjukkan bagaimana pendengar yang baik akan dapat mengawal aliran ujaran penutur dengan memberi isyarat lampu hijau dan lampu kuning seperti di dalam sampel 5-1 berikut. Sampel 5-1 Aizuchi berganda un, un un dan un un un yang diberikan oleh P yang menunjukkan bahawa P memberi ‘lampu hijau’ kepada BB supaya meneruskan ujaran. BB: Iya iya iya, sorewane, (un) soudewa nain desuyone. (un)Ee, 9 gatsu 21 nichinine, (un) kokkaiga shoushuu saremashite, (un) saishoni inno kouseiga (un) kimerareru wake desuyo… Soiu baainiwa, (un)kokkai kikimasenkara. (un) Gichousan shokkendene, (un) iinwo shimei sasete mottandesuyo.(un) Soshitara maa sorega keshikaran, toiukotode, (un) tsugino shuuno desune, ee tokubetsu iinkaide, iinchou, rijiwa gosennandesune, (un un) minasan atsumatte. (un un un)... Tidak, tidak, tidak. Itu, (un) bukan begitu. (un) Ee, pada 21 hb 9, (un) parlimen bersidang, (un) pertama struktur parlimen (un) ditetapkan… Dalam kes sebegitu, (un) kerana parlimen tidak berfungsi.(un) Speaker Diet dengan kuasanya, (un) menamakan ahli parlimen.(un) Bila begitu, dengan alasan, itu adalah kasar, (un) pada minggu seterusnya, ee di Ahli Jawatan Kuasa Khusus, ada pemilihan pengerusi parlimen dan pengarah, (un un) semua berkumpul. (un un un)... Di dalam ujaran sampel 5-1, P telah memberi aizuchi un dan selepas beberapa ketika memberi aizuchi berganda un un dan un un un yang menunjukkan minat pendengar terhadap ujaran penutur semasa bertambah dan penutur semasa boleh terus membuat ujarannya. Sampel 5-2 Penggunaan aizuchi hai dan naruhodo yang memberi tanda ‘lampu kuning’ kepada BB agar bersedia untuk menutup ujaran. BB: ...zenkyoubu, daboku toiun deshoukane, (un) 2 shuukan chiryoude, nyuuin shimashita. (un) Sokodene, maa watashiwane, (naruhodo) ironna ii bunwa aruto omoimasukeredomone, (aa) shuugiinno minasanga nanninka koraretene, (un) jitsuryoku koushi sareteru. (naruhodo) Koremo yoroshiku (naruhodo) arimasenne. Soiukotodene, (un) maa tonikaku kokkai toiu monowa yoyatoude shingiwo suru (hai) tokorodesukara, (un) zehi desune, (un) kokkaini gosankawo tamawaritai, (un) soiu huuni warewarewa omotte orimasu. …bahagian dada, apakah ia dipanggil cedera, (un) 2 minggu rawatan, masuk hospital. (un) Dengan itu, saya, (naruhodo) saya rasa ada pelbagai alasan tetapi, (aa) ada beberapa ahli Dewan Perwakilan datang, (un) dan mengenakan tekanan. (naruhodo) Ini pun tidak berapa(naruhodo) elok. Oleh itu, (un) kerana parlimen adalah tempat (hai) parti kerajaan dan pembangkang berbincang, (un) kami rasa perlu untuk mengajak pembangkang hadir bersama. Di dalam ujaran sampel 5-2 pula P telah memberi aizuchi naruhodo selepas ujaran BB, sokodene, maa watashiwa ne (di dalam baris ketiga). P kemudian memberi aizuchi naruhodo (dua kali), aizuchi aa (satu kali) dan hai (satu kali). BB bersedia menutup ujaran dengan mengujarkan soiukotode sebagai kesimpulan terhadap kesemua ujaran sebelum ini selepas mendapat dua aizuchi naruhodo yang terakhir (baris 6 dan 7). Apabila P telah pasti bahawa BB akan menutup ujarannya, iaitu melalui ujaran BB soiukotode~, P telah memberi aizuchi hai dan un. Aizuchi hai dan un yang dikeluarkan oleh P menunjukkan P telah menerima isyarat BB bahawa BB akan menutup ujarannya. BB kemudian menutup ujarannya. Di sini kita dapat melihat mesej dan isyarat secara tidak langsung yang dikeluarkan oleh P dan BB. P menghantar isyarat melalui aizuchi supaya BB menutup ujaran dan BB pula menghantar isyarat melalui kata ‘prapenutup’ perbualan bahawa dia akan menutup ujarannya. Kata ‘prapenutup’ perbualan seperti soiukotode, maa, dan sokode berada pada awal ayat dan kemudian diikuti oleh kesimpulan atau penutup ujaran. P menerima isyarat BB dan kemudian memberi aizuchi hai dan un bagi menunjukkan P memahami BB akan menutup perbualannya. Soiukotode, sokode dan maa sebenarnya tidak dapat diterjemahkan dengan tepat. Kata ini terdapat di awal ayat pada ayat-ayat yang terakhir di dalam sesuatu ujaran yang menunjukkan bahawa seseorang penutur akan dan sedang merangka ujaran terakhir sebagai satu kesimpulan atau penutup ujarannya. Oleh kerana itulah penulis menamakan kata seperti soiukotode, sokode dan ma sebagai kata prapenutup. Mesej yang dihantar melalui aizuchi di antara pendengar dan penutur seperti yang dibincangkan di atas boleh dibahagikan kepada lima peringkat dan boleh disimpulkan melalui rajah di bawah. Rajah 5.2: Aizuchi dan kata prapenutup yang dihantar oleh penutur dan pendengar Pada peringkat pertama, apabila penutur mula membuat ujaran pendengar akan memberi aizuchi kepada penutur yang membawa maksud ‘saya sedang mendengar segala pendapat anda, anda boleh meneruskan ujaran’. Aizuchi pada peringkat ini adalah un dan ditandakan di dalam rajah sebagai aizuchi (i). Seterusnya, semasa penutur sedang meneruskan ujaran atau terdapat kemungkinan penutur lebih ‘bersemangat’ untuk memberi idea seterusnya, pendengar memberi mesej melalui aizuchi berganda un un atau un un un yang membawa maksud ‘saya masih mendengar, anda masih boleh meneruskan ujaran kerana saya tidak akan mengambil giliran sekarang’. Peringkat ini boleh didapati di dalam perbualan 5-1 dan ditandakan di dalam rajah sebagai aizuchi (ii). Pada peringkat ketiga pula, pendengar memberi aizuchi penutup seperti aizuchi naruhodo, hai atau aa kepada penutur. Penutur menerima aizuchi tersebut sebagai satu mesej daripada pendengar supaya penutur menghentikan ujaran pada masa yang sesuai. Isyarat yang terkandung di dalam aizuchi pada peringkat ketiga ini adalah ‘saya mendengar pendapat anda dan telah memahaminya, jadi anda boleh menutup ujaran pada masa yang sesuai’. Penutur kemudiannya menghantar mesej kepada pendengar bahawa dia akan menutup ujaran pada masa yang terdekat. Anak panah dari kanan ke kiri menunjukkan penutur menghantar mesej tersebut kepada pendengar melalui kata ‘prapenutup’. Mesej penutur yang dihantar kepada pendengar melalui kata prapenutup membawa maksud ‘saya telah menerima isyarat anda supaya menutup ujaran pada masa terdekat’. Ini adalah peringkat keempat di dalam rajah. Kata prapenutup ini adalah seperti ujaran soiukotode, maa dan sokode yang terletak di awal ayat. Pendengar menerima mesej tersebut dan memberi aizuchi yang sesuai sehingga penutur menutup ujarannya. Keadaan ini boleh dilihat melalui anak panah dari kiri ke kanan yang terakhir. Ini adalah peringkat kelima dan terakhir yang ditandakan dengan aizuchi (iii). Penutur kemudiannya akan menghentikan ujaran dan giliran akan diambil oleh pendengar. Kesemua peringkat ini terdapat di dalam data perbualan 5-1 dan 5-2. Aizuchi di dalam rajah 6.2 boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aizuchi (i), aizuchi (ii), dan aizuchi (iii) serta aizuchi penutup. Aizuchi (i), aizuchi (ii), dan aizuchi (iii) adalah terdiri daripada jenis aizuchi yang sama seperti ee, un, hai atau sebagainya. Manakala aizuchi penutup adalah terdiri daripada hai, naruhodo atau aa. Sama ada sesuatu jenis aizuchi itu aizuchi penutup atau sebaliknya, ia juga bergantung kepada intonasi semasa ia diujarkan. Mesej secara tidak langsung di antara P dan BB iaitu di antara penutur dan pendengar menunjukkan sememangnya wujud kerjasama di antara penutur dan pendengar di dalam perbualan. Rajah 6.2 tersebut menunjukkan kerjasama dan kesepakatan pendengar dan penutur di dalam sesuatu perbualan bagi memastikan perbualan berlangsung dengan lancar dan berkesan. JENIS-JENIS AIZUCHI Aizuchi boleh dibahagikan kepada aizuchi berganda, aizuchi pengulangan, aizuchi haa dan hoo serta aizuchi penutup. Selain berbeza dari segi sebutan, aizuchi ini juga berbeza dari segi fungsi atau maksud pendengar semasa menuturkan aizuchi tersebut. Aizuchi Berganda Penulis menamakan aizuchi berganda pada aizuchi yang diulang-ulang, sama ada sebanyak dua, tiga, atau empat kali. Di dalam data ini aizuchi berganda biasanya adalah hai, un, haa, hoo atau ee. Contohnya, hai hai, hai hai hai atau hai hai hai hai atau yang biasa di dalam dapatan ini adalah un, un un dan un un un. (Lihat sampel ujaran 5-1 dan 5-2.) Ujaran 5-1 menunjukkan P memberi aizuchi un pada PPU penutur BB, yang menunjukkan P memberi laluan kepada BB untuk bercakap. Kemudian P memberi aizuchi dengan un un dan un un un di penghujung ujaran 5-1 iaitu aizuchi un berganda. Selepas itu P masih memberi hak bercakap kepada BB dengan membuat aizuchi un. BB kemudian meneruskan ujaran dan pada PPU tertentu, P memberi aizuchi un seperti yang terdapat di dalam sampel 5-2. Aizuchi berganda menunjukkan bahawa pendengar menghantar mesej secara langsung kepada penutur bahawa pendengar masih berminat untuk mendengar ujaran penutur, oleh itu penutur boleh meneruskan ujaran. Aizuchi seperti e, hai, ha, dan ho boleh dikelaskan ke dalam satu kumpulan aizuchi yang sama dengan un, kerana ia boleh digandakan dan ia juga merupakan aizuchi yang paling biasa dan paling kerap digunakan di dalam data perbualan kajian ini. Aizuchi Pengulangan Penulis menamakan ‘aizuchi pengulangan’ kepada jenis aizuchi yang dikeluarkan oleh pendengar dengan mengulang semula perkataan yang diujarkan oleh penutur. Aizuchi pengulangan digunakan apabila pendengar dapat menangkap ‘inti’ ujaran penutur semasa. Inti atau ujaran itulah yang diulang semula oleh pendengar. Pengulangan berlaku bukan sahaja pada perkataan tetapi juga morfem atau frasa ayat. Berbanding dengan aizuchi seperti un, hai, e dan ha, aizuchi pengulangan menunjukkan bahawa pendengar ‘lebih mendengar’ percakapan penutur. Sampel 5-3 Aizuchi pengulangan di mana P mengulang ujaran O iaitu shitemasune. O: ee, imane, Msanno hanashiwo kiiteiruto, nanka sono tokubetsu iinkaidemo desune, (un) sono iwayuru hikousokuno houanwo giron surukotoga kimattetakano youna kotowo iwaremasuga, (un) tokubetsu iinkai toiunowa, maikai, ano, seccho shiterundesuyo, honrai. (shitemasune)……… ee, sekarang, bila dengar cerita En. M, di Jawatan Kuasa Khas pun, (un) seolah-olah sudah pasti berdebat mengenai usul format senarai tidak terhad tapi, (un) Jawatan Kuasa Khas adalah, setiap kali bermesyuarat, ano, seccho shiterundesuyo, sampai sekarang. (shitemasune) Di dalam percakapan O di atas, O mengujarkan seccho shiterundesuyo (baris 5) dan P pula mengulang morfem seccho shiteiru iaitu shiteimasu dan menambahkan partikel ne, menjadi shitemasune. Shitemasu adalah singkatan dari shiteimasu dan ini merupakan keadaan biasa di dalam perbualan bahasa Jepun. Partikel yo digunakan oleh O menunjukkan maklumat baru yang ingin disampaikan kepada P, dan P menambahkan partikel ne pada aizuchi pengulangan yang menunjukkan P juga memahami atau telah mengetahui perkara tersebut. Ini adalah merupakan inti kepada ujaran O dan P dapat ‘menangkap’ inti tersebut dan melakukan aizuchi pengulangan kepada morfem inti tersebut. Perkara yang sama didapati daripada ujaran H di dalam sampel 5-4 berikut, di mana P mengulang kata kerja akhir di dalam ketsuron wo dashitai iaitu dashitai. Ini juga merupakan inti kepada ujaran H. Sampel 5-4 Aizuchi pengulangan di mana P mengulang ujaran H iaitu dashitai. H: yatouno katagataga kite, shitsumonmo shinai, gironmo shinaide, kuushi shiteru jikan nandesune.(un) Souiuutokorode shingi shitenaiwakede arimashite, shikamo shukushukuto seishikina, sono tetsutzuki made yattemasukara, (un) kondowa shuugiindemo desune,soukyuu ni, sonoo, ketsuron wo dashitai (dashitai) to, kouiuuhuuni omotte orimasu. Orang-orang parti pembangkang datang, soalan pun tidak bertanya, berdebat pun tidak, masa yang ‘terbuang’. (un) Tidak berdebat tentang perkara itu di tempat itu, malahan buat prosedur resmi itu, secara senyap, kerana itu (un) kali ini Dewan Perwakilan pun, dengan segera, itu, ingin keluarkan kesimpulan (ingin keluarkan), ini apa yang saya rasa. Begitu juga di dalam sampel 5-5 di bawah, menunjukkan P mengulang perkataan yang digunakan oleh Q. Sampel 5-5 Aizuchi pengulangan di mana P mengulang ujaran Q iaitu mondaine. Q: …mondai wa desune, (un un)(mondaine) maa, sono tokini, imano youna gironni natteiru kotowa jijitsunan desuyo. (un)……… …Masalahnya, (un un) (masalahne) pada masa itu, adalah benar bahawa ianya menjadi perdebatan seperti sekarang......... Partikel ne turut digunakan selepas aizuchi pengulangan di dalam perbualan 5-3 dan 5-5, dan ia menjadi bukti bahawa P mengucapkan aizuchi pengulangan setelah menangkap makna atau inti ujaran penutur semasa. Partikel ne menunjukkan P berkongsi perasaan yang sama dengan penutur semasa. Aizuchi Haa dan Hoo Sebelum ini di dalam Bab 2 telah diterangkan penutup perbualan oleh penutur semasa, yang menggunakan ujaran hai dan ujaran haa. Juga telah diterangkan dalam keadaan yang bagaimanakah hai dan haa digunakan, iaitu apakah keadaan penutur semasa menuturkan hai dan apakah keadaan penutur apabila menuturkan haa. Hai dan haa yang dibincangkan di dalam Bab 2 bertindak sebagai isyarat penutup perbualan oleh penutur semasa. Berikut pula adalah aizuchi haa dan hoo yang diujarkan oleh pendengar kepada penutur semasa. Terdapat dua fungsi haa dan hoo yang akan diperkatakan di sini. Fungsi pertamanya adalah, bergantung kepada intonasi haa dan hoo semasa diujarkan, haa dan hoo turut memberi mesej kepada penutur semasa niat atau maksud pendengar semasa mengujarkan aizuchi tersebut. Jika haa dan hoo diujarkan dengan nada yang lambat dan perlahan, pendengar iaitu sipengujar aizuchi tersebut mungkin tidak bersetuju dengan pendapat penutur semasa. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada konteks perbualan dan konteks yang mendasari peserta perbualan. Seperti juga aizuchi hai, aizuchi haa dan hoo boleh memberi maksud yang positif atau negatif bergantung kepada konteks perbualan. Fungsi kedua aizuchi haa dan hoo adalah untuk menunjukkan sipengujar aizuchi ini (iaitu pendengar) ‘lebih memahami’ apa yang dikatakan oleh penutur semasa berbanding dengan jika pendengar memberi aizuchi lain. Seperti mana aizuchi berganda dan aizuchi pengulangan, P memberi aizuchi haa dan hoo apabila ingin menunjukkan bahawa P ‘lebih memahami’ apa yang dikatakan oleh penutur semasa berbanding dengan jika P memberi aizuchi lain seperti hai, un dan ee. Sampel 5-6 Aizuchi haa haa dan hoo hoo hoo yang diujarkan oleh P terhadap ujaran O. O: soreto kondono anou, shuugiinno baai desune, (un) mazuwa tatoeba, zenkokukuwo keikenshita hitotoka, (un) aruiwa, sono mondaito natteiru kyougikaini, sankashita, sangiinno desune, (un) yoyatouno minasantoka, (un) soiuuhitotachiwo zehi, sankouninni omanekiwo shite desune, (un) ironna gironwo suru hitsuyouga aruto omotteimasu. (haahaa)……… Maa, soiuutendewa, anou, shuugiinni oite,(un) souiu houanwo dasukotode, gironwo hukameru (hoohoohoo) hitotsuno desune, (un) ano zairyouni dashitaito, kou omottemasu. Dan kali ini anou, untuk kes Dewan Perwakilan, (un) pertama sekali contohnya, orang yang berpengalaman national constituency atau, (un) atau yang mengambil bahagian di dalam majlis yang menjadi masalah sekarang, iaitu Dewan Ahli Majlis, (un) iaitu ahli parti kerajaan dan pembangkang, (un) orang-orang seperti itu seharusnya, dijemput, (un) saya rasa perlu mengadakan berbagai perdebatan. (haahaa)……… maa, bagi maksud tersebut, anou, Dewan Perwakilan, (un) dengan keluarkan rang undang-undang, adalah salah satu cara (un) untuk memperdalamkan perdebatan (hoohoohoo), itu apa yang saya rasa. Jika kita meneliti ujaran yang menyebabkan P mengujarkan haa dan hoo seperti di atas kita dapat melihat bahawa ia diucapkan setelah sesuatu kesimpulan dikatakan oleh penutur semasa. Ujaran ~gironwo suru hitsuyouga aruto omoimasu. (haahaa) dan gironwo hukameru ~(hoohoohoo) merupakan kesimpulan yang dilakukan oleh penutur terhadap ujarannya sebelum ini. Dan ini menunjukkan P memahami apa yang difahami atau disimpulkan oleh penutur tersebut. Aizuchi Penutup Aizuchi penutup ini telah pun dibincangkan di dalam 5.3.2.3 dan 6.3.1. Aizuchi hai dan naruhodo digunakan oleh pendengar apabila ingin menutup ujaran penutur semasa. Ia bertindak sebagai salah satu strategi perbualan pendengar bagi menghentikan ujaran penutur semasa supaya pendengar boleh mengambil giliran atau memberi giliran seterusnya kepada penutur lain. Oleh kerana ia telah pun dibincangkan, maka adalah tidak perlu bagi penulis mengulang semula perbincangan mengenainya. Nyata aizuchi hai dan naruhodo boleh digolongkan ke dalam satu kumpulan aizuchi yang sama iaitu aizuchi penutup bergantung kepada intonasi semasa ia diujarkan atau konteks perbualan lainnya. BAB 6 KEKERAPAN, JUMLAH DAN PENGGUNAAN AIZUCHI BAHASA JEPUN KEKERAPAN PENGGUNAAN AIZUCHI DI DALAM PERBINCANGAN BERKUMPULAN Umum mengetahui bahawa penutur asli lebih kerap memberi aizuchi berbanding penutur bahasa lain di dunia. Kajian terhadap kekerapan aizuchi juga telah banyak dibuat kajian di dalam situasi dan latar belakang berbeza. Kajian penulis terhadap perbincangan berkumpulan menunjukkan purata penggunaan aizuchi di dalam satu minit ujaran adalah 11.8 aizuchi. Di dalam 225 minit perbualan, aizuchi yang diterbitkan adalah sebanyak 2668 kali di dalam empat sesi perbincangan. Aizuchi dibuat oleh Pengerusi (P) kerana segala ujaran atau pendapat diutarakan oleh penutur kepada P dan bukan kepada peserta lain secara langsung. P mewakili peserta-peserta lain, mengutarakan soalan atau pendapat kepada seseorang penutur itu. Oleh itu, P mewakili peserta-peserta lain, memberi aizuchi. Walau bagaimanapun ada juga aizuchi yang dibuat oleh para peserta dan bilangan aizuchi ini amat kecil. Perkara ini berlaku apabila penutur lain secara langsung meminta penerangan atau kepastian daripada penutur semasa dan penutur semasa pula membuat ujaran berdasarkan soalan peserta tersebut. Dengan itu peserta yang bertanya itulah yang memberi aizuchi. KEKERAPAN PENGGUNAAN AIZUCHI DI DALAM PERBINCANGAN PERORANGAN Kajian terhadap perbincangan perorangan pula menunjukkan P menggunakan lebih banyak aizuchi. Purata aizuchi yang digunakan oleh P adalah antara 10.2 aizuchi sehingga 17.7 aizuchi di dalam satu minit ujaran. Purata keseluruhan penggunaan aizuchi di dalam satu minit ujaran adalah 13.7 aizuchi. Di dalam 124 minit perbincangan yang melibatkan sembilan sesi ini, sebanyak 1455 kali aizuchi telah diujarkan. Ini menunjukkan bahawa Pengerusi lebih cenderung untuk menunjukkan ‘minat mendengar’ kepada orang perseorangan di dalam perbualan perorangan berbanding orang perseorangan di dalam perbualan berkumpulan. FAKTOR PENGGUNAAN AIZUCHI YANG LEBIH KERAP DI DALAM PERBINCANGAN PERORANGAN Faktor kenapa aizuchi lebih kerap digunakan di dalam perbincangan perorangan adalah kerana pertanyaan dan jawapan di dalam perbualan perorangan adalah secara langsung antara P dan peserta, sedangkan di dalam percakapan antara kumpulan, hubungan P dan kumpulan mungkin secara tidak langsung kerana soalan-soalan yang diutarakan oleh P kadangkala mewakili soalan-soalan yang diberikan kumpulan lain atau masyarakat yang mengikuti perkembangan politik negara mereka. Di dalam perbincangan berkumpulan ini P bertugas sebagai orang tengah di antara dua kumpulan parti politik yang bertentangan. Sebagai orang tengah dan tugas pengerusi bertindak sebagai ‘pendengar’, P tetap memberikan aizuchi. Walau bagaimanapun oleh kerana di dalam perbualan perorangan hubungan antara pengerusi dan silawan cakap adalah secara langsung, maka aizuchi lebih banyak digunakan. Purata bilangan aizuchi di dalam satu minit ujaran bagi setiap sesi perbincangan berkumpulan adalah sekata iaitu antara 11.6 aizuchi sehingga 12.1 aizuchi dengan purata keseluruhannya adalah 11.8 aizuchi bagi satu minit ujaran. Sedangkan di dalam perbualan perorangan purata penggunaannya bagi setiap sesi adalah tidak sekata iaitu antara 10.2 aizuchi sehingga 17.7 aizuchi, dengan purata keseluruhannya 13.7 aizuchi. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa perbezaan purata penggunaan yang sekata di dalam perbualan berkumpulan dan purata penggunaan yang tidak sekata di dalam perbualan perorangan adalah disebabkan kecenderungan P yang berbeza di dalam kedua-dua bentuk perbincangan tersebut. Di dalam perbincangan berkumpulan, P seperti yang dinyatakan sebelum ini, mewakili masyarakat dan pihak pembangkang (atau pihak kerajaan), iaitu P bertugas sebagai orang tengah dan kecenderungan atau ‘minat’ P semasa membuat ujaran atau ‘mendengar’ sesuatu ujaran adalah sama rata. Ini bagi menunjukkan P bersikap adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Di dalam perbualan perorangan pula, memang terdapat kecenderungan P untuk berlaku adil tetapi harus diingat perbualan perorangan adalah antara satu lawan satu dan bukan seperti perbualan berkumpulan. Perbualan berkumpulan lebih memerlukan P untuk lebih berhati-hati bagi bertindak sama rata. P memberi aizuchi pada setiap orang dan pada setiap kumpulan hampir sama banyak. Perbualan satu lawan satu di dalam perbincangan perorangan pula memerlukan P menunjukkan ‘minat’ yang lebih kepada ujaran penutur semasa bergantung kepada konteks perbualan dan peserta yang terlibat. Adalah perlu untuk penulis melihat kenapa jumlah kekerapan aizuchi berbeza atau tidak sekata di dalam perbincangan perorangan. Faktor-faktor yang menjadi penyebabnya adalah isu yang terlibat, emosi, cara sesuatu ujaran diujarkan dan kedudukan penutur sama ada peserta kanan atau tidak. Jadual 6.1 menunjukkan kaitan di antara bilangan aizuchi per minit yang dilakukan oleh peserta perbincangan perorangan dan kaitannya dengan latar belakang mereka. Sesi Bilangan aizuchi/minit Peserta Posisi politik 1 15.8 H kerajaan 2 15.8 I pembangkang 3 11.5 J kerajaan 4 17.7 K pembangkang 5 15.5 L pembangkang 6 14.2 R kerajaan 7 12.3 Y kerajaan 8 10.6 AA kerajaan 9 10.2 I pembangkang Jadual 6.1 : Bilangan aizuchi perminit di dalam perbincangan perorangan dan kaitan dengan latar belakang peserta Di dalam sesi 4, purata penggunaan aizuchi oleh P adalah yang tertinggi iaitu 17.7 di dalam satu minit ujaran. Penutur K di dalam sesi ini bukan sahaja yang paling kanan dan berumur jika dibandingkan dengan penutur lain tetapi juga pemimpin tertinggi sebuah parti politik pembangkang. Isu yang terlibat adalah berkenaan dengan salah laku pegawai tertinggi kerajaan dan kritikan terhadap Perdana Menteri. Kritikan dilakukan dengan teratur tetapi beremosi bagi menyalahkan Perdana Menteri dan parti-parti kerajaan. Bagi ‘menyokong’ peserta ini supaya meneruskan ujaran, P memberi lebih banyak aizuchi. Purata aizuchi bagi sesi 1, 2, 5 dan 6 adalah agak sekata iaitu antara 14.2 hingga 15.8 aizuchi. Jika kita meneliti peserta-peserta yang terlibat kita dapat melihat peserta sesi 2 dan 5 merupakan penutur yang memegang jawatan tertinggi parti dan tetapi masih muda berbanding K. Penutur 1 dan 6 walaupun tidak memegang jawatan tertinggi parti seperti peserta sesi 2 dan sesi 5, tetapi tetap memegang jawatan penting. Penutur sesi 1 merupakan seseorang pemimpin parti politik terbesar Jepun dan penutur 6 memegang jawatan sebagai pegawai kanan di dalam kerajaan. Isu-isu yang terlibat juga agak ‘panas’ dan memerlukan P memberi aizuchi dengan agak kerap. Jumlah penggunaan aizuchi bagi sesi 3,7, 8 dan 9 pula agak berkurangan iaitu antara 10.2 sehingga 12.3. Peserta sesi 3, 7 dan 9 adalah agak muda seperti peserta sesi 2 dan 5. Peserta sesi 9 walaupun pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang tetapi perbincangan dilakukan dengan tertib dan teratur dan tidak begitu ‘beremosi’. Dan ini menyebabkan P kurang memberi aizuchi. Peserta sesi 7, Y walaupun pemimpin parti politik kerajaan terbesar dan isu yang terlibat ‘panas’, namun pada ketika itu, Y sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan menjalankan kegiatan menyokong parti pembangkang mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri. Y bukan orang yang ‘dipersalahkan’ tetapi ‘bersama masyarakat’ mengkritik kerajaan. Begitu juga dengan peserta sesi 8, AA mempunyai kedudukan yang sama dengan Y dan topik perbincangan adalah berkenaan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap Y kerana ‘berpaling tadah’ terhadap parti. Kritikan ditujukan kepada Y kerana ‘membelakangkan’ parti dan kerajaan demi mencapai cita-cita politiknya yang tersendiri. Sama ada Y atau AA, masing-masing bercakap dengan teratur dan menyusun kata-kata dengan tenang. Oleh itu berdasarkan jumlah aizuchi dan latar belakang para peserta kajian ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa P memberi aizuchi yang banyak kepada peserta yang lebih berumur, lebih kanan dan memegang jawatan tertinggi di dalam parti atau kerajaan. Topik atau emosi turut menjadi penyumbang kepada jumlah aizuchi yang berbeza di dalam perbincangan perorangan. Jika seseorang penutur itu tidak dapat mengawal ujaran dengan baik dan di dalam keadaan yang beremosi, P akan turut terpengaruh untuk memberikan aizuchi yang lebih banyak. Sebaliknya jika penutur di dalam keadaan yang lebih tenang, P juga akan kurang memberi aizuchi. Walau bagaimanapun penulis ingin mengingatkan bahawa bilangan aizuchi mungkin lebih banyak dari jadual di atas, sama ada perbualan berkumpulan atau perbualan perorangan. Ini kerana mungkin terdapat aizuchi yang tidak dapat didengar atau diperolehi dengan jelas dari rakaman ini akibat faktor-faktor seperti, bunyi aizuchi yang perlahan, bunyi aizuchi yang tidak dapat didengar dan sebagainya. Juga harus diingatkan aizuchi yang diambil kira di dalam rakaman ini hanya aizuchi lisan. Aizuchi bukan lisan seperti anggukan, senyum dan sebagainya tidak diambil kira. Jumlah dan Perbezaan Penggunaan Aizuchi bagi Setiap Sesi Perbincangan Berkumpulan Jadual 6.2 menunjukkan bilangan aizuchi yang digunakan di dalam perbincangan berkumpulan bagi setiap kumpulan iaitu dari kumpulan 1 sehingga kumpulan 4. Ia menunjukkan bagaimana bilangan aizuchi un sangat kerap jumlahnya iaitu 2308 berbanding aizuchi hai sebanyak 105. Ia diikuti oleh aizuchi pengulangan (64), aizuchi naruhodo(51), aizuchi un un (44), dan aizuchi ee (44). Jika kita meletakkan aizuchi un, hai, ee, haa dan hoo ke dalam satu kumpulan yang sama mengikut jenisnya, kita akan mendapati aizuchi berganda un paling kerap digunakan iaitu berjumlah 2358. Ini diikuti oleh aizuchi berganda hai sebanyak 119, aizuchi pengulangan sebanyak 64, naruhodo sebanyak 51, aizuchi berganda ee sebanyak 49 dan aizuchi berganda haa sebanyak 16 kali. Aizuchi berganda hoo pula hanya digunakan 8 kali. Aizuchi yang paling sedikit digunakan di dalam kesemua sesi ini adalah aa sebanyak dua kali dan oo sebanyak sekali. Aizuchi 1 2 3 4 Jumlah Un dan gandaannya 592 622 652 492 2358 Hai dan gandaanya 51 21 28 19 119 Pengulangan 25 19 13 7 64 Naruhodo 9 25 7 10 51 Ee dan gandannya 12 11 12 14 49 Haa dan gandaannya 5 7 2 2 16 Hoo dan gandaannya 1 5 2 0 8 Aa 0 1 1 0 2 oo 0 1 0 0 1 Maa 0 0 0 0 0 Naa 0 0 0 0 0 Jumlah keseluruhan 695 712 717 544 2668 Jadual 6.2 : Bilangan penggunaan aizuchi bagi setiap sesi di dalam perbincangan berkumpulan Sekiranya kita menjumlahkan kesemua aizuchi tersebut mengikut jenis iaitu misalnya menggabungkan aizuchi un, un un dan un un un ke dalam satu kumpulan jenis aizuchi yang sama (un dan gandaannya) kita dapat melihat betapa kerapnya aizuchi un digunakan di dalam perbualan, seperti yang dipaparkan di dalam rajah 6.2 di atas. Rajah 6.3 pula menunjukkan jumlah dan peratusan aizuchi secara keseluruhan di dalam perbincangan berkumpulan. Rajah 6.3: Jumlah dan peratusan aizuchi secara keseluruhan di dalam perbincangan berkumpulan. Secara keseluruhannya, di dalam perbincangan berkumpulan aizuchi berganda un digunakan sebanyak 88.38%, diikuti oleh aizuchi berganda hai sebanyak 4.46% dan aizuchi pengulangan sebanyak 2.40%. Naruhodo serta aizuchi berganda ee menduduki hampir 2%. Aizuchi lain yang digunakan tidak melebihi 1% dari jumlah keseluruhan di dalam perbualan berkumpulan. Aizuchi pendek iaitu aizuchi un, hai, ee, haa, hoo, aa dan oo menduduki 95.69% daripada jumlah keseluruhan aizuchi. Aizuchi lain iaitu aizuchi pengulangan dan naruhodo digunakan kurang daripada 5% di dalam perbincangan ini. Jumlah dan Perbezaan Penggunaan Aizuchi bagi Setiap Sesi Perbincangan Perorangan Jadual 6.4 pula menunjukkan jumlah penggunaan aizuchi bagi setiap sesi perbincangan perorangan iaitu dari sesi 1 sehingga sesi 9. Aizuchi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah Un dan gandaannya 177 149 95 111 108 0 222 178 45 1085 Hai dan gandaanya 34 39 7 8 3 5 25 24 12 157 Ee dan gandannya 17 0 10 3 2 0 27 94 1 154 Pengulangan 0 2 1 2 3 0 12 2 1 23 Naruhodo 5 0 1 0 6 0 2 2 1 17 Haa dan gandaannya 3 0 1 0 0 5 1 2 1 13 Aa 1 0 0 0 0 0 1 3 0 5 Maa 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 Jumlah keseluruhan 237 190 115 124 122 10 290 306 61 1455 Jadual 6.4: Bilangan penggunaan aizuchi bagi setiap sesi di dalam perbincangan perorangan Seperti juga di dalam perbincangan berkumpulan, aizuchi un (1050) mengatasi aizuchi-aizuchi lain iaitu aizuchi ee (150), hai (147), un un (35), pengulangan (23), naruhodo (17) dan aizuchi haa (6). Aizuchi-aizuchi aa dan maa hanya digunakan sebanyak 5 kali dan 1 kali sahaja. Apabila kita melihat jumlah jenis-jenis aizuchi di dalam kumpulan jenis-jenis aizuchi yang sama (iaitu aizuchi berganda), kita mendapati bahawa jumlah aizuchi berganda un sebanyak 1085, aizuchi berganda hai 157, aizuchi berganda ee sebanyak 154 dan diikuti oleh aizuchi yang lain. Rajah 6.5 pula menunjukkan jumlah penggunaan aizuchi bagi setiap sesi perbincangan perorangan dilihat melalui graf. Bilangan penggunan aizuchi berganda un, hai dan ee begitu ketara sekali. Rajah 6.6: Jumlah dan peratusan aizuchi secara keseluruhan di dalam perbincangan perorangan Rajah 6.6 di atas menunjukkan bahawa aizuchi berganda un memonopoli aizuchi lain, iaitu sebanyak 74.57% daripada jumlah aizuchi secara keseluruhannya. Ini diikuti oleh aizuchi berganda hai dan aizuchi berganda ee iaitu masing-masing hampir 11%. Aizuchi pengulangan digunakan sebanyak 1.58% dan aizuchi naruhodo pula sebanyak 1.17%. Aizuchi berganda haa, aa dan maa digunakan tidak melebihi 1% di dalam perbualan perorangan ini. Aizuchi pendek iaitu aizuchi un, hai, ee, haa, aa dan maa menduduki 97.24% daripada jumlah aizuchi keseluruhan. Aizuchi lain iaitu aizuchi pengulangan dan naruhodo, digunakan oleh pendengar kurang daripada 3% daripada jumlah keseluruhan. Penggunaan Aizuchi Pendek dan Fungsinya Berdasarkan jumlah penggunaan dan jenis-jenis aizuchi di dalam kedua-dua perbualan berkumpulan dan perbualan perorangan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa aizuchi yang pendek dan ringkas amat kerap digunakan. Ini kerana aizuchi yang lebih panjang biasanya tidak begitu praktikal kerana penggunaan aizuchi di dalam bahasa Jepun yang sebegitu kerap. Lagipun, aizuchi pendek ini juga telahpun memenuhi fungsi aizuchi yang sebenarnya. Bagi menyokong pendapat penulis, penulis telah menghantar e-mel kepada sepuluh orang penutur asli bahasa Jepun. Jawapan mereka menunjukkan mereka bersetuju dengan pendapat penulis. Salah seorang informan memberitahu penggunaan ujaran un yang kerap juga disebabkan oleh faktor sebutan atau ‘bunyi’. Aizuchi seperti hai, naruhodo, pengulangan dan sebagainya akan kedengaran ‘bising’ dan mungkin akan mengganggu tumpuan penutur semasa. Ini ternyata benar seperti yang terdapat di dalam jadual 6.1 dan 6.2, iaitu purata bilangan aizuchi perminit di dalam perbincangan berkumpulan adalah 11.8 aizuchi, manakala purata bilangan aizuchi di dalam perbincangan perorangan pula adalah 13.7 aizuchi perminit. Jika di dalam satu minit ujaran, pendengar menggunakan 12 aizuchi (atau satu aizuchi pada setiap 5 saat perbualan), aizuchi selain daripada aizuchi un akan kedengaran bising dan mengganggu percakapan atau tumpuan penutur semasa. Penemuan ini juga menyokong teori Kubota (2001) bahawa pengguna tidak menggunakan aizuchi secara sewenang-wenangnya, tetapi secara sedar mahupun secara tidak sedar, pengguna memilih jenis aizuchi yang bersesuaian dengan sesuatu konteks perbualan. Di dalam konteks data perbualan ini, perbualan berlangsung secara formal, oleh peserta yang berstatus tinggi dan setiap peserta cuba untuk mengawal emosi apabila dikritik, maka perbualan haruslah berlangsung secara lebih ‘teratur’ berbanding perbualan di dalam rancangan hiburan. Bukan sahaja penutur semasa perlu berhati-hati dengan konteks perbualan seperti ini tetapi pendengar juga turut memainkan peranan penting bagi membolehkan penutur meneruskan ujaran. Pendengar (yang juga seorang penutur kemudiannya), bukan sahaja perlu membuat pilihan ujaran atau ayat yang sesuai, malah perlu memilih penggunaan aizuchi yang bersesuaian dengan konteks perbualan seperti ini. Bab ini jelas menunjukkan kepentingan aizuchi di dalam perbualan bahasa Jepun. Kepentingan aizuchi bukan sahaja dilihat melalui jumlah penggunaannya yang kerap tetapi juga melalui fungsinya yang bukan sahaja sekadar melancarkan perbualan tetapi juga boleh bertindak sebagai isyarat melalui jenis-jenis aizuchi yang digunakan oleh pendengar. Penulis juga telah membahagikan aizuchi kepada beberapa kumpulan seperti aizuchi berganda, aizuchi pengulangan dan aizuchi haa serta hoo. Aizuchi berganda, serta aizuchi hai dan naruhodo juga mempunyai fungsinya yang tersendiri di mana aizuchi berganda menunjukkan tahap ‘kefahaman’ atau ‘persetujuan’ yang lebih mendalam sedangkan aizuchi hai dan naruhodo bertindak sebagai lampu kuning untuk memberi peringatan kepada penutur semasa agar berhenti atau melepaskan giliran pada masa yang sesuai. Aizuchi haa dan hoo pula turut memberitahu secara tidak langsung perasaan sipengujarnya (iaitu pendengar) kepada penutur semasa. Walau bagaimanapun ‘perasaan’ atau ‘sikap’ pendengar terhadap ujaran penutur semasa adalah tidak penting bagi penutur semasa kerana fungsi aizuchi adalah sebagai pelincir bagi meneruskan perbualan. Lagipun pendengar boleh memberitahu sikap dan pendapatnya selepas penutur semasa berhenti meneruskan ujaran. BAB 7 KESOPANAN DI DALAM PERBUALAN BAHASA JEPUN KONSEP UCHI DAN SOTO Di dalam mana-mana bahasa juga, terdapat konsep kesopanan yang dikongsi bersama masyarakat bahasa masing-masing. Tiada standard atau peraturan tertentu, malah ia tidak pernah dibukukan tetapi kerap diselidiki dan dibincangkan, terutama oleh penyelidik bahasa mahupun sosiolinguis. Di dalam bahasa Jepun, konsep ‘uchi’ dan ‘soto’ menjadi asas kepada perbincangan tentang kesopanan berbahasa Jepun. Holmes (1995) memberi definisi kesopanan sebagai ‘mengambil berat terhadap perasaan orang lain’. Menurut beliau terdapat pelbagai cara bagaimana seseorang itu menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap sama ada secara linguistik atau bukan linguistik. Menurut Leech (1983) pula, penutur bukan sahaja menunjukkan kesopanan bercakap kepada penutur kedua sahaja tetapi juga kepada orang ketiga. Di dalam masyarakat Melayu, kesopanan bukan sekadar menuturkan kata kata manis tetapi juga dengan menjaga tingkah laku di hadapan silawan cakap. Kanak-kanak di dalam masyarakat Melayu Kelantan dilarang sama sekali menyampuk perbualan orang dewasa atau melintas di hadapan atau belakang tetamu serta ibu bapa tanpa membongkokkan badan. Kanak-kanak diajar semenjak kecil supaya meminta keizinan seperti mengucapkan kata-kata ‘tumpang lalu’ jika ingin melintas di hadapan atau belakang tetamu di rumah. Kanak-kanak di dalam masyarakat Melayu diajar bagaimana untuk menjaga tingkah laku di hadapan tetamu bagi menghormati tetamu. Lagipun adalah penting kanak-kanak bersopan ketika tetamu hadir di rumah bukan sahaja untuk menjaga perasaan tetamu tetapi juga menjaga ‘air muka’ ibu bapa kanak-kanak tersebut. Perlakuan biadap terhadap tetamu boleh dianggap sebagai ‘kurang ajar’ dan memalukan ibu bapa. Kesopanan di dalam masyarakat Melayu juga dikaitkan dengan cara seseorang itu berkomunikasi. Mengucapkan sesuatu secara tidak terus-terang, tidak agresif dan mengelakkan konflik dengan pihak lain dianggap sebagai salah satu konsep kesopanan. Malah cara berjalan dan melangkah juga dianggap sebagai salah satu kesopanan bahasa Melayu. Berbeza pula dengan masyarakat Barat yang mementingkan sikap terus-terang bagi mengelakkan salah-faham di dalam komunikasi. Masyarakat Asia terutama Jepun pula seperti masyarakat Melayu lebih mementingkan perhubungan yang mesra dan cuba mengelak dari menjatuhkan air muka pihak silawan cakap. Kesopanan bagi masyarakat Melayu boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu, 1. Pemilihan kata-kata sopan atau hormat seperti penggunaan panggilan Yang Berhormat, Profesor, Encik, Puan dan sebagainya. 2. Penggunaan kata mengikut nada atau intonasi yang sesuai 3. menjaga tingkah laku supaya tidak disalah anggap Di dalam masyarakat Jepun pula, kesopanan dikaitkan dengan konsep uchi dan soto. Konsep uchi dan soto amat istimewa di dalam masyarakat Jepun kerana konsep ini turut menterjemahkan budaya dan kesopanan di dalam masyarakatnya. Menurut Morita (1995) di dalam masyarakat Jepun, soto merujuk kepada seseorang yang berada di luar ‘daerah’ sipenutur. Oleh itu, adalah perlu untuk menggunakan bahasa yang sopan terhadap orang tersebut. Uchi pula merujuk kepada seseorang yang berada di dalam ‘daerah’ yang sama dengan sipenutur. Maka, adalah tidak perlu untuk menggunakan bahasa yang lebih sopan terhadapnya sebagaimana orang yang berada di dalam ‘daerah’ soto. Penggunaan bahasa yang lebih sopan tidak diperlukan kerana penutur menganggap sipenutur kedua sebagai uchi yang membawa maksud ‘kita’ iaitu ‘saya dan anda’. Morita (1995) mengatakan bahawa orang yang sama bagi sipenutur boleh berada di dalam uchi atau soto bergantung kepada lawan bercakap sipenutur. Contohnya, jika seorang wanita Jepun sedang bercakap mengenai suaminya kepada seorang kawan, pada masa itu suaminya bagi siisteri adalah orang yang berada di dalam daerah yang sama, iaitu uchi. Oleh itu penggunaan kata yang ‘kurang tahap kesopanan’ akan digunakan bila merujuk kepada suaminya atau mereka berdua. Tetapi jika sekiranya seorang isteri bercakap mengenai suaminya kepada anak-anak pula maka, penggunaan bahasa yang lebih sopan akan digunakan. Di dalam bahasa Jepun terdapat istilah shujin (suami saya) dan goshujin (suami anda). Go di dalam goshujin merupakan kata hormat dan tidak bermaksud ‘anda’. Perkataan goshujin hanya digunakan apabila merujuk kepada ‘suami orang lain’ dan bukan kepada ‘suami saya’. Contoh penggunaan shujin dan goshujin adalah seperti berikut. 1. shujinwa ashita kaerimasu. (suami saya esok akan pulang) 2. Goshujinwa ashita okaerini narimasu. (suami anda esok akan pulang.) Apabila seorang wanita mengujarkan shujin, beliau dengan sendiri menyamakan kedudukannya dan suaminya di dalam kumpulan yang sama bermaksud watashitachi (kami). Pada ketika itu beliau dan suami berada di dalam kawasan uchi. Penggunaan shujin ‘merendahkan’ tahap kesopanan terhadap beliau dan suaminya. Apabila merujuk kepada suami orang lain, perkataan goshujin digunakan. Penggunaan kata goshujin terhadap suami seseorang membawa maksud sipenutur menghormati kedua-dua suami isteri tersebut. Kata kerja kaerimasu (pulang) juga boleh ditukar kepada bentuk sopan menjadi ‘okaerini narimasu’ bagi membuatkan tahap kesopan lebih tinggi. Konsep uchi dan soto boleh dilihat dengan jelas melalui rajah berikut. Rajah 7.1: Konsep uchi dan soto di dalam perbualan antara isteri Berdasarkan rajah boleh dilihat dengan jelas bahawa pasangan ‘saya dan suami’ berada di dalam kawasan yang sama iaitu uchi, manakala ‘anda dan suami anda’ berada di dalam kawasan soto. Oleh kerana itulah penggunaan shujin dan goshujin digunakan di dalam perbualan bahasa Jepun iaitu sebagai menghormati orang yang di luar lingkungan penutur. Terdapat juga istilah uchi yang digunakan sebagai kata nama pertama yang boleh membawa maksud ‘saya’ atau ‘kami’. Sebagai contoh, ayat berikut menunjukkan dua maksud uchi yang berbeza. Shujinwa tabemasuga, uchiwa tabemasen. (suami saya makan tetapi saya tidak makan) Uchiwa tabemasen. [saya (kami) tidak makan] Ayat pertama jelas menunjukkan uchi bermaksud ‘saya’ sedangkan ayat kedua boleh membawa kedua-dua makna ‘saya’ atau ‘kami’ bergantung kepada konteks perbualan. Masyarakat Jepun mengetahui dan menggunakan konsep uchi dan soto secara meluas. Kesopanan bukan sekadar hubungan antara ‘orang atasan’ atau ‘orang bawahan’ (jougekankei) semata-mata tetapi juga hubungan kekeluargaan. Konsep ini amat penting kerana interpretasi seseorang penutur terhadap konsep inilah yang membolehkan penggunaan bahasa halus seperti bahasa sopan, bahasa merendah diri atau bahasa hormat digunakan di dalam masyarakat Jepun. BAHASA HALUS DI DALAM BAHASA JEPUN (KEIGO) Keigo boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu sonkeigo (bahasa hormat), kensongo atau kenjougo (bahasa merendah diri), teineigo (bahasa sopan), teichougo (bahasa sopan) dan bikago (pengindahan bahasa). Setiap jenis kategori ini mempunyai kosa kata dan akhiran kata kerja yang berlainan. Contoh mudah bagi menunjukkan pengelasan bentuk sopan bahasa Jepun adalah dengan melihat satu persatu kata kerja iaitu ‘suru’. Kata kerja ‘suru’ digunakan di antara kawan rapat dan keluarga. Bentuk ini dipanggil bentuk biasa atau ‘plain’ dalam bahasa Inggeris dan tidak dianggap sebagai bahasa yang sopan. Penggunaan kata kerja bentuk ini di dalam perbualan dianggap ‘tidak sopan’ jika ditujukan kepada orang atasan atau orang yang tidak rapat dengan sipenutur. Bentuk sopan untuk ‘suru’ adalah ‘shimasu’ digunakan di dalam hampir interaksi harian. Untuk menunjukkan hormat apabila bercakap dengan orang atasan atau pelanggan, perkataan ‘nasaru’ atau ‘nasaimasu’ digunakan. Tetapi apabila merujuk kepada pelakuan diri sendiri atau ahli keluarga sendiri, perkataan ‘itasu’ atau ‘itashimasu’ digunakan. Keigo digunakan bagi menekankan ketaksamaan kedudukan sosial di antara penutur dan pendengar. Sebaliknya bahasa berbentuk biasa digunakan untuk menunjukkan keintiman atau persamaan kedudukan sosial. Kebiasaannya seorang penutur bahasa Jepun akan menggunakan bahasa sopan seperti penggunaan kata kerja masu di akhir ayat. Bahasa merendah diri digunakan apabila seseorang bercakap mengenai dirinya dan keluarganya kepada orang yang dianggap sebagai orang yang berada di dalam daerah ‘luar’. Penggunaan bahasa merendah diri mungkin turut digunakan terhadap dirinya dan tempat kerjanya jika sipendengar ialah pekerja di sebuah syarikat yang berlainan. Rajah 8.2 menunjukkan tahap kesopanan di dalam perbualan bahasa Jepun seperti yang telah dibincangkan terdahulu. Bahasa merendah diri, bahasa hormat dan bahasa sopan digolongkan ke dalam satu kategori yang sama iaitu bahasa halus. kensongo sonkeigo ↑ teineigo Bahasa Sopan Bentuk Masu/desu / penambahan imbuhan ‘o’ atau ‘go’ ↑ Bentuk biasa Rajah 7.2: Tahap kesopanan di dalam perbualan bahasa Jepun Teineigo (Bahasa sopan) Penggunaan kata kerja bentuk masu atau kopula bentuk desu dikategorikan sebagai bahasa sopan. Juga termasuk dalam kategori ini adalah penggunaan imbuhan o dan go seperti o kome untuk kome dan go soudan untuk soudan. Pelajar bukan natif bahasa Jepun mempelajari bahasa ini sewaktu pertama kali mempelajari bahasa Jepun. Bentuk ini juga digunakan secara meluas oleh penyampai televisyen Jepun. Bahasa sopan boleh digunakan untuk merujuk kepada perbuatan sendiri atau orang lain. Sonkeigo (Bahasa Hormat) Bahasa hormat merupakan bentuk istimewa atau perkataan alternatif yang digunakan apabila bercakap tentang orang atasan atau pelanggan. Ia tidak digunakan kepada diri sendiri. Sebagai contoh jika seorang pelanggan datang ke restoran atau klinik maka mereka akan mempelawa pelanggan mereka duduk dengan berkata o kake ni natte kudasai bukan suwatte kudasai. Bahasa bentuk ini hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada orang lain. Ia juga menunjukkan penuturnya berkhidmat secara profesional. Kata kerja biasa mungkin digantikan dengan perkataan yang lebih sopan seperti nasaru bagi suru, ossharu bagi hanasu, meshiagaru bagi nomu atau taberu. Kata kerja juga boleh ditukar kepada bentuk bahasa hormat dengan menambahkan imbuhan awalan dan akhiran seperti oyomini naru atau yomareru bagi yomu. Kata nama juga boleh ditukar bagi menunjukkan hormat seperti penggunaan kata bagi menunjukkan hito, kochira bagi menggantikan koko dan sebagainya. Kensongo Atau Kenjougo (Bahasa Merendah Diri) Secara umumnya bahasa merendah diri digunakan apabila menerangkan aksi sendiri atau ahli kumpulan sendiri kepada orang luar seperti pelanggan. Kata kerja biasa digantikan dengan kata kerja bentuk lain seperti itasu untuk suru atau itadaku untuk morau. Kata kerja biasa juga boleh ditukar bentuknya dengan menambahkan imbuhan awalan dan kata kerja suru atau itasu seperti o mochi shimasu atau omochi itashimasu untuk motsu. Untuk perkataan pula hito digantikan dengan mono. Bikago (Pengindahan Kata) Bikago adalah amalan membuat sesuatu perkataan menjadi lebih sopan atau indah. Bentuk ini digunakan oleh penutur untuk pemurniaan pertuturan seseorang. Contoh kata yang termasuk di dalam kategori ini adalah ocha bagi cha, osembei bagi sembei serta okane bagi kane. Untuk 3 perkataan itu, ‘o’ yang digunakan bukan sebagai bahasa sopan tetapi lebih kepada pengindahan kata berbanding okashi bagi kashi di dalam ujaran “itadaita okashi’ yang membawa kepada penggunaan bahasa hormat kerana kashi tersebut adalah pemberian pendengar. Sebaliknya, perkataan okashi, ocha, osembei dan okane juga telah diterima secara umum sehingga ia tidak lagi membawa maksud kesopanan atau pengindahan kata. Ia telah diterima pakai sebagai satu perkataan biasa yang tidak membawa apa-apa makna kesopanan yang khusus. PENGGUNAN BAHASA HORMAT Penggunaan bahasa hormat sangat penting di dalam perniagaan. Penggunaan bahasa ini biasanya tidak diajar di sekolah mahupun universiti sehingga menyebabkan rakyat Jepun juga tidak menggunakannya dalam perbualan seharian, dan biasaya apabila digunakan pula, cara penggunaannya tidak tepat. Pekerja syarikat Jepun dilatih menggunakan bahasa hormat yang betul ketika memasuki alam pekerjaan bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan orang atasan atau pelanggan dengan cara yang betul. Memahirkan diri dengan bahasa sopan dan hormat sangat penting untuk berfungsi di dalam masyarakatnya. Bercakap dengan tidak sopan boleh menyebabkan seseorang merasa terhina manakala bercakap dengan hormat secara berlebihan pula boleh menyebabkan seseorang merasa jauh dari penutur atau terasa disindirkan, yang mana kedua-duanya juga boleh membawa kepada pendengar merasa terhina. Walau bagaimanapun ekspektasi terhadap penggunaan bahasa hormat telah menurun berbanding sebelumnya terutama di kawasan bandar besar kerana kebanjiran warga asing di Jepun walaupun sebenarnya warga asing juga secara umum digalakkan untuk mempelajari bahasa hormat. Terdapat juga bahasa yang khusus untuk digunakan oleh wanita dan lelaki. Contohnya wanita biasaya akan berkata ‘gohan o taberu’ atau ‘gohan o tabemasu’ dan lelaki biasanya akan berkata ‘meshi o kuu’ . Penggunaan ‘meshi wo kuu’ adalah amat kasar bagi wanita sedangkan lelaki boleh menggunakan ketiga-tiga frasa tersebut. Tetapi tiada perbezaan gender apabila komunikasi melibatkan suasana perniagaan. Di dalam sektor perkhidmatan bahasa sopan menjadi kewajipan di Jepun. Jika anda melangkah ke syarikat Jepun atau sekadar membeli stem di pejabat pos, penggunaan bahasa hormat amaltlah dititikberatkan dan ia mencerminkan konsep ‘uchi’ dan ‘soto’ seperti yang dibincangkan sebelum ini, di mana semakin anda tidak ‘dikenali’ maka cara anda dilayan juga semakin sopan. Bab ini dan Bab 8 berikutnya adalah pendedahan ringkas terhadap ‘kesopanan’ dan ‘kuasa’ di dalam perbualan. Bab 9 dan Bab 10 pula mendedahkan salah satu ciri-ciri perbualan di dalam sektor pelancongan di Malaysia oleh pemandu pelancong Malaysia di dalam bahasa Jepun. Oleh itu kita dapat melihat sama ada pelancong Malaysia boleh atau tidka boleh mengadaptasikan konsep kesopanan serta prinsip perbualan bahasa Jepun seperti yang telah dihuraikan di dalam bab-bab sebelumnya. BAB 8 KUASA DI DALAM PERBUALAN PRINSIP KUASA DAN KESOPANAN Kesopanan berkait rapat dengan perbezaan kuasa di antara peserta yang terlibat di dalam perbualan. Ini kerana manusia cenderung untuk menjaga air muka silawan cakap semasa berbual dan kecenderungan untuk menjaga air muka silawan cakap akan bertambah jika silawan cakap adalah seseorang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi di dalam masyarakat. Menurut Scollon dan Scollon (1995) terdapat tiga sistem kesopanan yang boleh dilihat di dalam konteks perbualan yang berlainan yang bergantung kepada perbezaan kuasa dan jarak (distance) di antara peserta. Sistem yang dimaksudkan adalah deference politeness system, the solidarity politeness system dan hierarchical politeness system. Scollon dan Scollon (1995) turut mengemukakan dua jenis strategi kesopanan iaitu independence politeness strategies dan involvement politeness strategies. Berdasarkan contoh-contoh ujaran yang diberikan oleh mereka, independence politeness strategy merujuk kepada bentuk ujaran yang diberi oleh peserta yang tidak ‘berkuasa’ kepada peserta yang ‘berkuasa’. Contohnya adalah seperti memanggil seseorang dengan pangkat (Mr Lee), meminta maaf, bersikap pesimis, menggunakan bahasa dan dialek tersendiri, tidak banyak bercakap dan meminimakan amaran kepada pendengar. Involvement politeness strategies pula merujuk kepada bentuk ujaran yang diberi oleh peserta yang ‘berkuasa’ kepada peserta yang ‘tidak berkuasa’. Contoh ujaran di dalam strategi kesopanan ini adalah dengan menunjukkan minat dan simpati berlebihan kepada pendengar, optimis, petah bercakap, memanggil pendengar dengan nama jolokan serta menggunakan bahasa atau dialek pendengar. Deference politeness system (sistem menghormati pendapat orang lain) adalah satu sistem kesopanan yang mana dua orang peserta dianggap sebagai bertaraf sama atau hampir sama tetapi mempunyai ‘jarak’ antara mereka. Jarak yang dimaksudkan adalah tahap keakraban di antara dua peserta tersebut. Ciri-ciri deference politeness system adalah, 1.simetri (-P) kerana peserta berada di dalam tahap sosial yang sama, 2.mempunyai ‘jarak’ (+D) dan setiap peserta menggunakan independence strategy semasa bercakap sesama mereka. P membawa simbol power (kuasa) dan D membawa simbol distance (jarak). Scollon & Scollon (1995) menggunakan simbol (-P) dan (+D) yang bermaksud peserta di dalam perbualan adalah bertaraf sama atau hampir sama (-P) tetapi mempunyai hubungan jarak yang jauh (+D). Mereka memberi contoh dua orang profesor yang berlainan negara dan pertama kali berjumpa akan memanggil sesama mereka sebagai ‘profesor’ bagi menghormati kedudukan akademik dan status masing-masing. Bagi menunjukkan taraf yang sama pula kedua-dua orang profesor tersebut akan menggunakan independence politeness strategies. The solidarity politeness system (sistem kesopanan solidariti) merujuk kepada perbualan di antara dua orang kawan akrab, di mana tiada perbezaan kuasa (-P) dan jarak (-D) di antara mereka. Ciri-ciri sistem kesopanan solidariti adalah, 1. simetri (-P) kerana peserta melihat diri mereka berada di dalam kedudukan sosial yang sama, 2. rapat (-D) dan setiap peserta menggunakan involvement strategy semasa bercakap sesama mereka. Kedua-dua peserta akan menunjukkan keakraban dan solidariti di antara mereka. Sebagai contoh dua orang profesor dari universiti dan fakulti yang sama mungkin tidak menggunakan panggilan ‘profesor’ sesama mereka tetapi hanya dengan memanggil nama peserta tersebut sahaja. Ini bagi menunjukkan taraf kedudukan yang sama dan solidariti di antara mereka. Hierarchical politeness system (sistem kesopanan hirarki) merujuk kepada perbezaan sosial di antara dua orang peserta di dalam sesuatu perbualan. Contohnya dua orang peserta yang berada di dalam komuniti yang berlainan seperti seorang profesor dan seorang pelajar universiti mempunyai tahap kuasa yang berlawanan dan ‘jarak’ yang jauh. Ciri-ciri sistem kesopanan hirarki adalah, 1. asimetri (+P) kerana kedua-dua peserta melihat diri mereka sebagai dua orang yang mempunyai kedudukan sosial yang berbeza, 2. asimetri dan peserta yang berstatus tinggi menggunakan involvement face strategies dan peserta yang berkedudukan rendah menggunakan independence face strategies Walaupun Scollon dan Scollon (1995) turut mengemukakan ciri-ciri independence politeness strategies dan involvement politeness strategies, ianya tidak boleh digunakan bagi kesemua masyarakat bahasa di dunia ini. Walaupun ciri-ciri yang diberikan oleh mereka menepati kesopanan masyarakat Barat, namun ianya mungkin tidak menepati masyarakat lain termasuklah masyarakat Melayu. Satu kajian yang lebih terperinci diperlukan kerana seseorang pengkaji tidak boleh mengukur tahap kesopanan atau pemilikan ‘kuasa’ berdasarkan persepsi sendiri. Brown dan Gilman (1960) pula berpendapat kuasa adalah hubungan asimetri di mana seorang yang dianggap lebih berkuasa dari peserta lain boleh mengawal kelakuan peserta tersebut. Hudson (1980) pula menyatakan solidariti adalah jarak sosial di antara dua peserta yang boleh menunjukkan ciri-ciri persamaan seperti pengalaman, jantina, asal usul, negara, etnik dan sebagainya. Solidariti merupakan hubungan simetri berdasarkan persamaan yang dikongsi peserta terbabit. Shaw (2000) telah membuat kajian ke atas perdebatan parlimen di British House of Commons mendapati bahawa kuasa ditunjukkan melalui celahan dan kecenderungan untuk bercakap dengan lebih lama. Status ahli parlimen di dalam hirarki parlimen juga merupakan elemen penting di mana ahli parlimen yang mempunyai hirarki yang lebih tinggi akan lebih cenderung untuk membuat celahan atau mengganggu ujaran penutur lain. Sebenarnya faktor jantina dan status sosial bukanlah penentu mutlak kuasa di dalam perbualan. Menurut Tannen (1990), semasa perbualan berlangsung, diam tidak semestinya menunjukkan seseorang tidak berkuasa di dalam perbualan dan banyak bercakap tidak bermaksud seseorang itu berkuasa. Seorang isteri mungkin lebih banyak bercakap berbanding suaminya di rumah. Ini tidak bermakna suaminya itu lemah atau tidak berkuasa di dalam rumah tangga tersebut. Seseorang itu berdiam mungkin kerana secara semula jadi beliau sememangnya seorang pendiam. Dia juga mungkin tidak berminat terhadap topik yang dibincangkan. Oleh itu, seseorang yang kurang bercakap di dalam sesuatu perbualan bukan disebabkan beliau tidak berkuasa berbanding penutur lain yang berstatus lebih tinggi. Faktor-faktor lain seperti konteks perbualan, minat dan sikap seseorang turut mempengaruhi sebab-sebab mengapa seseorang itu lebih banyak berdiam diri berbanding peserta lain. Walau bagaimanapun kecenderungan orang yang berstatus lebih tinggi untuk menguasai perbualan dengan membuat celahan, mengganggu ujaran atau bercakap lebih lama berbanding penutur lain tidak dapat dielakkan. Silence alone, however is not a self-evident sign of powerlessness, nor volubility a self-evident sign in domination. (Tannen, 1993: 176) Apabila mengaitkan kuasa di dalam perbualan, seseorang pengkaji tidak sepatutnya melihat hubungan antara orang atasan dan orang bawahan semata-mata. Ini kerana kuasa boleh juga ditunjukkan melalui perbezaan jantina, keturunan, kumpulan etnik, tahap pendidikan, pengalaman hidup, kerjaya dan sebagainya. Satu kajian terperinci mengenai kuasa di dalam perbualan adalah amat menarik sebagai satu bahan kajian bagi menemukan faktor-faktor yang lebih jelas mengenai penggunaan kuasa di dalam perbualan. Adalah menarik jika seseorang pengkaji dapat meneroka bentuk kesopanan dan solidariti yang digunakan oleh pemimpin parti politik ini. Ini kerana konsep kesopanan dan solidariti di dalam bahasa Jepun digunakan secara meluas. Bentuk penggunaan kata yang mempunyai konotasi ketidakpastian serta ujaran anou, ee, soudesune yang tidak mempunyai makna yang khusus merupakan salah satu ciri-ciri perbualan bahasa Jepun. Walaupun ia tidak mempunyai makna yang khusus namun penggunaannya di dalam perbualan menunjukkan seseorang penutur itu sedang mencari kata-kata yang sesuai dan merangka ucapannya sedikit demi sedikit bagi menunjukkan solidariti dan kesopanan di dalam perbualan. KUASA OLEH PESERTA YANG LEBIH KANAN Data dari kajian penulis menunjukkan peserta yang lebih muda dari segi umur dan kerjaya, telah diganggu oleh beberapa orang peserta kanan dari parti pembangkang. Di dalam kedua-dua perbualan ini B dan C setelah bercakap beberapa ketika, menghentikan ujarannya. Peserta yang lebih berumur, lebih lama pengalaman politik dan salah seorang pemimpin tertinggi di dalam sebuah parti terus membuat ujaran walaupun giliran telah diberikan kepada penutur lain yang lebih muda. Pemimpin veteran ini bercakap seiring dengan pemimpin muda yang sedang memegang hak giliran bercakap menyebabkan pertindanan berlaku. Peserta yang lebih muda akan membuat celahan hanya untuk meminta giliran bercakap sebaliknya peserta yang lebih kanan membuat celahan untuk merampas hak bercakap. Keadaan yang sama boleh dilihat di dalam perbualan berikut. GG yang merupakan peserta yang lebih kanan telah memberi arahan kepada BB agar berdiam diri sedangkan hak bercakap telah diberikan kepada BB. Sampel 8-1 GG yang lebih kanan membuat celahan dan cuba merampas giliran daripada BB. P akhirnya memberi giliran kepada GG. P: <Hai, BBsan. >{<} Ya, En.BB. BB: <Mazu seitou,、> Pertama sekali parti politik, P:  < Ima,ima> Sekarang, sekarang, BB: <Mazu seitouwo erande,> Pertama sekali memilih parti politik, GG: <XXXXX。> P: <Ima,ima> Sekarang, sekarang BB: <Sorekara, atowa, chotto mattekudasai. > >} Dan, selepas itu, sila tunggu sekejap. GG: Chotto BB san, kikinasaiyo.(un) En. BB, awak dengar sekejap.(un) P: Hai. Ya. GG: Anone, watashiga zenbu mawattan dakarane, (un un) Anone, oleh kerana saya telah pergi ke semuanya, (un un) Semasa GG mengganggu percakapan BB, P telah dua kali memberitahu GG bahawa ‘sekarang’ adalah giliran BB. P telah mengujarkan ima, ima (sekarang, sekarang) sebanyak dua kali sebagai amaran kepada GG bahawa ‘sekarang’ adalah giliran BB. Apabila BB merasa terganggu, (dapat dilihat melalui ujaran Sorekara, atowa, yang tergantung) BB telah meminta supaya GG menunggu sekejap, dengan mengujarkan chotto mattekudasai, tetapi sebaliknya GG pula menyuruh BB mendiamkan diri iaitu melalui ujaran Chotto BB san, kikinasaiyo dengan agak kasar. P akhirnya memberi giliran kepada GG melalui ujaran hai dan GG membuat ujaran seterusnya. BB menggunakan ayat perintah kudasai di dalam ujarannya chotto mattekudasai (sila tunggu sekejap) terhadap GG. GG kerana usia dan kekananannya menggunakan ayat perintah nasai di dalam ujarannya, Chotto BB san, kikinasaiyo (awak, dengar sekejap). Penggunaan kudasai merupakan satu bahasa yang sopan berbanding nasai yang dianggap tidak sopan. Nasai biasanya digunakan terhadap seseorang yang bertaraf lebih rendah daripada sipenutur. Misalnya, dari seorang ayah kepada anak, abang kepada adik atau guru kepada pelajarnya. Di dalam konteks perbualan ini, penggunaan nasai tidak sesuai digunakan walaupun oleh peserta yang lebih kanan kerana taraf antara mereka yang sama iaitu mereka adalah golongan ahli politik yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Lagipun BB dan GG adalah daripada dua kumpulan yang berbeza di mana adalah penting untuk bercakap dengan sopan. Konsep soto dan uchi tidak diterima pakai oleh peserta di dalam perbualan ini. Situasi ini juga bertentangan dengan Morita (1995) yang menyatakan bahawa semakin jauh hubungan antara dua orang penutur, maka bahasa yang digunakan akan menjadi lebih sopan. Berdasarkan konsep uchi dan soto, adalah tidak sesuai untuk GG menggunakan kata perintah nasai kepada BB. Ini kerana BB dan GG merupakan dua ahli kumpulan parti politik yang berbeza dan sudah tentulah hubungan antara mereka adalah hubungan di antara ‘orang luar’, di mana sepatutnya penggunaan bahasa yang lebih sopan digunakan bagi menunjukkan hubungan atau jarak yang renggang di antara mereka . Kita boleh membuat andaian bahawa kemungkinan peserta dari parti pembangkang dan parti pemerintah menganggap mereka berada di dalam kelompok ‘uchi’ iaitu sebagai ahli Diet atau ahli politik. Tetapi perlu juga diingatkan di sini, di dalam hubungan di antara ‘uchi’ sekalipun tidak digalakkan menggunakan kata perintah nasai atau panggilan anata. Ini kerana penggunaan kata sedemikian boleh merendahkan taraf seseorang. Biasanya penggunaan kata sedemikian digunakan di antara keluarga terutama kepada anak-anak dan bukan di dalam perbualan di luar daripada lingkungan keluarga. Seseorang yang tahu berbahasa Jepun akan merasa tidak senang jika seseorang penutur asli memanggilnya dengan panggilan anata (awak) atau menggunakan kata perintah nasai terhadapnya. Penggunaan kata sedemikian merupakan satu ‘larangan’ di dalam perbualan kecuali di dalam situasi yang begitu terhad. Penulis juga pernah membuat percubaan dengan menggunakan kata perintah nasai dan yarimasu (yarimasu bermakna ‘memberi’ iaitu satu lagi bentuk kata yang ditujukan kepada seseorang yang bertaraf rendah seperti oleh guru kepada murid atau ibu bapa kepada anak-anak) terhadap para pelajar Universiti Chuo, Jepun semasa bertugas di sana dan ternyata beberapa orang pelajar membetulkan ujaran penulis dan memberi penggunaan kata yang sesuai iaitu kudasai dan agemasu. Sebenarnya walaupun penulis mengetahui bahawa penggunaan kata tersebut adalah tidak sesuai penulis tidak menyangka bahawa pelajar-pelajar akan membantah secara terus terang terhadap ujaran penulis. Ini kerana dari segi teorinya, seseorang yang bertaraf lebih tinggi ‘boleh’ menggunakan penggunaan kata tersebut kepada orang yang bertaraf lebih rendah. Perkara ini diketahui oleh semua orang yang mengetahui bahasa Jepun. Tetapi sebaliknya penggunaannya seolah-olah dilarang di dalam perbualan sebenar di peringkat golongan orang dewasa. Ini menunjukkan penggunaannya terhadap ‘orang luar’ mahupun ‘orang kita’ tidak wajar digunakan bagi menghormati hak dan menjaga air muka seseorang individu. Berdasarkan contoh-contoh dan penerangan di atas GG tidak sepatutnya menggunakan kata perintah nasai terhadap BB kerana bukan sahaja BB dianggap sebagai orang luar yang sepatutnya digunakan bahasa sopan terhadapnya, tetapi juga demi menjaga hak dan air muka BB. GG menggunakan kata perintah seperti itu untuk menunjukkan kepada BB kuasa yang dimilikinya sebagai orang yang lebih berumur dan kanan daripada BB. KUASA OLEH PESERTA YANG BERKEDUDUKAN LEBIH TINGGI Kuasa bukan sahaja ditunjukkan oleh peserta yang lebih berumur dan kanan tetapi juga oleh peserta yang mempunyai kedudukan lebih tinggi di dalam sesuatu parti politik. Penggunaan kata perintah nasai turut digunakan oleh L, seorang pemimpin tertinggi sebuah parti apabila ujarannya diganggu oleh seorang peserta dari pihak yang berlawanan, seperti di bawah ini. Sampel 8-2 L seorang pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang menggunakan ayat perintah nasai yang agak kasar setelah ujarannya diganggu oleh M dan # dari pihak yang berlawanan. L: ...motomoto sono yotouanni desunee,(un) seitaku hazusu tteiunowa moto motono yatouan desuyo. ...Pada rang undang-undang yang dibuat oleh parti kerajaan, (un) terdapat cadangan yang dikeluarkan dan itu adalah sebenarnya rang undang-undang yang dibuat oleh parti pembangkang. M: {<} {<} #: L: anata, hanashi kikinasaiyo, awak, dengar cakap saya, P: L: P: {>} {>} L: Soredenee,....... Dan,..... Ujaran L iaitu anata (awak) dan nasai di dalam anata hanashi kikinasaiyo (awak, dengar cakap saya) merupakan satu panggilan yang agak kasar. Penutur bahasa Jepun biasanya tidak akan memanggil seseorang dengan ungkapan anata tetapi sebaliknya dengan panggilan san selepas pangkal nama yang membawa makna ‘encik’, seperti contoh di bawah, C: Esannone, itteruyounakoto ittarane, genjitsuno seiji nante ugokanai to omoimasuyo, Jika kita berkata seperti apa yang dikatakan oleh Encik C, saya rasa sukar untuk politik yang sebenarnya berfungsi, Di dalam data perbualan di bawah ini pula, ada peserta memanggil peserta lain dengan panggilan sensei yang membawa maksud ‘guru’ atau ‘cikgu’. Data perbualan di bawah ini menunjukkan A memanggil E yang lebih berumur dan kanan daripadanya dengan panggilan sensei. A: Hai, sorewa desune, E senseino osshattanowa desune, Ya, itu, apa yang dikatakan oleh ‘guru’ E adalah, Panggilan sensei merupakan panggilan biasa kepada seorang yang berkedudukan tinggi seperti pemimpin parti-parti politik, peguam, doktor dan sebagainya bagi menunjukkan rasa hormat. Panggilan sensei tidak terhad kepada seseorang yang berjawatan guru atau pensyarah sahaja. A juga menggunakan bentuk sopan bagi perkataan ‘dikatakan’ (ittanowa) iaitu osshattanowa. Ini menunjukkan bahawa A sememangnya menghormati kedudukan E sebagai seorang yang kanan dan jauh lebih berpengalaman daripada dirinya walaupun sedang berdebat dan mengkritik E. Seorang guru sekolah rendah juga biasanya tidak menggunakan anata kepada murid-muridnya, tetapi dengan panggilan chan selepas pangkal nama yang menunjukkan hubungan yang mesra. Berbeza dengan contoh perbualan oleh C dan A di atas, nyata panggilan ‘anata’ oleh L kepada peserta lain yang mempunyai kedudukan yang sama tinggi (sama-sama ahli politik yang disegani) dengannya itu merupakan satu panggilan yang tidak sopan. Begitu juga dengan penggunaan kata perintah nasai oleh L, nyata agak kasar dan tidak sesuai digunakan. L juga mengkritik sikap M dan # secara terus terang iaitu melalui ujaran maa, ruuru mamonnai hitodesunee, (awak, orang yang tidak mematuhi peraturan) kerana tindakan mereka yang cuba merampas giliran. P akhirnya memulangkan semula giliran bercakap kepada L dan L meneruskan ujarannya yang tertangguh. Menurut Morita (1995), penutur bahasa Jepun juga lebih cenderung menggunakan ayat atau ujaran yang tidak terus terang terutama terhadap ‘orang luar’ atau orang yang berstatus lebih tinggi. Morita juga berpendapat konsep ‘orang luar’ dan ‘orang kita’ turut diaplikasikan di dalam sikap tidak terus terang di dalam perbualan bahasa Jepun di mana ayat-ayat yang digunakan mempunyai konotasi ketidakpastian atau taksa. Menurutnya lagi alasan utama kenapa penutur asli bahasa Jepun menggunakan ayat-ayat atau kata yang mempunyai konotasi ketidakpastian ini adalah kerana, ...menghormati perasaan lawan, mengangkat kedudukan lawan, merenggangkan hubungan dengan meletakkan lawan sebagai ‘orang luar’... (Morita, 1995: 207-208) Menurut Ogasawara (1972) pula, jika ada penutur asli bahasa Jepun bercakap secara terus terang dan nyata (hakkiri), orang itu adalah orang yang pelik. Ini menunjukkan sifat bahasa dan budaya bangsa Jepun yang lebih gemar menggunakan bahasa lembut dan tidak terus terang bagi menjaga sesuatu perhubungan. Berlawanan dengan pernyataan Morita (1995) dan Ogasawara (1972) di atas, L menggunakan ayat yang terus terang di dalam ujarannya. Tindakan L ini secara umumnya adalah berlawanan dengan tindakan penutur asli bahasa Jepun lain yang lebih gemar menggunakan ayat-ayat yang mempunyai konotasi ketidakpastian. Di dalam data perbualan penulis juga, tidak terdapat penutur lain yang mengkritik lawan dengan secara terus terang sebagaimana yang dilakukan oleh L. Oleh itu penulis membuat kesimpulan ini merupakan kes terpencil oleh penutur asli bahasa Jepun yang mengkritik secara terbuka. Walau bagaimanapun kita tidak dapat mengelak dari membuat hipotesis lain bahawa L ‘berani’ berbuat demikian adalah kerana kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti politik pembangkang. L menggunakan kedudukannya untuk mengkritik secara terbuka lawannya bagi menunjukkan kuasa yang dimilikinya. Sebagai kesimpulan, kuasa ditunjukkan oleh para penutur melalui, 1. celahan atau cubaan merampas giliran, 2. Cubaan untuk bercakap dengan lebih lama, 3. penggunaan kata yang agak ‘kasar’ seperti kata perintah nasai dan kata ganti diri kedua, anata, 4. bahasa yang terus terang atau mengkritik secara terbuka. PENGESAHAN KUASA PESERTA OLEH P Sebenarnya bukan peserta yang lebih kanan dan mempunyai kedudukan tinggi sahaja yang menunjukkan ‘kuasa’ yang ada pada mereka. Nampaknya P turut mengakui atau mengesahkan ‘kuasa’ peserta ini dengan memberi giliran bercakap kepada mereka. Di dalam ujaran 8-2, P nyata memberi giliran kepada L kerana sememangnya L pada ketika itu sedang memegang hak bercakap. Tetapi di dalam ujaran 8-1, P telah memberi hak bercakap kepada GG sedangkan pada ketika itu hak bercakap sedang dipegang oleh BB. GG membuat celahan ke atas ujaran BB dan terus berbuat demikian walaupun BB meminta supaya GG ‘menunggu sekejap’ (chotto mattekudasai). Tetapi GG menjawab dengan kata perintah yang agak kasar iaitu ‘awak dengar sekejap’ (kikinasaiyo). P kemudian memberi hak bercakap kepada GG. Walaupun P berhak untuk memberi giliran kepada sesiapa sahaja menurut kemahuannya sebagai seorang Pengerusibagi satu program perbincangan televisyen, tetapi nyata perlakuan ini agak ‘tidak adil’ kepada peserta lain yang telah dinafikan hak bercakap oleh P atau peserta lain yang membuat celahan. Ini kerana P tidak memberi hak yang sama jika peserta yang tidak ‘berkuasa’ cuba mengambil giliran. Tiada bukti yang terdapat di dalam data kajian ini, P memberi hak bercakap kepada peserta yang lebih muda yang cuba mengambil giliran peserta berumur atau lebih kanan. P akan mengekalkan giliran peserta berumur dan kanan terbabit. Sebaliknya, data kajian ini sekurang-kurangnya menunjukkan terdapat satu penemuan, iaitu data 8-1 di mana P memberi giliran bercakap kepada peserta lebih kanan yang membuat celahan dan mengganggu penutur semasa. Dan terdapat satu penemuan juga, iaitu data perbualan 8-2 di mana P mengekalkan giliran bercakap penutur berkedudukan yang lebih tinggi walaupun cuba dirampas oleh peserta yang berkedudukan lebih rendah di dalam perbualan ini. Kuasa ditunjukkan oleh peserta yang lebih kanan dari segi umur, tempoh kerjaya politik dan jawatan yang dipegang di dalam sesuatu parti politik. . BAB 9 CIRI-CIRI PERBUALAN BAHASA JEPUN TAHAP RENDAH OLEH PENUTUR MALAYSIA CIRI-CIRI PERBUALAN PENUTUR BERBANGSA CINA Data perbualan di dalam bab ini terdiri dari tiga orang pekerja sebuah sebuah pusat kraf negara yang bertugas membawa pelancong Jepun melawat kilang seterusnya memberi penerangan tentang produk kraf. Data perbualan dikaji bagi melihat ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur berbangsa Cina. Terdapat 8 ciri perbualan yang terdapat di dalam data iaitu penghilangan morfem akhir dan kopula ‘desu’, susunan kata nama kepunyaan yang terbalik, penghilangan partikel ‘no’, penukaran kepada bahasa Inggeris, penggunaan kata atau ayat yang tidak sopan (plain form), pemudahan struktur ayat dan pemudahan kata penunjuk ‘kore’ yang silap. Penghilangan Morfem Akhir Dan Kopula ‘Desu’ Contoh berikut menunjukkan bagaimana dua orang subjek kajian, RSG1 dan RSG2 tidak mengujarkan kopula ‘desu’. Apabila kopula ‘desu’ tidak diujarkan maka ayat penutur bukan sahaja sukar difahami tetapi kedengaran kasar dan tidak sopan. ‘Desu’ merupakan pelengkap sesuatu ayat dan mesti diletakkan pada akhir ayat. Jika ia tidak diujarkan, pendengar mungkin menunggu lagi maklumat yang disampaikan kerana mereka mungkin menyangka bahawa penutur masih ingin menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara itu. Sampel 9-1 RSG2: kore biirujokki wa nijuuissai. [kono biiru jokki wa nijuuissai desu.] Usia beer mug adalah dua puluh satu tahun. Sampel 9-2 RSG2: kore, sutaffune, ofisu. [korewa sutafuno ofisu desu] Ini pejabat staf. Sampel 9-3 RSG2: Kore ne anchikku shiage. [korewa desune antiiku shiage desu] Ini produk antik. Sampel 9-4 RSG1 : XXXsutafu no koujou. All tegata. [zenbu koujou no sutafu no tegata desu.] Semua adalah bekas tapak tangan staf kilang. Sampel 9-5 RSG1 : atode shashin totte. [ato de shashin torimashou] Sila ambil gambar selepas ini. Kegagalan penutur mengujarkan ‘desu’ bukan disebabkan masalah ketidakfasihan mereka berbahasa Jepun tetapi kerana sikap tidak ambil kisah tentang cara mereka berinteraksi. Ini kerana struktur ayat bahasa Jepun yang paling asas dan paling awal dipelajari adalah, KN1 wa KN2 desu. *KN merupakan kata nama dan ‘wa’ pula adalah partikel. Contoh ayat, “watashi wa Ali desu” (saya Ali), “watashi wa sensei desu” (saya guru) dan “watashi wa nijuuissai desu” (saya berumur dua puluh satu tahun) misalnya merupakan aspek nahu pertama yang diajar kepada mana-mana pelajar bahasa Jepun. Oleh itu kegagalan mereka mengujarkan ayat mudah dengan lengkap sepatutnya tidak berlaku. RSG1 juga sekadar mengujarkan “atode shashin totte” bagi ayat “atode shashin torimashou”. Ujaran tersebut kedengaran tidak sopan kerana ujaran sebegitu biasanya diujarkan ketika berinteraksi bersama rakan atau keluarga sahaja. “Atode shashin torimashou” merupakan ayat yang terbaik kerana bentuk itu merupakan satu bentuk arahan secara halus dan bersopan. Susunan Kata Nama Kepunyaan Yang Terbalik Susunan kata nama kepunyaan di dalam bahasa Jepun, walau nampak mudah tetapi kerap juga digunakan salah walaupun oleh pelajar kemahiran bahasa Jepun di universiti. Ia mungkin disebabkan susunannya yang berbeza dengan bahasa natif penutur. Sebagai contoh ‘gakusei no zasshi’ di dalam bahasa Melayu adalah ‘majalah pelajar’ iaitu ‘gakusei’ adalah ‘pelajar’ dan ‘zasshi’ adalah ‘majalah’. Turutan yang tidak sama di dalam bahasa ibunda masing-masing akan melambatkan sedikit proses di dalam otak bagi mencari susunan yang sesuai. Contoh berikut menunjukkan susunan kata nama yang terbalik bagi ayat ‘kepunyaan’. Sampel 9-6 (1) RSG1: XXXsutafu no koujou. All tegata. [zenbu koujou no sutafu no tegata desu.] Semua adalah bekas tapak tangan staf kilang Sampel 9-7 (2) RSG1: sutafu,aa,aa tegata no sutafu no koujou dake [koujou no sutafu no tegata desu.] Bekas tapak tangan staf kilang Tidak dapat dipastikan kenapa RSG1 tidak dapat mengujarkan struktur ayat dengan betul. Sedangkan beliau boleh mengujarkan dengan betul dua frasa di bawah yang mengandungi partikel ‘no’. Sampel 9-8 RSG1: …ocha no ha wo shinsen ni,a tamotsu kotoga dekimasu. (Ocha no ha bermakna ‘daun teh’) Sampel 9-9 RSG1:… kisetsu no hana shita monodesu. (kisetsu no hana bermakna ‘bunga bermusim’) Penulis berpendapat RSG 1 tidak dapat menstruktur semula penggunaan partikel ‘no’ yang melibatkan lebih dari dua kata nama. Beliau keliru atau tidak dapat membezakan kata nama apa yang perlu diletakkan pada permulaan, pertengahan dan akhir . Pada ujaran 9-4 ujaran beliau adalah “XXXsutafu no koujou. All tegata”. Ujaran 9-7 pula adaah “sutafu,aa,aa tegata no sutafu no koujou dake”. Di dalam dua ayat itu beliau tidak menetapkan dengan tetap sususan kata nama yang sepatutnya (biarpun ia mungkin salah). Ini menunjukkan penutur tidak konsisten dan tidak yakin dengan ujarannya sendiri. Pada peringkat ini beliau masih mencari-cari apakah sususan yang sesuai. Ia berlaku kemungkinan besar kerana beliau tidak mengetahui atau tidak biasa dengan susunan nahu bahasa Jepun. Pada dua ujaran itu, ayat yang sesuai adalah “zenbu koujou no sutafu no tegata desu”. Penghilangan Partikel ‘No’ Kata nama kepunyaaan melibatkan partikel ‘no’ kerana partikel ‘no’ yang menunjukkan sama ada ayat itu ayat kepunyaan atau tidak. Sampel 9-10 RSG1 : korewa zenbu no mukashii okane. Mukashii okane. [korewa zenbu mukashi no okane desu. Mukashi no okane desu.] Ini semua adalah wang zaman dahulu. Wang zaman dahulu. RSG1 mengujarkan “mukashii okane” dan bukan “mukashi no okane”. Begitu juga bagi ujaran di bawah di mana beliau mengujarkan “wani okane” dan bukan “wani no okane”. Di dalam bahasa Mandarin penutur boleh menggunakan kedua-dua bentuk sama ada memasukkan partikel ‘de’ atau tidak tetapi ia masih betul dari segi nahu. Lihat contoh di bawah. Jiushi qian Jiushi de qian Contoh yang sama boleh dilihat dari contoh berikut. Sampel 9-11 RSG1: kore wani okane. Hai douzo mite kudasai. [Kore wa wani no okane desu.] Ini wang ‘berbentuk’ buaya Penutur mengujarkan ‘wani okane’ bagi ‘wani no okane’, dan di dalam bahasa Mandarin ia boleh diterjemahkan sebagai Eyu qian atau Eyu de qian RSG1 di dalam ujaran ini tidak mengujarkan partikel ‘no’ di dalam ayat “korewa zenbu no mukashi no okane desu” dan ayat “korewa wani no okanedesu”. Partikel ‘no’ dalam bahasa Mandarin adalah ‘de’ tetapi seperti contoh ‘Eyu qian’ dan ‘Eyu de qian’, seorang penutur bahasa Mandarin boleh mengabaikan partikel ‘de’. Oleh itu penulis berpendapat penghilangan partikel ‘no’ tersebut adalah akibat dari pengaruh bahasa Mandarin. Mungkin bagi mereka partikel ‘no’ tidak sepenting mana kerana tanpa partikel ‘no’, ujaran mereka tetap boleh difahami seperti mana di dalam bahasa Mandarin. Penukaran Kepada Bahasa Inggeris Penukaran kod sering berlaku di dalam perbualan yang menggunakan bahasa kedua. Penukaran kod lebih kerap berlaku sekiranya penutur itu tidak dapat menguasai bahasa asing dengan baik. Sampel 9-12 RSG1 : This Sultan give us the name. We also have shop in Tokyo also… [Kono ousama ga namae o tsuketekuremashita (tsukemashita). Tokyo nimo mise ga arimasu.] Sampel 9-13 RSG1: takasawa 9.1 meetaa from the top. [Takasawa 9.1 meetorudesu] Ketinggian adalah 9.1 meter. Sampel 9-14 RSG1: after the tour shashin totte [Tsuaa no atode shashin wo torimashou.] Selepas tour, sila ambil gambar. Sampel 9-15 RSG3: 80% (un), 70%, low content, low gin content [80% ka 70%, ganyuuryoo, gin no ganyuuryoo (80% ka 70%, gin wa amari fukumareteimasen.)] Penukaran kepada bahasa Inggeris adalah popular bagi penutur sesuatu bahasa kedua apabila menghadapi kesukaran semasa berkomunikasi dan ia merupakan salah satu strategi komunikasi. Di dalam kajian ini kebanyakan peserta apabila menghadapi masalah dalam menyampaikan mesej, terus menukar bahasa kepada bahasa Inggeris. Terdapat juga peserta yang tidak cuba berusaha menyampaikan mesej di dalam bahasa Jepun tetapi mencampurkan bahasa Ingeris dan bahasa Jepun di dalam perbualan. Oleh itu terdapat dua kategori penukaran kod iaitu penukaran kepada bahasa Inggeris apabila menghadapi masalah komunikasi dan penukaran kepada bahasa Inggeris akibat dari penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Malaysia. Penggunaan Kata Atau Ayat Yang Tidak Sopan Atau ‘Plain Form’ Seperti yang dinyatakan di dalam bab 7, penggunaan bentuk biasa atau plain form tidak melambangkan kesopanan. Apatah lagi jika ia digunakan di dalam sektor perkhidmatan pelancongan di mana bahasa sopan dan hormat digunakan secara meluas di Jepun. Sampel 9-16 RSG2: kore suzuwa kattai (XXX, aa) kore iimonodesuyo (aa), kore suzune, hai douzo, kochira e miru [douzo kochira e] Sila lihat sini Sampel 9-17 RSG2: are, asoko de hitotsu kore arimasune, anata douzo, kore yatte kudasai. [asokonimo korega hitotsu arimasuyo. Douzo, korewo yatte mimasenka]. Di sana juga ada satu . Sila, cuba buat ini. Sampel 9-18 RSG4: oosama ga tsukau [oosama ga tsukatteita] Yang digunakan oleh raja Sampel 9-20 RSG4: XXX tengoku ni itta [Tengoku e ikimashita] (Meninggal dunia) Penggunaan ‘plain form’ di dalam bahasa Jepun hanya digunakan di kalangan kawan rapat dan keluarga. Ia juga boleh digunakan kepada orang yang lebih rendah tarafnya dari segi usia, pangkat, kedudukan dalam masyarakat dan sebagainya. Apabila plain form digunakan kepada tetamu atau pelanggan maka tentulah ia agak menjengkelkan. Sebenarnya tidak perlu untuk menggunakan jenis kata sopan seperti bahasa hormat atau bahasa merendah diri yang terdalam di dalam bahasa Jepun tetapi cukuplah dengan menggunakan ayat dalam bentuk ‘masu’. Penggunaan ‘anata’ juga sebenarnya tidak perlu diujarkan kerana bagi sesetengah orang ia juga dianggap tidak sopan. Jika tidak mengetahui nama sekalipun penggunaan ‘anata’ boleh digugurkan kerana bergantung kepada konteks perbualan kita tidak perlu menyebutpun nama seseorang itu. Pemudahan Struktur Ayat Subjek kajian di dapati tidak dapat menggunakan struktur ayat yang kompleks. Frasa ‘Gonen ijou hataraite’ yang bermaksud ‘bekerja lebih lima tahun’ tidak didapat disatukan kepada topik atau subjek iaitu ‘staf yang bekerja lebih dari lima tahun’. Sampel 9-21 RSG1: aa sutafu no tegata aa gonen ijou hataraite [kore wa gonen ijou hataraiteiru sutafu no tegata] Bekas tapak tangan staf yang bekerja lebih lima tahun. Sepatutnya ayat tersebut berbunyi ‘gonen ijou hataraiteiru sutafu’. Subjek tidak mahir untuk menukar bentuk plain form bagi menstruktur ayat sedemikian. Pemudahan Kata Pemudahan kata juga boleh dikategorikan sebagai salah satu strategi komunikasi. Walau perkataan yang digunakan tidak sesuai tetapi cukup untuk difahami pendengar dan mesej berjaya disampaikan. Sampel 9-22 RSG4: korewa kansei [Korewa kanseihin desu] Ini produk yang sudah siap ‘kansei’ bermaksud ‘siap’ tetapi bagi sesuatu produk yang siap sepenuhnya perkataan yang sesuai adalah ‘kanseihin’. Penggunaan ‘Kore’ Yang Silap Sampel 9-23 RSG2:anone, kore kaisha, korene, houseki koujou kore arimasu (aa) [Korene kokoniwa houseki koujou ga arimasu.] Ini, di sini ada kilang permata. Terdapat dua kemungkinan kenapa penutur tersilap menggunakan kata ‘kore’ iaitu dia tidak dapat menggunakan kata ‘kono’ atau ‘koko’ dengan betul. Subjek mungkin terpengaruh dengan bahasa Mandarin lalu mengujarkan ‘kore kaisha’ bagi ‘kono kaisha’. Di dalam bahasa Mandarin ‘kore’ dan ‘kono’ berkongsi perkataan yang sama iaitu ‘zhe’. Di dalam bahasa Melayu juga, kedua-duanya bermaksud ‘ini’. Contohnya bagi ayat, Kore wa hon desu. Konohon wa watashino desu. Zhe shi shu. Zhe shu shi wo de. Ini buku. Buku ini buku saya. Penutur mungkin juga keliru di antara perkataan ‘kore’ yang merujuk kepada ‘benda’ dan ‘koko’ yang merujuk kepada ‘tempat’. Kesilapan sebegitu tidaklah pelik kerana ia biasanya berlaku kepada pelajar yang berada pada peringkat awal pembelajaran bahasa Jepun. ‘Kore’ dan ‘kono’ berkongsi maksud yang sama di dalam perkataan bahasa Mandarin iaitu ‘zhe’. Contoh seterusnya, Sampel 9-24 RSG2: ano ne, kore dezain, ichiban atarashii korene [Kono dezain wa ichiban atarashii monodesu.] Dezain ini yang paling baru. Sampel 9-25 Zhe shi zui xin de sheji .( Zhe sheji (kono dezain)) Ini (ialah) terbaru punya dezain. Ujaran ‘kore dezain’ yang tepat adalah ‘kono dezain’. Subjek kajian tidak menggunakan bentuk bahasa sopan yang sepatutnya digunakan di dalam perbualan di antara pembekal perkhidmatan dan pelanggan. Malah untuk mengharapkan mereka bercakap menggunakan bahasa sopan adalah keterlaluan berdasarkan keupayaan mereka berbahasa Jepun. Cukup sekadar mereka boleh berinteraksi tanpa menghafal skrip dan menggunakan plain form. Ucapan bahasa Jepun mereka kedengaran kasar, tidak difahami dan menjengkelkan. Bab 10 PERBUALAN BAHASA JEPUN TAHAP SEDERHANA OLEH PENUTUR MALAYSIA KEFASIHAN BERBAHASA JEPUN DAN CELAHAN Bab ini memuatkan hasil kajian terhadap dua orang pemandu pelancong berlesen (G1 & G1)dari kaum Cina dan dua orang pelancong Jepun (T1 & T2). Kedua-dua pemandu pelancong ini mempunyai kemahiran bahasa Jepun yang baik dan dapat meyampaikan mesej kepada pelancong dengan berkesan. Walau bagaimanapun terdapat satu ciri-ciri perbualan mereka yang perlu diperhalusi iaitu melakukan celahan ketika pelancong sedang bercakap. Terdapat 2 jenis celahan iaitu celahan yang mengganggu dan celahan yang menyokong. Celahan yang menyokong dilakukan untuk membantu ujaran penutur semasa ketika penutur semasa ketiadaan idea atau perkataan yang bersesuaian. CELAHAN YANG MENGGANGGU Aizuchi seperti ee, un dan hai serta ujaran seperti anou, sousou dan nandakke diujarkan oleh pemandu pelancong dengan baik. Namun kelancaran perbualan dicacatkan oleh pemandu pelancong dengan mencelah percakapan T1. T1 yang jelas belum dapat menghabiskan percakapannya terdiam dan tidak lagi meneruskan ayatnya walaupun selepas G1 selesai bercakap. Di dalam data selama satu jam, pelancong tidak pernah mencelah percakapan subjek tetapi subjek telah mencelah sebanyak sembilan kali. Lihat sampel 10-1 sehingga 10-9 bagi menunjukkan selitan yang berlaku. Sampel 10-1 T1:Ichibanwa bijutskan, anou suzokkanwa tonikaku kireidashi (un), nanka yuumeidashi (un), kodomoga iruto, totemo suizokkanmo iikedo, [pertama sekali muzium, anou aquarium tak dinafikan cantik (un), juga terkenal (un) kalau ada kanak-kanak, aquarium sangat bagus,tapi,] G1: Sore yuumeino riyuuwa mareeshiade tada hitotsushikanaikara, ato hitotsu zoo negara no nakade. [itu alasannya terkenal adalah kerana di Malaysia hanya ada satu sahaja, satu lagi di dalam zoo negara.] G1 membuat celahan dengan berkata “sore yuumeino riyuuwa mareeshiade tada hitotsushikanaikara, ato hitotsu zoo negara no nakade” walaupun ujaran T1 belum selesai. Ujaran T1 “totemo suizokkanmo iikedo” bersama intonasi “iikedo” yang menunjukkan ayat tergantung tidak dipedulikan oleh G1. Di dalam sampel 10-2 pula, ujaran T1 “anou” menunjukkan T1 sedang merangka unit idea atau sedang mencari perkataan yang sesuai untuk diujarkan tetapi G1 sekali lagi merampas giliran, tanpa menunggu T1 menuturkan perkataan yang seterusnya. Sampel 10-2 T1:Aa, anou… [aa, anou…] G1:dakara yuumeidesu. [kerana itu terkenal.] Sampel 10-3 menunjukkan keterujaan T1 bercakap mengenai kenalannya berbangsa Melayu yang ditemuinya, tetapi keterujaan T1 tercalar akibat celahan G1 yang bertanya soalan. Soalan yang ditanya pula menunjukkan G1 tidak memahami atau ‘tidak mendengar’ percakapan T1, kerana di dalam ayat ujaran T1 terdapat ujaran “kyonen watashi tachi sono juuyonenburini sono kanojoni aimashita” yang bermakna T1 telah berjumpa kenalannyanpada tahun lepas. G1 bertanya dengan soalan “dakara mareeshiani kitemo ainaideska” yang bermaksud “kerana itu walau datang ke Malaysia tidak dapat berjumpa?”. Sampel 10-4 menunjukkan jawapan T1 kepada G1. Jawapan T1 dan seterusnya ujarannya sekali lagi dicelah oleh G1, sekaligus membuatkan T1 tidak lagi meneruskan niat untuk berkongsi keterujaannya dengan G1. Sampel 10-3 T1:De kaettekite doctor de. Oishade onnanohitowa Dr no mamade otokonohitowa sono onnanohitono uchi nanka jigyousuiderumitaidesune. Kyonen watashi tachi sono juuyonenburini sono kanojoni aimashita. (ketawa) zutto Pakistan ittetari kota baru dakara tookutemo mou mareeshiani asobini kitemo ainai. Demo Dr Fauzi ga profesion de torenganutoka kota baru toka, [selepas balik, jadi doktor. Doktor. Orang perempuan meneruskan karier jadi doktor, lelaki meneruskan perniagaan keluarga perempuan. Tahun lepas kami selepas 14 tahun berjumpa. (ketawa). Selama ini dia ke Pakistan, Kota Bharu dsbnya. Jika saya datang ke Malaysia pun tidak dapat berjumpa dia. Tetapi Dr fauzi kerana kerjanya ke Terengganu atau Kota Bharu, G1:Dakara mareeshiani kitemo ainaideska? [kerana itu walau datang ke Malaysia tidak dapat berjumpa?] Sampel 10-4 T1:aeta. Sono tokini, aa, eeto naze aetaka toiuto, tegami itsumo dashite, kodomoni itsumo dashite, itsu itsu ni ikimasu. Watashiwa kaitan. Kanojono denwamo meerumo shiranai kara (hai) mou zettai aenaikamo, sooshitara, [jumpa. Masa itu. Aa, eeto, kenapa boleh berjumpa, selau hantar surat, hantar kepada anak, akan pergi bila bila. Saya tulis. Kerana saya tidak tahu nombor telefon atau emel (ya) saya berfikir mungkin saya tidak akan berjumpa lagi dengan dia, tiba-tiba,] G1:Tsukimashita (ee). Hai. Suizokkan ni tsukimashita. Teketto uribawa mou chotto mae desu [sudah sampai. (ya) ya. sudah samaoi di akuarium. Tempat menjual tiket ada di hadapan sedikit.] Sampel 10-5 menunjukkan dengan jelas bahawa celahan yang dilakukan G1 tidak relevan langsung dengan soalan T1. T1 bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris yang meluas di Malaysia sedangkan G1 memberitahu rakyat Malaysia yang mahu mempelajari bahasa Jepun. Di dalam 10-6, ujaran T1 dicelah kerana G1 memberi penerangan kepada enumerator yang turut serta di dalam lawatan ini. Sampel 10-5 T1:naze mareeshiwa zenbu eigo nandaroune. Hutsu, [kenapa di Malaysia semua bahasa Inggeris? Biasanya,] G1: gaikokujin no tameni nihongowo naraitaidesu. [mahu belajar bahasa Jepun demi orang asing] Sampel 10-6 T1:ojiisan deshou? Kodomowa to iu kedo, Babywa, [datuk kan? kanak-kanak panggil. Baby,] G1:anak2 suka panggil datuk dia jiijii. Sepatutnya ojiisan tapi suka panggil jiijii saja… [beri penerangan kepada enumerator] Sampel 10-7 menunjukkan G1 mencelah walaupun mengetahui ujaran T1 belum selesai. G1 kemudian membuat generalisasi bahawa semua orang Jepun suka makan ikan ‘maguro’. Sampel 10-7 T1:Chiisai sakanaga sukidesuyo. Demo, [suka makan ikan kecil. Tapi,] G1: Maguro taberu deshou? Nihonjinwa yappari sukideshou? [makan ikan tunakan? Orang Jepun memang suka kan?] Sampel 10-8 merupakan sambungan kepada ujaran 10-7. Ujaran T1 dicelah secara tidak sopan apabila T1 yang ingin menjelaskan pertanyaan G1 di dalam sampel 10-7, ditanya dengan soalan lain yang tiada kena mengena dengan topik perbualan yang sedang berlangsung. Sampel 10-8 T1:Nihonjinmo iro iro imasu, [orang Jepun pun ada macam-macam,] G1: Shashin torimasuka? Totte agemasu. Chiisai no houga suki… [Mahu ambil gambar tak? Saya ambilkan. Suka ikan kecil,] Sampel 10-9 menunjukkan G1 mencelah ujaran T1 yang ingin memberitahu masakan ‘ ikan pari’ di Jepun. Sampel 10-9 G1:Pari taberaremasuyo. Demo konna ookiinowa taberaremasenkedo chiisainowa taberaremasu. Daitai ikan bakar ni shimasu. Korewa chotto ookiidesukedo, [boleh makan ikan pari. Tapi besar macam ini tak boleh makan, makan yang kecil. Biasanya buat ikan bakar. Ini besar sikit.] T1:tabun nihon dewa, [mungkin di Jepun,] G1:Ikan pari. Chuugokugodewa nanka akuma no sakana to iimasu. [dalam bahasa Cina di panggil ikan syaitan] Di dalam sampel kajian ini, G1 ghairah untuk memberitahu tentang situasi di Malaysia tetapi tidak ingin ‘mendengar’ ujaran T1 yang cuba menerangkan budaya Jepun kepadanya. Pertembungan antara dua budaya bertembung di dalam data kajian ini apabila, T1 yang berbangsa Jepun amat mementingkan pengambilan giliran sedangkan G1 pula tidak mengendahkan peraturan tersebut. Secara umum di dalam mana-mana masyarakat peranan penutur amat dititikberatkan. Jarang sekali kita mendengar peranan pendengar diberi keutamaan. Masyarakat Jepun pula sebaliknya sama-sama menitikberatkan peranan penutur dan pendengar dalam perbualan. Malah penulis berpendapat bagi masyarakat Jepun dalam keadaan tertentu, peranan pendengar lebih penting bagi memberi ruang kepada penutur meneruskan percakapan tanpa diganggu. Sebagaimana penutur boleh mengawal perbualan mereka sendiri, pendengar juga boleh mengawal percakapan penutur dengan memberi isyarat tertentu seperti aizuchi bagi menunjukkan bila penutur perlu berhenti bercakap. Penutur dan pendengar sama-sama penting bagi menjamin perbualan berlaku secara tersusun tanpa diganggu oleh celahan. Haruslah diingat bukan semua celahan boleh dianggap sebagai ‘gangguan’ kepada penutur semasa, tetapi di dalam data kajian ini jelas menunjukkan celahan yang dilakukan merencatkan keterujaan pelancong untuk bercakap. Jika celahan dilakukan masih mempunyai kesinambungan topik maka ia mungkin boleh dimaafkan kerana celahan juga berfungsi bagi merancakkan perbualan atau menunjukkan perhubungan yang mesra. Di dalam data kajian ini celahan yang dilakukan langsung tiada kena mengena dengan apa yang sedang atau akan dituturkan penutur semasa. Hubungan pelancong dengan pemandu pelancong bukanlah di antara sesama rakan tetapi di antara pemberi perkhidmatan dan penerima perkhidmatan. Oleh itu subjek perlu lebih berhati-hati supaya tidak terlalu teruja ketika melaksanakan tugas. Di dalam data kajian ini, tiada pertindanan berlaku. Menurut Ikeda (2004), overlapping responses are part of the responsibility to be a ‘good’ listener in Japanese. Overlapping iaitu pertindanan akan berlaku hanya sekiranya pendengar mecelah bagi menunjukkan ‘persetujuan’ atau ‘memberi signal’ bahawa penutur semasa boleh meneruskan ujaran. Dan dalam masa yang sama penutur semasa masih terus bercakap. Pendengar tidak cuba untuk merampas giliran. Walau bagaimanapun di dalam kajian ini, walau pendengar iaitu pemandu pelancong mencelah, tiada pertindahan berlaku kerana pelancong telah merasa terganggu dan terus mendiamkan diri tanpa menyambung apa yang ingin disampaikannya. Sebagai kesimpulan, pemandu pelancong di dalam kajian ini walaupun bercakap bahasa Jepun dengan lancar tetapi gagal mengenalpasti sifat bahasa dan budaya Jepun. Beliau gagal menjalankan tugasnya sebagai pendengar dengan baik serta tidak dapat mengagak ujaran dan intonasi penutur semasa. Secara ringkasnya, subjek kajian sebanyak sembilan kali merampas giliran bercakap penutur semasa dan pada setiap kali penutur iaitu pelancong Jepun terdiam tanpa ingin merampas balik gilirannya bercakap. Ini merupakan salah satu sifat bahasa (atau budaya) Jepun kerana pada asasnya penutur bahasa Jepun tidak akan sekali-kali merampas giliran di pertengahan ujaran penutur semasa. Mereka menunggu sehingga terdapat tanda-tanda penutur semasa akan berhenti melalui pemerhatian kata kerja akhir, ujaran tertentu serta intonasi. CELAHAN YANG MENYOKONG G2 mencelah 6 kali percakapan T2 manakala T2 mencelah 5 kali dengan tujuan untuk menyokong atau memberi informasi kepada penutur semasa. Berbeza dengan perbualan G1 dan T1, tiada celahan dilakukan oleh G2 semata-mata untuk merampas giliran. Berdasarkan rekod transkripsi dan audio, perbualan berlaku dengan lancar dengan G2 memainkan peranan sebagai pemandu pelancong dengan berkesan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelancong Jepun. G2 juga mengetahui peristiwa yang berlaku di Jepun seperti gempa bumi Kobe dan Gunung Fuji yang menyebabkan T2 merasa kagum. Jelaslah G2 bukan sahaja memberi maklum balas dan aizuchi serta melakukan celahan membina tetapi mengetahui sifat bahasa dan budaya masyarakat Jepun juga. Lihat petikan di bawah yang menunjukkan celahan dilakukan dengan tujuan untuk membantu perbualan supaya lebih lancar dan harmoni. Sampel 10-10 T2: un janakattaXXX. Ano suteeki house no nakani jitto shita, Un tidak XXX. Di dalam steak house itu saya duduk terus, G2: The Ship deshou? The shipkan? Di dalam 5, G2 mencelah bagi memberitahu dan memastikan nama restoran yang dimasuki T2, manakala di dalam 6, G2 mencelah bagi menyokong percakapan T2. Sampel 10-11 T2: ee zutto aruitamon dakara sokode haitte, sokode tabeyoukanato omotte suteeki de aruiteruto massaji (un) ni sasowaretato nee (un), ee ma sorewa, Ee kerana terus berjalan saya masuk di situ, saya fikir mahu makan di situ bila berjalan di steak saya di ajak (un) untuk urutan (un), ee ma itu, G2: narandearukara anomise, Kerana kedai itu ramai orang beratur, Sampel 10-12 G2:  kyousouga hageshiidesukara, Kerana persaingan sengit, T2: un? Kyousou? Un? Persaingan? Di dalam 7, T2 mencelah bagi membuat pertanyaan mengenai maklumat yang diberikan G2, dan seterusnya di dalam perbualan 8 di bawah bagi meminta kepastian tentang maklumat yang diberikan G2. Sampel 10-12 G2: … hidarigawani anou kurarunnpuuruno hajimeteno kuukou (a, sounandesuka). Imawa gunchiyou (gunchiyoudesuka) atowa Pilot school, .. di sebelah kiri anou lapangan terbang pertama (a, benar ke?) sekarang adalah untuk keperluan tentera (keperluan tentera kah?) kemudian sekolah juru terbang, T2: oogatana oogatana Yang besar yang besar Akhir sekali di dalam perbualan, yang penting bukan ujaran semata-mata. Tindak balas serta maklum balas penutur dan pendengar memainkan peranan yang sama penting. Aizuchi, intonasi malah kesenyapan turut memberi isyarat tertentu kepada silawan cakap. Oleh itu penutur kedua bahasa Jepun harus juga memahami bahawa bukan semua percakapan menunjukkan kefasihan kita berbahasa. KOMUNIKASI DI DALAM BAHASA JEPUN Komunikasi di antara budaya bukan sekadar memahami bahasa atau fasih berbahasa tetapi seharusnya dilengkapi dengan pengetahuan budaya yang mendalam mengenai budaya pihak yang satu lagi. Komunikasi di dalam budaya sendiri juga kadangkala membawa salah faham, apatah lagi dua orang yang mempunyai budaya berbeza yang mungkin mempunyai tahap pendidikan atau latar belakang yang berbeza pula. Di dalam dunia globalisasi, setiap orang mempunyai kemungkinan untuk berhubung seterusnya berbincang demi menjayakan sesuatu urusan. Jadi sememangnya bukan sahaja kemahiran bahasa tetapi cara berkomunikasi juga memberi impak di dalam sesuatu perhubungan. Kajian Shigemitsu (2007) menunjukkan di dalam perbualan di dalam bahasa Inggeris oleh dua orang penutur asli bahasa Jepun dan penutur asli bahasa Inggeris, peserta Jepun merasakan mereka diganggu oleh peserta Inggeris, manakala penutur Inggeris beranggapan peserta Jepun tidak memberi kerjasama. Di dalam perbualan tersebut, terdapat beberapa jeda yang bagi penutur Jepun, ianya terlalu pendek bagi mengambil bahagian. Mereka tidak menganggap jeda pendek begitu sebagai TPU. Penutur inggeris pula cepat-cepat mengambil giliran kerana mengelak dari berlakunya jeda di dalam perbualan. Penutur bahasa Jepun menganggap mereka tidak semestinya perlu berkata sesuatu di dalam perbualan. Mereka tidak merasa tersisih dengan kerap mendengar kerana di dalam perbualan bahasa Jepun, pendengar yang lebih memainkan peranan penting bagi menjamin kelancaran komunikasi. Aizuchi dan maklum balas melalui ujaran pendek sama ada secara lisan atau bukan lisan memainkan peranan penting di dalam bahasa Jepun tetapi di dalam bahasa Inggeris pula ujaran sebegitu tidak dianggap sebagai pengambilan giliran bercakap. Berdasarkan tiga kajian berbeza terhadap Penutur Malaysia dan penutur Jepun pula, secara amnya pula penutur Malaysia (khasnya penutur cina di dalam kedua-dua kajian ini) ‘gelojoh’ mengambil giliran sehingga kadang-kadang merampas giliran dari penutur Jepun. Mereka mencelah dan merampas giliran demi menunjukkan kemesraan dan menganggap tetamu mereka seperti kawan rapat mereka. Sedangkan di dalam bahasa Jepun pula, konsep ‘uchi’ dan ‘soto’ yang membezakan ‘orang luar’ dan ‘orang dalam’ masih diguna pakai sehingga hari ini. Di dalam kajian mengenai pemandu pelancong di sebuah pusat kraf, kurang kefasihan pemandu pelancong di dalam bahasa Jepun menyebabkan pelancong tidak menjangka yang lebih. Penutur Malaysia yang rendah kefasihannya langsung tidak berkomunikasi tetapi bermonolog, bertanya dan menjawab pertanyaan sendiri, dan tidak memberi pause atau jeda untuk mengelakkan pertanyaan dari pelancong Jepun. Peserta yang sederhana fasih pula menggunakan bahasa Inggeris dengan kerap dan dalam masa yang sama ujaran di dalam bahasa Jepun pula ada yang berdasarkan hafalan dan ulangan dari situasi perbualan sebelumnya bersama pelancong Jepun sebelum itu. Oleh kerana kekangan bahasa ini iaitu penutur cina tidak fasih berbahasa Jepun, manakala penutur Jepun tidak fasih berbahasa Inggeris maka komunikasi tetap berlaku dengan masing-masing pihak menyedari kelemahan masing dan menerima keadaan seadanya. Penutur asli bahasa Jepun menerima (berdasarkan rekod suara sahaja) kelemahan pekerja kraf ini walaupun ada di antara pekerja kraf menggunakan bahasa Jepun yang agak kasar. BIBLIOGRAFI Arminnen, I. (1999). Conversation analysis: A quest for order in social interaction and language use. Acta Sociologica, 42(3), 251-257. Brown, G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge:Cambridge University Press. Brown, R., & Gilman, A. (1960). The pronouns of power and solidarity. Di dalam Sebeok, T. A.(ed.), Style in language. (pp 253–276). Cambridge, MA: Massachusetts Institute of Technology. Durantin, A., & Goodwin, C. (1991). Rethinking context. Cambridge:Cambridge University Press. Ellis, R. (1991). Communicative competence and Japanese learner. JALT Journal, 3 (2), 103-129. Fairclough, N. (1992). Discourse and Social changes. Cambridge: Polity Press. Fox, B. (1999). Direction in research: Language and the body. Research on Language and Social Interaction, 32, 51-59. Fox, B., Hayashi, M., & Jasperson, R. (1996). Resources and repair: A cross linguistic study of syntax and repair. Di dalam Ochs, Schegloff, E., Thompson, S. (eds.), Interaction and Grammar. (pp185-237), Cambridge: Cambridge University Press. Gwak, M. (2003). Nihongo no Aizuchi ni Kansuru- kousatsu- Taiwa no naka ni sounyuu sareru Aizuchi wo Chuushin ni. Nihongo Kyouiku Kenkyu. 42, Gengo Bunka Kenkyuujo. Holmes, J. (1995). Woman, Man and Politeness. London:Longman Hudson, R. (1980). Sociolinguistics. Cambridge: Cambridge University Press Ichikawa, K., et al. (1983). Japanese-English Dictionary, edisi ke-3. Tokyo: Kenkyusha Kubota, M. (2001). Aizuchi wa hitowo ikasu. Tokyo: Kouseidou Shuppan. Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. London: Longman Linguistic Library. LoCastro, V. 1987. Aizuchi: A Japanese conversational routine. Di dalam Smith, L. (ed). Discourse across cultures: Strategies in World English. (pp. 101-113). London: Pretice Hall Maynard, S. (1993). Kaiwa bunseki. Tokyo: Kuroshio Shuppan. McCarthy, M. (1991). Discourse analysis for language teachers. Cambridge: Cambridge University Press. Mizutani Nobuko. (1988). Aizuchiron. Nihongogaku , 7. 5-11. Mizutani, N. (1983) aizuchi to outou. Mizutani, O (ed). Hanashi kotoba no hyougen, Tokyo: Chikuma Shobou. (p37-44) Morita, Y. (1995). Nihongo no shiten: Kotoba wo tsukuru nihonjin no hassou. Tokyo: Soutakusho Noresah Baharom et al, (eds.). (2002). Kamus Dewan Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ogasawara, R. (1972). Nichinai no bunka to kotoba journo. Di dalam Miyauchi Hideo kyouju kanrei kihen ronbunshuu iinkai (eds.). Nichiei no kotoba to bunka. Tokyo: Sanseido. Have, P. ten. (2002). Sequential structures and categorical implications in doctor-patient interaction:ethnomethodology and history dapatan dari http://www2.fmg.uva.nl/emca/seqstruct.htm Roslina Mamat, Yamato Eriko & Sanimah Hussin. (2009). Analisis perbualan di antara pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun: Celahan di dalam perbualan. Prosiding International Conference of Pacific and Asian Communication Association. Universiti Putra Malaysia. Roslina Mamat, Yamato Eriko & Normaliza Abd Rahim. (2007). Wacana Pertuturan Pemandu Pelancong Malaysia di dalam Bahasa Jepun: Ciri-ciri Perbualan dan Strategi Komunikasi. Malaysian International Conference on Foreign Language. Putrajaya. Roslina Mamat, Ng Chwee Fang & Yamato Eriko. (2008). Ciri-ciri perbualan bahasa Jepun oleh penutur Malaysia berbangsa Cina di dalam industri pelancongan Negara. Prosiding International Conference on Communication and Media. Kuala Lumpur. Roslina Mamat. (2003). Analisis Perbualan Penutur Asli Bahasa Jepun: Satu Kajian Pengambilan Giliran dan Aizuchi. Tesis Ph. D Universiti Malaya. Sacks, H., Schegloff, E., & Jefferson, G. (1974). A simplest systematic for the organization of turn taking in conversation. Language. 50(4). 696-735 Schegloff, E. (1982). Discourse as an interactional achievement: some uses of ‘uh-huh’ and other things that come between sentences. Di dalam Tannen, D. (ed.). Analyzing Discourse: Text and Talk in University Roundtable on languages and linguistics. Washington: Georgetown University Press. Schiffrin, D. (1994). Approaches to discourse. Cambridge: Blackwell. Scollon, R., & Scollon, S. (1995). Intercultural communication: A discourse approach . Oxford: Balckwell. Shaw, S. (2000). Language, Gender and Floor Apportionment in Political debates. Discourse and Societ, 11 (3), 401-418. Shigemitsu, Y. (2007). A pause in conversation for Japanese native speakers: A case study of successful and unsuccessful conversation in terms of pause through intercultural communication. Academic Reports Fac Eng Tokyo Polytechnic University, 30,.2 Szatrowski, P. (1993). Nihongono danwa no kouzou bunseki:Kanyuu no sutoratejii no kousatsu. Tokyo: Kuroshio Shuppan. Tajima, K. (2001). Nichieigoni okeru kaiwano sutairuto aizuchino kakawari ni tsuite. Journal of the Graduate School of Humanities , 7, 60-49, Japan Women's University. Tanaka, H. (2000). Turn projection in japanese talk-in-interaction. Research on Language and Social Interaction, 33 (1), 1-38. Tannen, H. (1993). The relativity of linguistc strategies: rethinking power and solidarity in gender and dominance. Di dalam Tannen, D. (ed.). Gender and conversational interaction. New York: Oxford University Press. (pp 165-188). Tannen, D. 1990. Gender differences in conversational coherence: physical alignment and topical cohesion. Di dalam Dorval, B. (ed.). Coherence and Its Development. Norwood: Ablex. (pp 167-206). Umesao, T, et al. (1989). Nihongo daijiten. Tokyo: Koudansha. Usami, M. (2000). Kihontekina mojika no gensoku no kaihatsu nit suite [online] dapatan dari http://nihongo.human.metro-u.ac.jp/mic-J/houkokusho/mojika.html

1 comment:

  1. harap diperkemaskan tulisan..naik pening saya membacanya!!maaf jika terguris.

    ReplyDelete